Wednesday, October 8, 2008

SEPI ITU INDAH..

Salam lebaran aku ucapkan pada semua.Maaf zahir dan batin kupohon atas segala keterlanjuran dan salah silap selama ini.Sebagai insan biasa, pasti tidak sunyi dari melakukan salah dan silap yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak terutamanya khas buat suami tercinta...
Hampir 6 bulan aku langsung tidak menulis walau sebaris ayat pun di sini.Terkadang, kesibukan membataskan aku untuk mencoretkan nukilan atau luahan rasa.Hari ini, jiwa rasa begitu kosong..sepi dan langsung tidak bersemangat untuk mengadap kerja-kerja yang setia menunggu giliran untuk dibereskan.Mungkin masih dalam mood raya..atau..entahlah...badan pun rasa kurang selesa, mata cam tak berapa ok..makin menambahkan lagi kemalasan untuk bekerja.
Jiwa rasa sunyi..sepi..dan keseorangan.Di tempat kerja, mungkin aku nampak seperti gembira dan bahagia..tapi, di rumah..aku kesepian.Nasib ada si kecil Asma' ..peneman dan penghiburku.Walau penat dan jenuh melayan ragamnya..sekurang-kurangnya terubat sedikit kesepian dan kesunyian yang mencengkam diri.Hanya pada Allah aku mengadu.Mengadu dan meluahkan apa yang aku lalui kerana hanya DIA yang memahami diriku.Sabarlah..ujian ini hanya sekelumit cuma.Cuma berpisah dengan yang tersayang.Itu sahaja..
Entah mengapa dan untuk apa aku mengeluh?Ini jalan yang aku pilih dan sesungguhnya tidak sekelumit pun wujud rasa penyesalan di hati kecilku.Aku sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.Aku pasti dan terlalu yakin dengan janji Allah."Inna Maal 'Usri Yusra".Pasti detik indah itu akan hadir jua..di mana pada saat itu, kami sekeluarga akan bersatu kembali.Indahnya detik itu nanti..
Ujian ini mengajar kami erti pengorbanan dan kesetiaan.Mencambahkan rasa cinta yang kian mekar dan rindu yang makin membara.Mendidik aku erti kesabaran, mujahadah dan kasih sayang.Syukran Ya Allah..

Thursday, March 27, 2008

Fasabrun Jamil...

3 minggu lepas..aku ada attend interview kt tempat husband.Mencuba nasib..kot2 ada rezeki.Bukan per, bila dok berjauhan gini..terasa keperitannya hidup sendirian..menguruskan anak sendirian.Jiwa rasa penuh kerinduan..
But...maybe bukan rezeki aku.Suami cakap,aku tak dapat keja tue..one main reason, because husband dah keja kt tempat tue..polisi gk kot..tk leh husband n wife dlm satu syarikat.Sedih gak...Aku berharap gak dapat..at least, kami boleh bersatu kembali.Jiwa aku tak cukup kuat menghadapi hidup sendirian di sini.Hanya orang yang pernah melalui pengalaman cam aku jer dapat memahami aper yang aku rasa.
Tak perlah..semua ni ujian dari Allah.Sabar jer lah kan??Itu yang terbaik.Mungkin Allah nak kurniakan yang lebih baik untuk aku dan keluarga..siapa tahu??Mana tahu, lepas ni Allah takdirkan ada rezeki aku untuk transfer UiTM Shah Alam ker..pasti lebih baik.Sejujurnya, aku suka dgn nature keja aku sekarang.Tak terlalu bz and yang lebih penting..peluang untuk aku timba ilmu dan pengalaman memang banyak.Peluang untuk hadiri kursus dan seminar..sentiasa terbuka luas.Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Kalau diikutkan, ujian yang aku lalui ni tak ler separah orang lain.Ada yang lebih teruk dan lebih menderita dari aku.Aku patutnya bersyukur.Allah cuma uji aku dengan menjarakkan aku dan suami jer..sorang kt Jengka,sorang kat KL..hujung minggu slalu jumpa.Lain dari itu, kehidupanku membahagiakan..dikurniakan seorang suami yang penyayang dan memahami..dianugerahkan seorang anak yang comel dan keletah walau sedikit lasak..dikelilingi keluarga yang cukup menyokongku..menjawat jawatan yang bagus sedang orang lain masih terkial2 mencari keja yang sesuai..Apakah perlu untuk aku menidakkan semua nikmat2 ini??
Alhamdulillah..segala puji bagiMu ya Allah yang telah menghadiahkan segala kenikmatan ini.Pohonku ya Allah..pasakkan kesabaran dalam diri ini agar aku akan lebih tabah menghadapi ujian-Mu.

Tuesday, January 8, 2008

Welcome To New World..


Hari ni dah hari yang ke 5 aku bertugas di UiTm Jengka.. So far, alhamdulillah.Environment yang agak menyenangkan.


Overall, semer orang kat sini baik2 belaka dan menerima kehadiran aku di sini.Dari segi bebanan tugas, setakat ni belum start buat aper2 lagi.Sekadar mengkaji fail2 lama yang berkaitan..Masih dalam proses pembelajaran untuk meninjau pengurusan dan pentadbiran unit aku.


Datang kerja jalan kaki.Actually, Taman Universiti tak sebegitu jauh dengan rumah.Penat sket je..but itu adalah one of da exercise.Tak kisah pun.Cuma agak segan jer..orang lain semer naik transport.Aku jer yang jalan kaki..Takperlah..think positive..bagus untuk kesihatan.Boleh merampingkan lagi badan yang dah sedia ramping.


Terfikir gak, cam ner first impression orang2 kat sini bila tengok aku..ustazah yang agak modern,fashionable and quit open.Berbeza daripada imej ustazah yang biasanya bertudung labuh..tawadhuk dan pemalu..Hehe...satu masa dulu, aku pun camtu gak..kuikuikui..sekarang ni dah ubah penampilan.Tak kisahlah, yang penting aku kenal diri aku dan syarat tutup aurat dah ikut.Hati mungkin lebih baik dari dulu.Hehe..Tak kisahler aper tanggapan orang, sebab bagi aku, niat kena betul dan kadang2, penampilan perlu menarik dan dijaga.Sebab, mad'u aku bukan orang alim2 jer..student2 yang ranggi dan rock pun tergolong dalam senarai sasaran dakwah gak.Mungkin dengan penampilan camni, mereka tak seram nak jumpa aku..Lagi senang modus operandi dan pendekatan aku untuk golongan ni.


Moga Allah mempermudahkan segala urusan aku di sini. Mungkin ini adalah satu persinggahan yang Allah taqdirkan untuk aku mencari dan menggali segali ilmu2 dan hikmah2 ajaran Islam.Satu medan untuk aku lebih mentarbiahkan diri.Satu padang yang akan menghimpunkan dan mendekatkan aku dengan ajaran-Nya.Semuanya adalah hikmah yang tersurat dan tersirat yang telah Allah tetapkan untuk aku.