Friday, February 5, 2010

Diterimakah Amalku??

Rasa penat sangat..tak tau naper, badan cm sakit-sakit n sesekali rasa sesak nafas.Mungkin kurang rehat kot.Sejak akhir-akhir ini, memang jadual agak padat.Weekend pun tk dapat rest sngt.Tapi tak perlah, aku anggap segala-galanya adalah jihad aku untuk Islam.


Walau terpaksa korbankan masa, tapi aku harap agar segalanya berbaloi.Berbaloi dalam usaha untuk aku mendidik dan membimbing adik-adik dan sahabat-sahabat tentang Islam.Ada kepuasan dalam diri bila berjaya menyampaikan sesuatu ilmu kepada mereka. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memanfaatkan apa yang aku sampaikan. Paling penting, tazkirah-tazkirah itu adalah sebagai peringatan buat aku sendiri yang seringkali lupa dan alpa.

Syukur ke hadratMu YA Allah, kerana mengurniakan aku seorang suami yang cukup memahami. Buat suami tercinta, terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa menghantar dan mengambil aku dari tempat ceramah. Terima kasih kerana memahami. Hanya Allah jua layak membalas kebaikan yang dihulurkan untuk jalanNya ini.

Menulis catatan di sini, bukan bererti aku mahu berbangga dengan apa yang telah aku lakukan. Aku sekadar mencoretkan pengalaman dan luahan rasa. Allah lebih layak menilai keikhlasan aku, dan bukan manusia..Aku sentiasa panjatkan doa kepada Allah semoga sentiasa menetapkan hatiku pada jalanNya. Aku mahu istiqomah dalam menyebarkan dakwah Islam. Mungkin ini sahaja yang mampu menjadi bekal buatku di akhirat kelak..

Mudah-mudahan Allah menerima amal soleh dan kebajikan yang aku lakukan. Aku tidak mengharapkan ganjaran pahala dariMu semata-mata. Aku cuma inginkan rahmat dan redhaMu sahaja. Aku malu...Malu untuk aku menuntut imbalan pahala dariMu..kerana aku tahu, amalku terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan yang telah Engkau limpahkan buatku...

Ya Allah..Engkau terimalah Ya Allah..Sayangilah aku Ya Allah..Aku hanya ada Kamu..tempat aku berpaut...

Monday, February 1, 2010

Cacamarba

Alhamdulillah, hari ni berjaya siapkan dua bahan untuk ceramah (tazkirah pelajar).
Satu tajuk Peranan Ibadah Dalam Kehidupan Muslim dan satu lagi Valentine's Day.
Kalau ikutkan, tajuk kedua pasal Peranan Solat tp aku tukar..memandangkan dah disentuh dalam bab peranan ibadah. Rasa perlu untuk highlightkan tentang Valentine's Day ni.Sekurang-kurangnya student dapat maklumat and tak celebrate lagi.Itu tanggungjawab cukup besar tue.
Last week, syukur student dapat terima kehadiran dan penyampaian aku.Moga-moga mereka mendapat sedikit sebanyak manfaat dan input dari apa yang telah aku sampaikan.
Hari ni, hubby hantar n jemput dari ofis.Bahagia and suke sngt.Tak perlu hadapi traffic jammed yang membuatkan aku gementar dan tidak selesa.Baru tepon hubby, diorang dah on da way...
Ada satu perkara yang membuatkan aku rasa sedikit confius.Ada satu panggilan tu asyik buat miss call jer.Bila aku jawab, diabgtau nk cakap dengan org lain.Pastu call lagi..Then, my hubby yg angkat,terus terdiam. Harap2 memang tersalah nomborlah..Jangan ada sebarang niat jahat. Bukan per, sejak dok UiTM Shah Alam ni, no.hand phone dah tak jadi PnC lagi.Ada kat mana-mana..aku pun faham, itu semua untuk keperluan jabatan.But, rasa tak selesa jugak.Bukan nak bersangka buruk,cuma kadang-kadang kena berhati-hati.