Tuesday, January 8, 2008

Welcome To New World..


Hari ni dah hari yang ke 5 aku bertugas di UiTm Jengka.. So far, alhamdulillah.Environment yang agak menyenangkan.


Overall, semer orang kat sini baik2 belaka dan menerima kehadiran aku di sini.Dari segi bebanan tugas, setakat ni belum start buat aper2 lagi.Sekadar mengkaji fail2 lama yang berkaitan..Masih dalam proses pembelajaran untuk meninjau pengurusan dan pentadbiran unit aku.


Datang kerja jalan kaki.Actually, Taman Universiti tak sebegitu jauh dengan rumah.Penat sket je..but itu adalah one of da exercise.Tak kisah pun.Cuma agak segan jer..orang lain semer naik transport.Aku jer yang jalan kaki..Takperlah..think positive..bagus untuk kesihatan.Boleh merampingkan lagi badan yang dah sedia ramping.


Terfikir gak, cam ner first impression orang2 kat sini bila tengok aku..ustazah yang agak modern,fashionable and quit open.Berbeza daripada imej ustazah yang biasanya bertudung labuh..tawadhuk dan pemalu..Hehe...satu masa dulu, aku pun camtu gak..kuikuikui..sekarang ni dah ubah penampilan.Tak kisahlah, yang penting aku kenal diri aku dan syarat tutup aurat dah ikut.Hati mungkin lebih baik dari dulu.Hehe..Tak kisahler aper tanggapan orang, sebab bagi aku, niat kena betul dan kadang2, penampilan perlu menarik dan dijaga.Sebab, mad'u aku bukan orang alim2 jer..student2 yang ranggi dan rock pun tergolong dalam senarai sasaran dakwah gak.Mungkin dengan penampilan camni, mereka tak seram nak jumpa aku..Lagi senang modus operandi dan pendekatan aku untuk golongan ni.


Moga Allah mempermudahkan segala urusan aku di sini. Mungkin ini adalah satu persinggahan yang Allah taqdirkan untuk aku mencari dan menggali segali ilmu2 dan hikmah2 ajaran Islam.Satu medan untuk aku lebih mentarbiahkan diri.Satu padang yang akan menghimpunkan dan mendekatkan aku dengan ajaran-Nya.Semuanya adalah hikmah yang tersurat dan tersirat yang telah Allah tetapkan untuk aku.