Friday, August 19, 2011

TESIS ohhh TESIS...


Rasanya ni first time aku menulis berkenaan dgn kepeningan aku berhadapan dgn tesis. Oppss..bg yg tk mengikuti perkembangan terkini aku, di sini nk bgtau..actually aku dh resign secara rasminya daripada jwtn Pegawal Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam dan sekarang sdng melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Kulliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED) , IIUM Gombak.

Aku dpt offer SLAB dripada CITU, UiTM Shah Alam dlm bidang Islamic Architecture (Built Environment)..bidang yg jauh tersasar daripada degree aku sblm ni (dulu degree Syariah & Undang2, UM).Asalnya aku sendiri keliru, nk accept ke tak offer ni..Lastly, setelah puas bermunajat dan meminta petunjuk Allah, akhirnya aku terima juga.Andai apa2 berlaku, aku redha & pasrah coz aku buat keputusan ni bukan dgn gerak hati semata2, namun aku berterusan memohon bimbinganNya, dan aku yakin Allah memberikan jalan yang terbaik utk aku.

Di peringkat awal ni, aku rasa masih terawang2 jugak la nk buat tesis ni..coz blm dpt gmbrn sbnr research methodology.Insya Allah, ada kelas research method next sem.Dulu2, ingatkan senang wat master..rupanya..aduii...blh thn gk ler..heheh..tp tkper, take it as a challenge..I can do it.Barrier aku, English & satu lg, ni bidang baru..aku tk dek backgroung.But, Insya Allah..semoga Allah sentiasa mempermudahkannya..Sbnrnya bnyk nk citer psl tesis, tp tetiba je rasa tkdek mood..Lately ni, mood nk menulis mmg menurun sngt2..kalau blh digambarkan dgn graf, rasanya menjunam je..

Ada mood lain..hati berbunga ceria dan bahagia.Alhamdulillah, hari ni masuk elaun TPM dlm **** something.Almost ******..satu nilai yg cukup besar pernah aku dapat..Alhamdulillah..thanx u Allah..Kekadang terfikir gk, betapa hebatnya kasih sayang Allah..tidak putus2 rezeki dan nikmat kurniaanNya..bersyukur sngt2..Insya Allah, bersyukur bkn skdr ungkapan di bibir tp mesti dimanifestasikan melalui perbuatan.Insya Allah..

Sat lg nk kuar.Malam ni ada ifthar kt luar.Mkn steamboat...Hrp2 tk tergoda dan lemah imanla..Mkn-makan jugak , terawih jgn miss plak..(muhasabah diri sendiri)..Ok daa....luv u all..

NIAT BAIK YG MUNGKIN DISALAHERTIKAN..


Terasa ingin berubah angin.Selama ni, aku terlalu asyik dgn FB sehingga meminggirkan blog ni. Mulai hari ni, Insya Allah..aku ingat nk utamakan blog pula..nk mencoret sepuas-puasnya..

Kalau ikutkan, aku lbh selesa dgn FB.Lbh friendly & seronok bila kwn2 comment post kita.Blh berinteraksi secara maya.Compare ngan menulis kt blog ni, bg aku ia skdar satu catatan diari..bermonolog.Tmbh-tmbh, blog ni aku tk war-warkan pun pd kwn2..tkdek followers pun.Semenjak belajar ni, terus-terang aku ckp, aku betul2 rasa kesunyian dan keseorangan.Hidup sorang2 je.Jadi FB je la ruang utk aku bersosial.

Dlm FB, aku mmg sngt aktif update post.Kekadang dlm 7 post sehari..heheh..mungkin ada yg naik menyampah kot.Terpulanglah..biasanya ku suka selitkn nasihat2 sama ada secara langsung atau tersirat. Bukan bermaksud aku ni baik sngt, cuma aku guna ksmptn ni utk tujuan dakwah dan plng penting utk muhasabah diri sndiri.Aku sdara, aku pun bnyk kekurangan, dan ahli keluargaku pun bnyk kelemahan.Jadi, aku postkan nsht 2 ni sbagai peringatan bersama.Selain kata2 nsht, benda yg plng aku suka postkan adalah berkenaan puteri kesayanganku Wan Asmaa.Terasa setiap detik membesarkannya bgtu berharga dan aku sngt2 teruja utk merakamkan setiap perkembangannya..keletahnya, kebijaksanaannya dan kepetahannya.Mungkin suatu hari nanti, ia menjadi satu catatan berharga buatku.

Namun, sbgai manusia biasa..mungkin ada kalanya aku juga tidak lari dari salah & silap.Mungkin juga nsht2 yg aku selitkan membuatkan ada kwn2 yg terasa..Sebetulnya, aku tdk pernah buat teguran secara spesifik..namun mungkin ada yg terasa..terutamanya bila aku sentuh bab2 aurat &tabarruj...Maafkan aku..Setakat ni, tk pernah la plak kwn2 FB bgtau mereka terasa hati ke tidak..cuma aku risau kalau diorang berkecil hati.

Niat aku baik, aku nk sampaikan dakwah dan teguran. Demi Allah, aku langsung tidak ada niat nk menyindir sesiapa. Kadang2 bnyk benda yg tk betul yg berlaku dlm msyrkt kita.Aku tk ada kekuatan utk tegur & turun padang.Medan yg aku ada cuma FB..jd aku gunakan peluang ni sebaiknya.Kekadang, terasa susahnya kita nk sampaikan dakwah.Bila ditegur direct, org tk akan terima.Silap2 hari bulan, kita dihentamnya semula.Bila buat secara umum..org buat tk tahu...urgghhh..susah betul.

Smlm, suami aku tegur..katanya, berhati2 dlm update post kt FB.Takut nanti disalahtafsirkan org w.pun niat kita baik.Jujur aku katakan..awalnya aku mmg rasa terkilan dan sedih.Kerana hanya Aku dan Allah yg tahu..betapa aku ikhlas utk berdakwah.Nasihat demi nsht yg aku berikan adalah utk kebaikan dan manfaat bersama.Dgn harapan , mudah-mudahan org akan terkesan dan tergerak utk melakukan kebaikan bila membaca post aku..Alhamdulillah, ada yg bnyk memberikan respon positif terhadap dakwahku..Mungkin sdkt sebanyak ianya meresap di hati mereka.Syukur Ya Allah.Cuma, suami kata..tdk semua org mengetahui & memahami niat kita.Ia boleh diberi tafsiran pelbagai..mungkin ada yg melihat sbg nasihat, teguran,sindiran,cabaran atau riya'..

Apapun , terima ksh kpd suami yg memberikan teguran. Apa yg blh aku katakan, semoga Allah sentiasa meredhai amal dan keja buat aku...

Thursday, August 18, 2011

JEJAK KASIH


Alhamdulillah, berkat Ramadhan..akhirnya aku berjaya menjejaki seorang kakak angkat masa kt sekolah menengah dulu.Terlalu lama terpisah, rasanya dlm 6-7 tahun kot.Telefon lama hilang, mmg langsung tk boleh berhubung.

Pelbagai inisiatif aku lakukan utk jejaki akak ni.Cari dlm FB,web..tk jumpa..Aku ingat nama adik beradik dier unik sket,kalau pompuan akan start dgn Munaawarah & laki start ngan Mukarramah..try taip dlm FB ..pun tkdek..last2, ada terjumpa dlm satu blog sorang cikgu ni.Dia siap mention nama penuh lagi, Munaawarah Rahmawati Mahmoud, ngaja kt Sk Sungai Dua , Bentong..Naluri kuat mengatakan..inilah orangnya yang aku cari selama ni.Aku tinggalkan comment dan pesanan kt shout box..mudahan dia baca.

Nk dijadikan rezeki, mlm td aku chat ngan sorang lg senior masa kt Naim dulu.Kak Ani namanya..daripada akak ni lah, aku mintak no.phone kak Muna.Ptng td, sajer2 usik dia.Tepon & menyamar as student..wahhh..blh thn garangnyer cikgu Muna ni..hihiii..Bukan main seronok kmi berborak..melepaskan kerinduan..aku benar2 merinduinya..Kami rapat masa kt Naim dulu..& aku pernah ke rumahnya.

Rupanya dia pun ada FB gk..cuma guna nama lain..patutla slama ni susah sngt utk aku jejaki..tp, tkperlah...'ala kulli hal, aku bersyukur sngt2 dipertemukan kembali dgnnya.Tengok foto terkini akak tu, cm tk dek yg berubah..masih manis dan comel seperti dulu..meskipun dah beranak 3..ibu2 zmn skrng kot..maintain je..pandai jg badan..coz kbnyknnya berkerjaya..kenala jg penampilan.

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni..aku merindui semer kwn2 dan kenalan2 lama..nk cari diorang..rindu nk tahu perkembangan mereka dan rindu menatap wajah mereka..confius lak ngan ayat sendiri..mcm ayt org nk pegi jauh je..heheh..seram plak bulu roma ni..Tkperlah, bukanke Islam sndri ajar kita utk berkasih syng..Org mukmin kn bersaudara..Allah juga suruh kita berpegang teguh dgn tali Allah & jgn berpecah belah.Dlm satu hadith lain, Nabi menyebutkan..siapa yg nk dipnjngkan umur & dimurahkan rezeki, hendaklah dia menghubungkan kasih sayang& silaturrahim..so, tk dek yg weird nya kot dgn apa yg aku lakukan skrng ni kn?Sekadar mengikuti apa yg Islam ajarkan..

Masa kt sekolah dulu, aku lbh rapat dgn senior2..mungkin sbb anak bongsu kot.Aku agak manja dan sukakan org2 dewasa yg mcm kakak2..diorang lbh matang dan bersifat pelindung.Ngan yg sebaya,mmg aku kwn gk..tp aku suka mengadu kt akak2..selain k.Muna, ada 2 lg kakak yg aku rapat..masa form 2, ada sorang kakak angkat..namanya K.Min dari Machang..& masa form 3,dgn k.zie..lost cntct dgn keduanya skali..ingat nk cari jugak ni..aku merindui mereka semua..huhuuu

Lastly, saja..nk kasik ayat meraih simpati sket..."Kalau org tk sayang aku pun, tk mengapa..Insya Allah, aku menyayangi shbt2 & kenalan2 yg jauh dan yg dkt kerana Allah.

Monday, August 15, 2011

IBU AYAH

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar ke simpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
...Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Saja je aku postkan lirik lagu ni..sebenarnya ni antara lagu favourite masa zaman sekolah menengah dulu.Mula mengenali dan jatuh cinta dgn lagu ni semasa mengikuti kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hati aku mmg mudah tersentuh dan sensitif dengan lagu-lagu sebegini.Liriknya penuh makna dan pengajaran.

Sebetulnya, tiada siapa boleh meramal dan menduga apa yg akan berlaku dlm hidupnya di masa hadapan. Sbb tu, sebolehnya kita jgn terlalu berbangga dan berpuas hati dgn apa yg kita miliki pada hari ini.Semuanya adalah pinjaman Allah dan DIA berkuasa menariknya kembali pada bila-bila masa.

Apa sahaja yg kita miliki, adalah milik DIA..termasuk hati kita.DIA berkuasa membolak-balikkan hati kita. Jangan merasa ujub, jika sekarang kita mampu melakukan sepenuh ketaatan pd Allah..krn tidak mustahil andai Allah menguji kita kelak.Kena sentiasa berdoa dan memohon supaya Allah sentiasa meneguhkan hati dan keimanan kita padaNya. Dan jgn pula kita memandang hina kepada mereka yg teruk daripada kita.Boleh jadi mereka melakukannya kerana kejahilan dan kealpaan, dan tiada siapa tahu..mungkin esok2 hari, mereka jauh lebih baik daripada kita.Hidayah itu kurniaan Allah.Dia berkuasa mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNya.Begitu juga dengan kesesatan..

Hari ini saja terlalu bnyk contoh2 yg boleh kita lihat.Betapa ramai mereka yg dulunya hidup dalam dunia yg penuh dengan kejahilan dan kemaksiatan, akhirnya dengan izin Allah..kembali pada jalanNya yg benar.Sekadar menyebut beberapa nama seperti Malik Noor, Sham Kamikaze,Irma Hasmie,Azmil Mustafa dll.Mengapa hanya mengambil nama2 selebriti?Bukan bermaksud saya pemuja dunia hiburan, namun apa yg menyebabkan aku tertarik utk menyenaraikan nama mereka krn mereka adalah figura dan selebriti yag dikenali dan berpengaruh..dengan penghijrahan golongan ini, tidak mustahil akan membuka mata & hati masyarakat utk berubah, mudahah-mudahan...

Laluan hidup ini tidak semudah yang kita jangkakan.Allah pasti menurunkan ujian utk menguji sejauhmana keikhlasan dan keimanan hambaNya.Mana mungkin kita bisa mendabik dada mengatakan kita beriman dengan setulusnya andai masih belum diuji.Permulaan tidak sepenting pengakhiran..bagaimana pengakhiran hidup kita?Mudahan dlm husnul khatimah..biarlah kita menemui Allah dlm keadaan saling meredhai dan tergolong dlm kalangan hambaNya yang soleh.

Teringat perkongsian pengalaman yang dikongsikan oleh seorang trainer sewaktu mengikuti satu kursus People Turn Around (PETA) Mac 2010 yg lalu.Beliau menceritakan bagaimana kehdpnnya terasa sempit, dihimpit dengan pelbagai masalah dan kesukaran terutamanya dalam karier.Akhirnya, beliau menemui solusi dan jawapan kepada konflik yg membelenggu dirinya."Kembalilah kepada orang tua.." itu pesannya..Insya Allah, segala kekusutan akan terlerai bila mana seorang anak datang memohon kemaafan dr orang tua.Minta ibu bapa mendoakan kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat..Segalanya pasti akan dipermudahkan olehNya, kerana berkatnya doa orang tua yg mungkin selama ini kita abaikan, kita sisihkan..

Aku yakin dan percaya, naluri ibu bapa terlalu halus.Walau sejahat dan seteruk mana seorang anak menyakitinya, langsung tiada kebencian di hati mereka.Hati mereka penuh dengan kasih sayang dan ketulusan..ikhlas dlm doa mereka, supaya Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan kepada anak-anak meskipun jiwa dan fizikal mereka terseksa, memohon supaya Allah melimpahkan kekayaan dan kemurahan rezeki pada anak-anak meskipun mereka hidup melarat..dan mereka tidak pernah mendoakan kehancuran dan penderitaan pada anak-anak meskipun mereka terpinggir dari lubuk hati zuriat mereka sendiri.Tulusnya hati ibu bapa.

Pesan Ustaz Uda Kasim, sebenarnya..ziarah ibu bapa di bulan Ramadhan ini adalah lbh utama berbanding di bulan Syawal.Why??sbb, apa sahaja amal kebaikan yg dilakukan dlm bulan Ramadhan ini akan digandakan..Andai ada kelapangan dan tiada halangan, mmg cukup2 bagus utk kita blk menjenguk mereka, ambil ksmptn utk berbuka bersama.Tapi, mcm aku yg ni susah sket..kelantan..tp tkper, telefon menjadi tali penghubung..blh dikatakan setiap hari, mesti tepon kt kg..tnya khbr mereka,tk kira bulan puasa atau tidak.Seolah dh menjadi satu kemestian dan kewajipan..Ingatan tu yg penting...

Mungkin ini sahaja utk coretan kali ini..sekadar 'pemanas enjin' setelah sekian lama bertapa dari berblogging..Semoga menjadi perkongsian yg bermanfaat...