Friday, August 20, 2010

Redhailah Aku.

Alhamdulillah, hari ni dh masuk ofis.Smlm MC..demam,sakit tekak dan berat kepala..tadi, ingatkan nk MC lagi, tapi bila mengingatkan ada dua ceramah yang perlu disampaikan..tk jadi MC plak.

Alhamdulillah, kita dah di ambang trimester ke-2 Ramadhan iaitu, maghfirah @ keampunan. Bersyukurlah kerana masih berpeluang berada dalam fasa ini.Moga-moga Allah sentiasa memberikan pengampunan atas dosa-dosa kita yang telah lalu.

Setakat ni, aku dapat lalui Ramadhan ni dengan gembira dan penuh syukur. Bersyukur coz banyak nikmat dan kebaikan yang Allah berikan. Pertamanya..spt yg aku dh tulis dalam post yang lepas..kami berbuka puasa di masjid.Seronok dan gembira sngt..

Selain tu, aku dapat rasakan Ramadhan in agak bererti buatku coz sedikit sbnyk aku dapat membantu kwn2 dalam program tadarus Al-Quran. Thn lepas, rasa kekok lagi nk tegur..tp thn ni..alhamdulillah, staf2 dah selesa ngan aku dan sedia menerima bimbingan utk tadarus. Aku ni bukannya pandai sangat..tp utk perbetulkan hukum lima tu..insya Allah, boleh.Mereka pun nampak cm seronok bila kita perbetulkan makhraj,tajwid dan cara wakaf.Diorang dh lancar dan mengenal, cuma ada sket2 je perlu ditambahbaik.

Seterusnya, aku rasa Ramadhan ni cukup bererti jgk coz kami suami isteri banyak munaqashah (berbincang) tentang hukum dan Islam di rumah. Hubby, bila dia baca Tafsir Quran, dia akan sampaikan kandungan pada aku.Sometimes, dia jugak akan bincang-bincang tentang sesuatu hukum ..terasa indah coz Majlis Ta'lim (walaupun secara tidak formal) dihidupkan dalam rumah..

Baru habis sampaikan ceramah di Fakulti Sains Gunaan, Program Art of Women.Tahniah kpd adik-adikku yang punya kesedaran, untuk menganjurkan majlis ilmu ini. Alhamdulillah, walau dalam keadaan tk berapa sihat..berjaya juga sampaikan ceramah tersebut. Awal pagi td, tazkirah di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Harapan aku, moga-moga mereka dapat menerima dan mengamalkan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan tadi.

Sebenarnya, ada sesuatu yang agak meresahkan fikiranku. Seringkala terbit di hati dan fikiranku..adakah Allah menerima kerja buat aku ini?Berceramah sana..berceramah sini...Aku mohon, mudah-mudahan segalanya diterima Allah dan menjadi penghijab buatku dari seksa neraka kelak.Cuma, aku menjadi takut dan tidak selesa.

Dalam berceramah, keikhlasan aku teruji.Aku takut pahala amalanku terhakis..Moga aku sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam mencari redhaMu ini.Bila berceramah, aku dibayar honorarium.Aku benar-benar takut andai niatku terpesong.Aku tak nak pahalaku berkurang kerana imbuhan wang yang diberikan itu. Sebab itu, seboleh mungkin aku akan sentiasa berkata pada diri..IKHLAS..IKHLAS..IKHLAS..jgn dipandang pada bayaran itu.Aku benci bila dihadapkan dengan situasi sebegini. Aku takut keikhlasan aku hilang..paling parah andai ia menjadi kemurkaan Allah.Minta dijauhkan Ya Allah.Tolong jangan ganggu aku dengan bayaran ini..Moga tidak terlintas di fikiranku tentang persoalan imbuhan ini.SUpaya aku buat sesuatu keranaMu dan semata-mata mengharapkan redhaMU.

Bagiku, aku tak nak fikirkan soal honorarium.Aku memberi kerana ingin berkongsi..aku berkongsi kerana ilmu bukan milik mutlakku..Aku mahu manfaatkannya bersama.Andai dibayar, aku anggap ia sebagai rezeki.Namun, bantulah daku Ya Allah..hindarkan persoalan ini dariku.Aku mahu segalanya ikhlas keranaMu semata.Aku bercucuk-tanam di dunia ini..untuk aku tuai hasilnya di akhirat kelak.Aku tak mahu menjadi muflis di sana Ya Allah.Engkau simpan dulu bahagian untukku ini..moga dapat kukecapi nikmatnya di akhirat..

Redhailah kerja buat dan amalku Ya Allah...

Wednesday, August 18, 2010

Tepuk Dada..Tanya Iman..

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Lama betul tidak menjengah ke blog ni.Terlalu bz kebelakangan ni..+ dengan malas untuk menulis. Akhir-akhir ini, banyak sangat aktiviti hujung minggu dan weekdays.Bila sampai kat rumah, aku kepenatan.Tak larat nk menulis.Paling kesian..blog tazkirahsini, terlalu lama tidak diupdate.Maafkan diri ini..

Bagaimana Ramadhan kali ini? Aku mengharapkan dan mendoakan semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang paling istimewa dan bermakna buat kita semua. Bagi aku pula, Ramadhan kali ini terasa sedikit kelainannya berbanding sebelumnya.

Buat pertama kali, kami sekeluarga berbuka di masjid. Kami pergi Masjid Negeri,Selangor.Dua kali ke sana untuk berbuka dan berterawih.Benar-benar seronok dan terasa kelainannya. Ahad lepas, kami turun lebih awal, beli sedikit juadah berbuka di bazar Ramadhan PKNS dan terus ke masjid.Ramai jemaah kat sana.Masing-masing datang dengan keluarga dan teman.Ada yang membawa bekal sendiri dan ada gak yang dapatkan makanan yang diagihkan oleh masjid.Tapi, cukup meriah.Sesuatu yang belum pernah aku lalui sebelum ini.

Asma' nampak seronok.Mungkin pengalaman baru buatnya. Matlamat berbuka di sana, sebenarnya lebih kepada untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.Kalau kat rumah pun, buat jemaah jgk, dgn hubby. Cuma, sekali-sekala nk juga buat di masjid waktu Maghrib.Isnin pun pegi lagi..but lepas tu tk pegi.Hubby agak penat..coz weedkdays..keesokannya kerja.Tapi tkper..weekend ni rancangnya nk ajak hubby lagi skali.Maybe ke masjid lain plak.

Berbuka dalam suasana cukup berbeza dan sekadarnya.If kat rumah, macam-macam menu.Sampaikan membazir dan melebih2 plak.

Mak dan ayah dah balik kampung Sabtu lepas.Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.Anak buah nak kahwin raya ni, so mak kena balik awal utk buat beberapa persiapan. Rindu sangat2 kat mek. Ni pun, baru lepas telefon dan bertanya khabar mek & ayah kt kampung.Masa balik hari tu, kaki mek bengkak. Tertindih dengan kerusi yang Asma' duduk.Kesian mek..Hiii...bila diingatkan kenakalan Asma' geram pun ada.

Masa A.Long (anak buah ) dok umah , kenakalan Asma' makin menjadi-jadi.Maklumlah ada geng.Teruk dibuli nenek & atuknya.Bila mek dok citer Asma' buat itu..buat ini..betul2mencabar kesabaranku sebagai ibu.Budak dok tengah naik..3 tahun umurnya.Semua benda nk dicuba.Rumah tk usah citer la..macam tongkang pecah dibuatnya ..habis disepah-sepah.Penat neneknya mengemas.Aku plak, memang pening tengok benda 2 bersepah.Tapi, masalahnyer..kemas kejap jer..sepah balik.Last2..aku biarkan jer..Tapi, mata dan hati memang serabut + tak suka la.Bila ditegur, kekadang tu Asma' buat tak endah jer..lagi ler geram ummi dier ni..

Tp, alhamdulillah..skrng dh ok.Nampak cm dah back to normal.Dok sorang2..dia tak sepah lagi.Sket2 manja..mesti nk bertepek dgn ummi dan abah.Mintak didokong..padahal berat dah nak sama cm ummi.Badan besar..manja..Yang aku tk tahan dan kdng2 geram & nk tergelaknya..dia memang pandaila bagi arahan dan ajar aku nk buat aper2.Kalau org ckp A, dia cakap B..ada jer jawabnya..alahai..anak ummi ni.

K.Lija masuk kat IJN.Aiman masuk wad sana 8 Ogos..operation jantung 10 hb.And hari ni..kena masuk bilik operation lg skali coz doktor ckp banyak air dlm jantung.Kena keluarkan.Kesian la Aiman.Harap2 semernya ok.C.Ija & C.Mat..berpuasa di IJN je.A.Long terpaksa ditinggalkan rumah kakak.Dugaan cukup besar buat mereka.Dan, aku yakin..semernya itu pasti akan diganjari Allah.Mereka terlalu cekal, tabah dan redha.Aku pun tk pasti, mampukah aku lalui ujian sebegitu andai diuji sedemikian rupa??

Nak mengadap kerja2 ofis sat lagi..badan tk begitu selesa.Rasa tk brapa boleh fokus.Hidung cm nk selesema.Dh lama simpan hasrat nk apply cuti..tp asyik tk jadi jer.If cuti pun..tk tahu nk buat apa kt rumah.Better kt ofis..but, ig hubby cuti, ingat nk cuti jgk.

Borak2 suami isteri mlm td..hubby ada suarakan hasrat nk tambah ahli keluarga.Asma' pun dah besar dan masa pun dh sesuai. Before this, kami tk bg adik utk Asma' coz follow advise doktor Pusrawi. Aku deliver via ceaserean.So, plng2 pun..perlukan 3 thn before second baby.Hubby said, if still tk dpt offer sambung MASTER after May 2011, dia ckp..nk aku pregnant. Ok la tu..aku pun suka..Tambah2 if dapat baby boy.Sepasang..so sweet..

Aku pun pelik jgk..naper surat offer tu still tk dpt2 lagi.Secara lisannya, Dr.Hassan Baharom and Dr.Rahimi (pengarah CITU) bgtau..i'm selected.Mungkin ada masalah teknikal kot.Apa yg Pej.Pendaftar maklumkan..CITU lewat hantar nama..meeting first dh terlepas..so tunggu masuk second meeting. Apapun, aku percaya..ada hikmah di sebalik semer tu.Allah dh tetapkan dan merancang sesuatu utk aku.

Perkembangan terkini??emm..entahla..biasa jer.Ooo...last week, ada reporter ILUVISLAM hubungi aku.Wawancara utk isu tuutp pusat hiburan sempena Ramadhan.Tak tau dh publish ker belum.Before Ramadhan hari tu..heboh psl BN cabar PKR Selangor tutup pusat hiburan sempena Ramadhan if betul2 perjuangkan Islam.Bila reporter tu tanya..awal2 lagi aku sebut..yg pandangan yg diberikan adalah lbh kpd skop ilmiah dan dakwah.Tk akan sentuh berkait politik.Takut nanti dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.

Bagi aku..biarlah sesuatu itu kita laksanakan kerana Islam dan Allah..bukan kerana sesuatu kepentingan..semua hukum yg Allah buat, pasti mendatangkan kebaikan utk kita.Islam itu universal dan membawa rahmat utk sekalian alam (rahmatan lil 'alamin)..jgn takut pada persepsi non Muslim.Dan..pelaksanaan hukum Allah sentiasa relevan..tidak terikat dengan masa tertentu shaja. Nak hindar maksiat, bukan sekadar di bulan Ramadhan..tp di bulan-bulan lainnya jugak.

Skrng ni, cm dh hambar dan sejuk plak isu ni..Perjuangan Islam tidak boleh ternoktah.If kita betul2 nk buktikan sayang pada Islam..kena betul2 buat.Jgn sesekali mengalah atau layu di tengah jalan.

Topik lain...kita seharusnya bnyk bersangka baik pada orang.Itu yg aku cuba tanamkan dalam diri.But..sometimes, sangkaan buruk tu bermain2 jgk di hati ini..Sedikit rasa pelik..terserempak dgn someone (lelaki) yg cukup aku kenal..kt kedai runcit..membeli sebotol 100Plus + roti ..siang hari dlm bulan Ramadhan..bila ditanya..katanya ..kwn non Muslim yg kirim..aikk???wierd..if Muslim kirim kt non Muslim..logikla jgk..ni cm terbalik plak..Ada sdkt kerisauan d hati ini.Tambah2 plak, 2 hari sblmnya..wife dier citer yg husbandnya ganti puasa baru2 ni.emmm...berganti atas reason aper..wife sendiri pun tk jamin 100% suaminya poso penuh..

Terus-terang aku citer..emosi aku terganggu dengan insiden itu.Seharian aku terfikir..adakah dia tk poso or..betul cm yg dibgtau..belikan utk kwn non Muslim..aku bkn aper..klau benar la dia tk berpuasa..aku betul2 sedih.Teramat sedih dan terkilan.Mengapa perlu jadi cmtu.Tidakkah terbit sedikit rasa menyesal dan bersalah?Melakukan pendustaan terhadap Allah.Mungkin boleh menipu isteri,anak2 dan kwn2..mengatakan berpuasa..tetapi..dengan Allah dan Rasul..sanggupkah??

Mungkin sesetengah org blh pandang ringan isu ni..Berlambak2 org Islam tk puasa..tk solat..tp tidak aku.Aku sedih..bukanlah nk citer aku ni baik sngt..Tapi aku sedih dan bersimpati dgn mereka..co mereka dh zalimi diri sendiri..Tak takutker azab dan dan ancaman Allah..Azab Allah pedih..terlalu pedih sahabat-sahabatku..One more..if ayah2 tk mampu berikan teladan yg baik pada anak-anak..pada saper lagi yg boleh anak2jadikan ikutan?Artis??Kitalah yg sepatutnya tunjukkan contoh terbaik utk anak-anak..Jgn salahkan anak if mereka buat benda2 tk senonoh..coz kesilapan tu mungkin berpunca dari diri kita sendiri.Tolongla..aku merayu..

Betulkan apa yang tak betul dlm rumahtangga..Apa yg pincang..kita perelokkan.Kita tk pernah terlewat..Masa masih ada..Jgn sampai satu saat nanti..anak-anak dh jadi sampah masyarakat, rumahtangga dh prak-peranda..keluarga dh tk takut Tuhan dan main langgar jer hukumNya..sehingga Allah dah timpakan azab..baru kita nk menyesal..Tegur anak-anak yg tk solat..Pelik ..berpuasa tp tk solat..Kenapa mak dan ayah tk tegur?Biarlah kita dikatakan garang sekarang ini..daripada menyesal di akhirat kelak coz tk bimbing mereka dgn baik.Bagi aku..aku tk impi dan kejar sangat titile sporting mummy/daddy tu.Tkdek gunanya anak2 anggap sporting tp dlm masa yg sama Allah murka kt kita..

Renung-renungkanlah...maaf andai teremosi lebih..bukan apa..aku sedih dgn apa yg berlaku pada insan-insan d sekeliling aku.Biarlah org nk kata,sibuk jg tepi kain org pun..aku skdr menegur..menasihat..tkt nanti, di akhirat kelak..Allah persoalkan..Ya Sharifah..apa yang dh kamu lakukan terhdp si fulan ni??kenapa kamu tk tegur kemaksiatan yg dilakukannya??Apa jwpn aku di hdpn Allah kelas??At least, aku cuba utk buat skdr kapasiti yg aku ada.Selebihnya, aku serahkan pada DIA.Buat insan-insan yg aku sayangi..berubahlah..ambil kesempatan Ramadhan ni utk kita lakukan anjakan paradigma..Tepuk dada, tanyalah iman..