Tuesday, June 15, 2010

Aku..Saya..I..Ana..

Naper letak tajuk cmtu ek??Emmm..terlintas di fikiran..sebenarnya apa kata ganti diri terbaik untuk digunakan semasa menulis blog.

Dalam blog-blog terdahulu, banyak menggunakan 'aku'...Mungkin ada yang berikan persepsi, agak kasar menggunakan 'aku'..boleh jadi jugak..Tapi, pro nya..blog ni like our diary..so bila kiter meluahkan sesuatu dalam diari..lazimnya menggunakan aku..sebagai satu monolog. Bercerita dan berbicara seorang diri..meluahkan, berkongsi rasa dan ekspresikan perasaan..

If guna 'saya' plak, cm kita berdialog dgn orng lain..Seolah-olah kita sedang berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain...followers maybe..

'I'???samale tue..tapi tak minat sngt guna I.'Ana' plak..cm formal sngt..

So, decide utk kekalkan ganti diri 'aku'..coz dlm blog..aku sebenarnya bermonolog..bicara sorang2...Mencatat dlm diari..bezanya, diari ini tidak lagi bersifat P&C..boleh ditatap dan dibaca satu dunia.Sebenarnya, dalam pergaulan seharian, aku tak biasa gunakan 'aku' bila berbicara dengan teman-teman. Sesetengah org cakap, terasa lebih akrab if bahasakan 'aku'. But, not me...biler bercakap ngan sesaper..aku lebih senang bahasakan diri sbgai Tie or..saya.Masa kecik2 dulu, mak marah cakap guna aku..kasar, katanya.Dia suruh bahasakan nama or 'orghe' (kalau org Kedah plak chek la)

Allah plak menggunakan kata ganti diri Ana (Aku) dan Kami (Nahnu) di dalam Al-Quran.Mungkin ada yang tertanya2 dan keliru..kenapa tidak konsisten?Adakalanya Allah bahasakan diri Aku dan di waktu2 yang lain Kami..Non Muslim plak mungkin memutarkan belitkan perkara ini dengan mengatakan Allah itu banyak..

Actually, ada rahsia di sebalik penggunaan Aku dan Kami ini. Allah gunakan 'Aku' bagi menggambarkan keintimanNya. Sebagai cth, dalam satu ayat Allah berfirman yang bermaksud ":Apabila hamba bertanya tentangKu, maka sesungguhnya Aku ini dekat.."..Dalam keadaan yang ;lain, Allah menggunakan 'Aku' dalam sesuatu perkara yang menggambarkan kekuatan, kehebatan dan kekuasaan Allah.

Bagaimana dengan 'Kami' ?? Ini tidaklah menunjukkan Allah itu banyak seperti mana tuhan-tuhan agama lain. Allah gunakan 'Kami' dalam situasi yang membabitkan penglibatan pihak bersama. Cth, dalam persoalan pemberian rezeki, Allah gunakan 'Kami' menunjukkan Allah mengiktiraf sumbangan dan peranan hujan, malaikat dan makhluk2 lain..sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran..Kami memberikan rezeki...

Ermm..sajer jer ..juz nak berkongsi..Aku rasa seronok dan puas andai dapat mencoret dan meluahkan perasaan di blog ini. Terkadang ..rasa lebih suka menggunaka pendekatan dakwah yang santai seperti ini..menyelitkan sedikit sebanyak tazkirah dalam apa-apa yang aku coretkan. But, my hubby cakap, better buat lebih proper..tazkirah yang lebih cantik dan sesuai..Aku memang ada web tazkirah sendiri..www.tazkirahsini.com..Masalahnya, kecendeerunagn tue lebih untuk menulis di blog, berbanding web..kenapa?? COz dlm web tue, bahasanya sedikit formal..compare dgn blog ni..semernya main cacamarba. Web lebih terfokus ..ada poitn & isi..Mcm blog ni..aku akan tulis suka2 hati, isi rojak2..bahasa tangkap muat jer..sempoi..

Bila nak tulis dkt web..kekadang tu, idea jd sedikit tepu..Dok fikirkan ayat2 yang sesuai.Kat blog ni senang..redah jer..Takperla..akan cuba improve..nk buat yang terbaik..akan sentiasa update web tu..sebagai salah satu medium dakwah..

Kalau org baca tulisan aku dlm blog ni,mungkin org akan ckp cm aku ni sdkt kasar..yer ker??actually, biasalah, bila bermonolog..suker2 ati jer ckp..bhsa tunggang langgang..tp lahiriahnya...insya Allah, you all dapati aku ni bukan cmtue..bagi yang dah pernah face to face..mungkin u all blh describe cmner perwatakan aku..setakat ni..hubby ler yg ada bgtau..my character ni cmner..Terpulang pada penilaian masing-masing..yang penting..aku akan sentiasa cuba menjadi insan yang baik..Insya Allah...

Monday, June 14, 2010

Ujian adalah tarbiah dari Allah..

Dari pagi tadi, berkali-kali aku cuba buka website.tu.Tak dapat..rupanya tersalah.Agak teruja nak tahu, sama ada K.Lija dapat KPLI @ tak.

Dlm pkl 8 pm tadi, dia mesej..bgtau tk dapat..aku turut merasai kesedihan dia.Simpati dengannya.Sebenarnya, ini kali ke-7 my sis. apply for KPLI, & for da first time, dipanggil interview.Tapi nk buat cmner,mungkin bukan rezeki dia lagi.Cuba buat rayuan dulu..mana tahu..kot2 Allah nak bagi peluang tu.

Aku & K.Lija memang terlalu rapat.Apa yang dia rasa and lalui..itulah juga yang aku rasa.Tiap kali dia bersedih ngan ujian hidupnya, hatiku turut sama menangis.Kiranya dia mcm belahan jantung akula..Kalau dia hepi, aku tumpang gembira.Tapi, bila dia sedih..aku turut rawan..Dia ckp..sedih sangat.Dah cuba & lakukan yang terbaik, tapi masih tak berjaya.Tiap2 malam my sis. buat solat Hajat..Tp bagusnya..dia optimis..dipujuk diri dan hati sendiri utk sentiasa bersangka baik dengan Allah.Kesian my sis.dia tk sampai hati nk bgtau mak kt kampung..yang sekali lagi dia gagal.Mak meletakkan harapan yang tinggi utk dia.Dia takut mengecewakan mak.

Setiap kali dia dilanda kesedihan..gagal dapat KPLI, aku akan sentiasa pujuk dan berikan kata-kata semangat.Aku fhm, dia perlukan seseorang yang dapat mengembalikan semula keyakinan dirinya. Aku selalu pesan kt dia, kena banyak bersabar.Mungkin Allah nk berikan sesuatu yang lebih baik.Bukan hari ini..bukan esok..namun siapa tahu..mungkin lusa..mungkin tulat..atau mungkin bukan kt dunia ni..tapi Allah simpan dulu untuk diberikan di akhirat..Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakalanya sesuatu tu nampak buruk dan tidak elok di mata kita, namun hakikatnya itu adalah sesuatu yang terbaik buat kita pada sisi neraca dan pertimbangan Allah. Sebagai manusia, pandangan kita terbatas dan terhijab..tak dapat melangkaui masa dan zaman..tetapi tidak bagi Allah. Dia tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan ..dan kerana itu dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Mungkin juga Allah tangguhkan dulu kerana Allah nak bagi pahala atas kesabaran dia. Apa lagi yang lebih bermakna bagi kita melainkan menjadi insan pilihan Allah..untuk ditinggikan darjat dan maqam kita..atas kesabaran dalam menghadapi mehnahNya?Mungkin dari segi zahiriah, kita menganggap tentu sahaja material itu cukup bernilai..namun, hakikat dan kebenarannya..redha Allah itu lebih utama, mengatasi yang lain-lain.

Aku tida berada pada kedudukannya..mungkin senang untuk aku katakan.."Sabar..sabar..& sabar"..bagaimana andai aku yang terpaksa menanggung ujian ini? Aku tidak pasti, mampu atau tidak.Namun, akan aku sentiasa bermohon pada Allah agar memasakkan kesabaran di dalam hati dan jiwa ini untuk menghadapi apa sahaja ujianNya. Bagi aku, K.Lija memang kuat.Dia cukup tabah untuk mengharunginya..Allah turunkan ujian ini buatnya kerana Allah tahu kemampuannya.Dia mampu pikul dan hadapinya.."La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"..

Allah turunkan ujian kerana limpahan kasih-sayangNya pada K.Lija...bukan sekali-kali kerana kebencian. Ujian hidup itu adalah satu nikmat bagi hamba yang sabar.Aku sebenarnya cukup bersimpati dgn K.Lija.Jalan hidupnya agak berliku.Penuh dengan cabaran dan ujian. Sehingga sampai pada satu tahap..aku lihat dia dh jadi terlalu redho..menerima segala ketentuanNya dengan hati yang penuh pasrah dan menyerah..

Dua tahun lalu, diuji dengan penyakit..Tak tahu, sama ada kesilapan diagnose or miracle yang Allah nak tunjukkan..sebaik bersalin anak kedua, K.Lija disahkan bebas dan selamat dari penyakit yang boleh mengancam nyawa itu.Allahu Akbar..
Kelahiran putera kedua sekali lagi memberikan satu bentuk tamparan dan ujian yang cukup berat..Aiman disahkan mengidap jantung berlubang..banyak wang terpaksa dilaburkan untuk tujuan rawatan di IJN..sekarang menanti saat dan keputusan doktor untuk menjalani pembedahan..Penyakit Aiman agak serius..membantutkan pembesaran, tidak aktif seperti bayi yang sebaya dengannya..Kesian K.Lija..

Bila dia tak dapat kerja sampai sekarang..sejak grad 2004..bila difikir2kan..sedikit sebanyak tersingkap hikmah di sebaliknya. Bagi aku..taqdir Allah itu betul, tepat dan cukup sesuai untuk K.Lija.Dari segi zahir, tentu sahaja kita anggap, berkerjaya itu terbaik utk graduan sepertinya.Namun, aku melihat dari perspektif berbeza. Aku titipkan kata-kata buatnya.."K.Lija sebenarnya, kerjaya bukanlah segala-galanya.."Dalam situasi Aiman yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi, tentu sahaja agak menyulitkan if K.Lija bekerja..Menjaga Aiman tidak seperti menjaga bayi yang lain.Dia ada jadual utk makan ubat..kerap keluar masuk wad..pasti merumitkan if umminya berkerjaya..Kondisi Aiman menuntut umminya untuk sentiasa berada di sisi.

Kakak iparku (kakak suami) juga berdepan dengan situasi yang sama. Terpaksa melepaskan jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA terkenal demi menumpukan perhatian terhadap anak yang berpenyakit...Terlalu besar pengorbanan itu..Mungkin agak ralat kerana terpaksa menggadaikan kareer..namun aku yakin..Allah pasti mengurniakan pahala yang menggunung atas kesabaran menghadapi ujian itu..Kuceritakan kisah kakak iparku pada K.Lija..untuk memberikan perangsang kepadanya bahawa aturan Allah itu adalaha yang terbaik buatnya..

Ya Allah, aku bermohon padaMu..Engkau tinggikan darjat hambaMu ini..Engkau redhailah perjalanan hidupnya..Engkau kurniakan penghidupan yang terbaik buatnya..sama ada di dunia mahupun di akhirat..Moga dia tabah menghadapi ujianMu..kerana sesungguhnya ujianMu ini adalah tarbiah..untuk menguji kesabarannya..Amiiinnn

Pena Dakwah..

Perasaan & mood utk berkerja tk brapa ok lagi.Biasalah, bila dah lama sangat bercuti, rasa cm penyakit M tu banyak plak melekat kt diri.Tapi, itu tk elok..
Pagi tadi, dalam IKIM..hepi plak.Dapat dengar my favourite ustaz bagi tazkirah.Saper??Cubalah dengar IKIM pagi2..ok,lah..aku bgtau ek..Ustaz Pahrol Mohd Juoi.Kenal tak?Actually, aku minat sngt dengan tulisan ustaz ni.Dia Ketua Editor Majalah Solusi.Tulisan dier cukup2 menyentuh dan membekas di hati,Biasanya, Ustaz Pahrol suka tulis sesuatu yang berkisar dengan hati dan kehidupan.Pendekatan yang cukup lembut dan berhikmah.Membaca tulisannya adakalanya membuatkan aku terasa seolah2 ditepuk..disedarkan dari kealpaan diri.
Bila baca tulisan dier, terasa cm jatuh cinta..Oppss..jangan salah faham..bukan jatuh cinta pada tuannya, tetapi jatuh cinta pada nasihat, pesanan,saranan dan kata-kata yang ditulisnya.Bukan aku sorang je cmni..Ustaz Pahrol tu ramai peminat dan followers..banyak juga di kalangan remaja..& akak aku pun tersenarai jugak sebagai salah sorang peminat setia Ustaz Pahrol.Hebat kuasa mata pena dier.Patutla org cakap, mata pena tu lebih tajam dari mata pedang.
Aku pernah berkesempatan jumpa dengan Ustaz Pahrol dalam satu program anjuran CITU kat Kolej Mawar..kalau tak silap, bulan 3 hari tu..Tak sangka plak, dapat berjumpa dengan orang yang kita suka.Dia bawak wife skali..Lembut dan ayu jer wife dier.Sesuai dan cukup sepadan dengan Ustaz Pahrol.Bertemu face to face ngan Ustaz Pahrol..membuatkan aku rasa bahawa perwatakannya memang membenarkan apa yang dituliskannya.Maksudnyer??Ermm..bagi aku, peribadi dan perwatakannya memang jujur, tulus, penuh keikhlasan dan kelembutan..dan itulah yang diluahkan melalui tulisannya.Bukan apar, kekadang pernah baca tulisan orang yang hebat-hebat, mendengar butir bicara yang petah dan mengkagumkan..namun, adakalanya penampilan dan peribadi sebenar tidak segah tulisan dan kata-kata.Bak kata orang, indah khabar dari rupa..Aku doa pada Allah, moga aku sentiasa dipelihara..takutler..diuji cmtu..bak kata kwn2 masa belajar dulu.."sembang kemas" ..dlm bhsa mudah..cakap tak serupa bikin.But, Ustaz Pahrol..for me..dia memang cakap & bikin..hope so..
Tak tau nk citer apa lg pasal Ustaz Pahrol..juz nk promote..if nak kenali dier..jemputla ke web dier..www.gentarasa.com.Membaca tulisannya, mungkin boleh membuatkan kita mengenal dirinya.Membaca tulisannya boleh membuatkan kita menginsafi kekurangan dan kekhilafan diri.Aku pernah letak link ni dlm FB..ada kawan yg wish TQ kat aku coz perkenalkan satu laman yang cukup bermanfaat..Aku tk dapat saham or komisyen pun..sekadar menyebarkan kebaikan..bukanke Nabi sebut"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat?"..Methodologi dakwah ni kan pelbagai..semer orang adalah da'ie..tak perlu tunggu tittle ustaz dulu..paling mudah, kita hebahkan ilmu kt orang lain..mudah-mudahan ianya dapat memberikan manfaat utk kita dan kawan2..& mungkin juga dapat menjadi saham kita di saat kita mengadap Allah kelak..pada hari yang tidak akan ada penolong, melainkan amalan kita..
Daaa..........

Sunday, June 13, 2010

Lelaki-lelaki Dalam Hidupku..

Sementara nk lelapkan mata..masih lagi nk mencoret..Bercerite pasal aper ek??Emmm...my dad??ok kot, coz tk pernah skali pun dlm FB or blog, aku citer pasal ayah..Bukan tak sayang, tp tak banyak citer..

Sebenarnya,ayah banyak simpan rahsia diri.Semer kisah hidup dia pun kami adik beradik banyak tahu dari mak.Mak & ayah lalui zaman kanak2 dan remaja bersama2..mereka sedara dekat.Mak cakap, ayah tu masa muda2 dulu..perit jugak hidup dier.Banyak kesusahan dan penderitaan yang dia tanggung.Tapi, ayah tk pernah nk citer ngan kami.

Perwatakan ayah, agak pendiam.Suka tersenyum..fizikal dier..kecik & kurus..paling menarik, mata ayah cm biru sket2..dier hensem.Walau sekarang usia dah melewati 70-an, masih ganteng..hhehe..still gagah perkasa.Kuat lagi berkebun.Walau pendiam, tapi kalau kena ngan topik yang dia suka, etc: pasal lembu, hahahaa..tk sempat ler kasi peluang kat orang lain..asyik dier je yang cakap.

Ada kisah sedih pasal ayah..Seingat aku, masa tu aku masih kat Nilam Puri.Ayah sakit tenat..koma hampir 3 minggu.Tak boleh nk citer perasaan kami masa tu.Masa sakit tu, ayah masuk wad..aku n kakak (K.liza) yang bergilir2 jaga ayah.Sakit yg cukup2 kritikal..sampai dah panggil org2 kampung baca Yaasin.Cuma, satu benda yang buatkan aku cukup2 respect kat ayah..masa dia sakit tenat tu, tk pernah sekalipun dia tinggalkan solat.Aku & kakak bergilir2 ambilkan wudhuk utk dier, then bisikkan kat telinga ayah..dh masuk waktu..time nk solat, kami semer akan dok sblh ayah..tunggu sampai ayah selesai.Kadang-kadang ada org kg yang datang ziarah, tk sedar ayah solat..diorang nk pegang n sembang ngan ayah..so, aku bgtaula..ayah tengah solat.Paling serius sakitnya, ayah solat guna isyarat mata jer..

Bila tengok org2 skrng ni senang2 jer tinggal solat,, aku rasa cukup2 sedih.Ambik mudah sngt sedangkan solat tu amalan pertama yang akan dihisab.If elok solatnya, maka insya Allah..eloklah amalan lain.But, if fasad (rosak) solatnya..na'uzubillah..terukla amalan lainnya.Anak2 pun kena tahu & fhm tanggungjawab.Bila parents sakit, kita yang kena tolong ambikkan wudhuk..bgtau masuk waktu solat..persiapkan parents utk solat..kesian, if anak2 tk fhm..dibiarkan aje mak ayah tk bersolat time sakit..andai ditakdirkan meninggal dalam keadaan cmtu??masya Allah, sedihnya..mengadap Allah sedang diri dibaluti dosa..

Ok, berbalik pada citer ayah..skrng ni, alhamdulillah dia masih sihat.Mak & ayah, kalau org tak tahu n tak biasa, mesti ingat diorang ni bergaduh.Apa taknyer, mak slalu kena cakap kuat2 ngan ayah..biasalah, dah lanjut usia, sedikit sebanyak dah ditarik nikmat pendengaran itu..Itu yg buatkan mak kena kuatkan sket volume bile bercakap ngan ayah..Tapi, sebenarnya, diorang tu sweet couple gk.Ayah suka usik2 mak, tp mak jenis pemalu & segan nk romantik2 dpn anak2..Aku & adik beradik lain cukup bahagia dan bertuah..menjadi anak Syed Abdullah & Tuan Embong..walau mereka berdua tidak berpendidikan, tetapi bagiku..mak & ayah sangat bijak..bijak dalam mendidik kami 10 beradik.Alhamdulillah, kami semer jadi orang..walau tk berjawatan besar, tp semer kami berjaya dididik dan dilentur dengan agama dan adab..

Selain ayah, lelaki dalam keluargaku terdiri dr 3 org abang..yang sulung..abang Ase (nama sbnr, syed khalid), abe usin (sayd hussain) & abe tah (syed patah)..ketiga2 abang aku ni berbeza karektor..

Abe Ase, banyak mewarisi fizikal ayah..Setakat ni, dia paling berjaya dalam keluarga.Memang genius dari kecik lagi.Banyak merantau ke luar negara.Dulu, kami adik beradik yang lain tk bgtu rapat dgn Abe Ase..mungkin faktor jarak..Namun, alhamdulillah..akhir2 ni Allah dah hubungkan kami kembali.Aku selalu bercita2 nak challenge Abe Ase..Especially dr segi akademik.Kalau blh, biarlah anak sulung dan bongsu berjaya..Orng luar ckp, Abe Ase hebat..tapi kami adik beradik tak tahu, sejauh mana kehebatan dia.Tak pernah tengok cmner dia di tempat kerja..Tapi aku yakin..dia memang hebat.

Abe Usin..sangat pendiam..terlalu banyak berkorban utk keluarga.Mak citer, dulu Abe Usin terpaksa beralah..bagi laluan pada Abe Ase & adik2 utk belajar..dia sendiri belaja sampai SRP je (sama level ngan PMR)..Dalam ramai2 adik beradik, Abe Usin agak susah..Diuji dengan anak yang ramai dan pendapatan tak banyak.Adakalanya, aku dapat rasakan Abe Usin sedikit inferior bila berada dalam kelompok adik beradik yang lain..Kami tidak pernah menyisihkan dia..namun mungkin agak kurang rapat, coz 8 daripada kami kat KL..hanya Abe Usin & Kak Loh (kakak n0.5) yang dok kt kampung..Takpelah, mungkin sekarang hidup Abe Usin agak susah, tapi siapa tahu..lepas2 ni Allah murahkan rezeki..

Abe Tah..karektor dia..ermmm....dia agak bijak jugak.Seorang yang berwawasan..Banyak perancangan.Proaktif..Bersistematik..Cukup kagum coz dia banyak gerakkan aktiviti kat Flat Seri Murni..pernah jadi pengerusi surau..sekarang agak sibuk menguruskan kelas komputer utk anak2 kt flat..ada harapan jadi YB ni.Memang berkebolehan & cukup prihatin dengan kebajikan orang sekeliling..cuma..satu je yang perlu improve..loghat Kelantan tu pekat sangat..hihii..

Aku sentiasa terkenangkan Arwah Tok Ku..Atuk yang cukup baik hati..terkenal dengan sikap pemurah dan caring pada semer orang, especially cucu2nya.Kehebatan Tok Ku, dia boleh ingat dan hafal semer nama cucu2 dia.Selalu pesan pada cucu..supaya jadi orng yang baik..& pada cucu pompuan..Tok Ku slalu pesan supaya taat pada suami..Tok Ku dijemput Illahi masa aku Form 3..Memang cukup terasa dengan pemergiannya..Atuk yang sangat disayangi dan disenangi cucu..

Saper lagi ek??Of course my beloved husband..Karektor dier cmner ye?Masa mula2 kenal dier..muka ala2 ustaz dan penyanyi kumpulan nasyid..innocent sangat.Pakai spek agak tebal..nmpk skema (aku memang suka yg speaky).Dia bijak..sejak kt Um Nilam Puri lagi..aku kt majmu'ah 2 , dia pulak majmu'ah 1(kelas pertama)..siap jadi ketua kelas lagi..n exco akademik persatuan mahasiswa kelantan.Memang cukup2 sesuai..Masih ingat lagi, dia mengajar extra class utk anak2 Kelantan..subjek Arab & Matematik..fuhh...terror..

Masa kt UM KL, dia masuk Palapes..hehehe tafenaf tu..Dalam sibuk training Palapes masih score First Class..Masa tu kami juz kwn gitu2 jer..coz satu fakulti & adakalanya satu kelas..seingat aku, dia pernah dapat anugerah student cemerlang Fakulti Syariah & Ekonomi..Aku??hehhe..pointer lebih rendah..hampir2 3.7 tapi tk sampaile..Dia grad dengan 3,83..excellent..memang tk boleh challenge ar..ulat buku katakan..aku plak..giler persatuan..pagi2 buta pun dok bermiting..ntah apa ntah..

Apa lagi karektor my hubby??Dia peramah..kontra ngan aku yg sedikit pendiam n pemalu..suka gelak..caring..especially kt our daughter.Kalau keluar makan mana2, mesti dia yg akan suapkan anak..Aku plak??akan suapkan dier..Dalam adik beradik dier..dia ni agak disenangi jgk..coz tk melawan cakap..obey sngt2..Compare ngan aku, my hubby lebih komited, teliti n berperancangan..dia yg slalu bantu aku programme kan my schedule..tmbh2 plak aku ni jenis tk begitu pandai nk urus masa..Kalau citer bab keja, memang bersungguh.Dah dapat anugerah cemerlang..n tahun ni patutnya dapat lgi..tp b'coz of sistem quota, dia dapat penghargaan jer..ok la tu(bak kata saida)

As husband, dia cukup memahami aku.Kami ni lebih kepada kawanla..banyak share citer..aku plak, apa2 mslh..tk akan share ngan kawan..hanya citer kt hubby & pd K.Liza.Mereka jer yg aku btl2 trust..dan selesa utk berkongsi..Slalu jadi penyejuk di kala hatiku berbahang.Dia yg slalu remind if aku tersasar bercakap psl orng..pesanan dier..sblm kita bercakap pasal org lain..better kita check & muhasabah diri sendiri..Itu yg aku suka...

Aikk..semer yg baik2 jer ke?Normal la, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan..Mcm aku ni, terlalu banyak kelemahan..sbb tu Allah jadikan dia jodohku..untuk tampung kelemahan aku.My hubby ni,satu yg aku cukup2 perasan, dia memang tk suka aku berleter atau cakap dengan nada suara tinggi.Alhamdulillah, bagus sebenarnya..kalau tk..biasalah, pompuan..non stop leterannnya..hatta isteri saidina Umar pun kuat berleter jgk..So, aku pun memang kena pandai2 bwk diri..Setakat ni..tk bnyk sngt kot berleter..hehehe..Adakalanya dia pun dikuasai perasaan marah jgk..Itu biasalah..normal bg setiap org..approach time tu yg penting..nk handle dia marah..jgn menjawab time tu..senyap jer..dia cepat reda..Kekurangan dan kelemahan dia tk bnyk...kelebihan dan kebaikan my hubby dah terlalu melimpah ruah utk tampung kekurangan itu..

Itulah lelaki2 yg plng hampir dlm hidup aku..Ayah,Atuk,Abang2 & husband..ex boyfriend???Sejujur dan seikhlasnya..my husband itulah lelaki pertama dalam hidup & insya Allah akan jadi yang terakhir.Dia kawan lelaki pertama..merangkap tunang dan suami..Aku dulu bersekolah pompuan..tk pernah bergaul dgn lelaki..masuk UM, hanya kenal kwn2 persatuan..tk lebih dr sekadar dlm persatuan..aku bukan jenis yang peramah..aku tk sembang or kwn sajer2 or suker2..Aku bukan type cmtu..

Mak pun memang marah aku kwn ngan budak2 lelaki.Ada skali tu,sorang kwn persatuan tepon..mak tanya.."hhaaa..tu ustaz mana tu?"..hehehe..Walaupun pernah bergelar Naib & Timbalan Presiden..tp aku rasa itu bukan tiket utk aku nk bergaul dgn semer orng..hakikatnya..masa blaja dulu..aku ni tersangat2la pendiam.Hanya peramah dengan org yg dh biasa..tp jgn salah fhm..bukan sombong.. Time keja baru ckp bnyk sket..

Naper tetiba jer cerita psl ni??sajer2..nk layan mata yg tk mengantuk ni..Moral of da story..di sisi seorang wanita, pasti ada lelaki..yang bersifat pelindung..pembakar semangat..pencetus inspirasi..Allah jadikan wanita daripada rusuk kaum Adam...Andai ditarik dengan kasar, nescaya ia akan patah..namun andai dibiarkan..nescaya ia akan bengkok..so..nk tarik rusuk tu..be carefull..sup gear box pun sedap nihh...(malam 2 mcm ni...merapu2 teringat kedai makan sup gear box machang plak..jgn marahh)

Aku, Dia & Kamu

Aku masih tak ngantuk..Dalam dok sajer2 surf internet, terjumpa blog seorang rakan lama..ex naimian..rupa2nya dier pun dok blaja kt uitm.Patutla ada skali tu, pernah nampak cam dier..ingatkan pelanduk dua serupa..

Seronok baca catatan dier..penuh ceriter n info.Blog yang menarik..My blog??huhuu..biasa2 jer.Aku menulis untuk mencatat perkembangan sendiri.Kadangkala adaler selitkan jugak dengan tazkirah2 ringkas.

Ermm..bila tengok luaran, rupanya tak sama ngan apa yang dialami.Cam my friend tu, zahirnya nampak dier ok sngt..rupanya..bila baca catatan dia..bnyk gk ujian hidup yang perlu ditempuh.Aku tersangat yakin, dia cukup kuat untuk menghadapi segala mehnah itu.Sebab tu Allah pilih dia..she's strong.

Apapun aku bersyukur sangat2 dengan kehidupan aku sekarang..Punya kerjaya tetap, suami yang penyayang, anak yang comel..Moga Allah sentiasa melindungi kami dan memberikan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat buat kami..Aku, Dia & Kamu...moga kekal hingga ke syurga..

Apa Ada Pada Nama??



Malam ni, tak tau nak tulis apa..no idea..tapi rasa betul-betul boring..hubby dok tengok bola.Tak tahu kenapa, perasaan tetiba jer rasa lain macam.Tak sedap ati plak..Masa on da way balik umah tadi, ada accident kt Meru.Itu yang rasa seriau sket..Harap-harap pemandu & penumpangnya selamatla..Ya Allah, kau selamatkanlah mereka..

Malam ni gi jalan2 rumah abang kt Subang. Sajer2..lama dah tk gi sana.Nk gi tengok anak2 sedara.Yang bestnyer, ada twin ..kelakarnya,both of them betul2 seiras.Terlalu sukar untuk dibezakan.Sampai sekarang, aku masih belum cam..mana satu Angah & Achik.Diorang dah Standard 1.Yang membezakan, sorang tue ada tahi lalat kat hidung.Body sama..rambut pun sama..Subhanallah..hebatnya Allah.Kerdilnya aku.Selalu confius.Asma' pun keliru..samapi dia cakap.."ummi, samalah"...Nama twin tue, aku yang kasik..sorang nama Syed Mohd Adri Shah and sorang lagi Syed Mohd Adli Shah..

Actually ada sejarah di sebalik nama tu.Abang mintak tolong carikan nama yang ringkas tapi punya maksud yang elok.So, aku suggestkan nama tu..Adri=saya tahu, Adli = keadilanku..Shah plak???heheh..itu sempena nama my hubby..Wan Ahmad Fadhli Shah..Mengabadikan namanya sebagai kenangan..masa tu, kitorang baru kawan2 jer..tk serius lagi..tapi, almaklumlah..dia lelaki pertama yang aku kenal..so nama dier tu ada value sket untuk aku at that time..

Berbicara tentang nama ni, actually aku ada suka satu nama..masa sekolah dulu, aku betul2 suka nama Iqbal Asyraf..Tak tahu kenapa, tapi ..bagi aku, nama itu cukup indah..sedap didengar..dan unik..Tak pernah jumpa orang yang ada kombinasi dua nama tersebut..Selalunya..nama Asyraf sajer or Iqbal sahaja..susah sngt nk cari orng nama IQBAL ASYRAF..Pernah bercita-cita, one day, if aku ada anak lelaki..nak letak nama tue..

Akhirnya, kutemui jugak insan bernama Iqbal Asyraf ni..Pelik ke??Actually,insan bertuah yang menjadi pemilik nama istimewa ni, tak lain dan tak bukan..anak sedara aku...kakak mintak tolong kasik nama untuk anak dier yang baru lahir..so nama pertama yang terlintas dalam fikiranku...PUTERA MOHD IQBAL ASYRAF..& kakak plak setuju ngan nama tu..so , terus diabadikan buat anak sedara tercinta.Takperlah, dah rezeki dier dapat nama tu..anak aku besok2..kena cari nama lain la..Tapi, yang kelakarnya, anak sedara ni..tk boleh sebut nama dier sendiri.Masa kecik2, dulu..bila orang tanya nama aper, dia cakap Yash (refer to Asyraf).So, dah terbiasa dengan panggilan tu, semer orang skrng ni panggil dia Yash.Mak aku lagila kelakar, dia tak boleh sebut Yash..so, dia panggil cucu dier sorang ni dengan panggilan Yah Kamal (Kamal tu nama ayah dier)

Kalau nama pompuan plak, aku minat nama Imtiyaz..Dat's why my blog pun nama ni..& satu lagi, nama Akalili Khalida..ada maksud tu..tapi lupa plak.Nape nama anak taruk Asma'???Ermmm..alkisahnya..my hubby tk nak letak nama panjang2..dia nak yang ringkas coz my name panjang sngt..SHARIFAH FADYLAWATY..& nama dier lagi la panjang..WAN AHMAD FADHLI SHAH..sampai dua IC..nama anak, senang2 carik yang pendek..so, aku ler cadangkan..WAN ASMAA..ringkas..

Tetiba jer dok citer pasal nama..aku bukan aper, kekadang pening & pelik ngan orng2 kiter hari ni..teruja sangat taruk nama pelik2 kat anak.Panjang berjela2 nama..tp panggilnya ringkas..Along..Angah..Mamat..Satu lagi, parents suka sangat kasik gabungan nama ibu & ayah..walaupun nama tu tak dek maksud..& lagi parah, letak nama anak dengan gunakan nama artis pujaan..hehee..macam2 la manusia ni.Bukankah panggilan tu satu doa, so..panggillah anak dengan panggilan yang elok dan baik..Yang terbaik, panggillah anak dengan nama yang sebenar..coz, itulah yang akan dipanggil di hadapan Allah di hari akhirat nanti.

Buat ibu bapa, jangan memandang ringan persoalan ni..Nama adalah hak anak-anak..kena berikan nama yang baik pada mereka. Ada satu hadith menyebutkan, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan mensucikan Allah.Kalau ikut pandangan Al-Mawardi, beliau syaratkan nama yang baik tue mesti ada 3 perkara ; a) nama asas adalah nama orang2 yang soleh b) hurufnya pendek senang disebut c) sesuai dengan tuan punya nama..

Haa...moralnyer, aku cadangkan....pilihlah nama2 para Nabi, Rasul & para sahabat...kalau nama fantastic, bombastic & romantic..tp tkdek makna or makna tak elok pun..tak guna jugak.Sesetengah tu tk nak taruk nama2 nabi..alasannya, kolot..nk carik nama2 yang moden..ummm...macam2.Then, tk perlulah pilih nama yang panjang2..kesian kat anak..nanti dalam dewan exam, lenguh tangan nak tulis nama kt kertas jawapan..biar ringkas je..& boleh dipanggil dengan nama penuh.Itu lebih baik..Jangan nanti, sama mak aiii..Nur Damia Amna Qiesya ..panggilnyer, Nur je..membazir nama panjang2..&, biarlah nama tu sesuai dengan empunya diri..jangan le yang bombastic sngt..tapi kalau Solehah, Khairul Bariyyah, Khairunnisa'..itu bagusle..doa yang baik utk pemilik nama..

Dalam FB pun, ada application nk tahu makna di sebalik nama..ermmm,,,rasa yang tue cm tk leh caya..for fun ok ler..Nama aku plak..SHARIFAH tue adala maknanya..FADYLAWATY plak..rasa cm tkdek makna jer..But aku appreciate, parents dh kasik nama tu.Aperpun, dari dulu lagi,aku lebih senang dan selesa disapa SHARIFAH...nama belakang tu biarler..ada dlm IC jer.Masa keja tempat lama, suke2 jer diorang letak kat kad staf..FADYLA..eii tk suker ar..Kalau pergi bagi ceramah kt mana2..org slalu susah nk sebut my name..asyik tersasul sebut Fadliwaty..hehe dat' my hubby's name..Nama kami iras..Wajah pun seiras..orang tua2 cakap serasi & jodoh berpanjangan.Amiiinnn..Ada setengah tue cakap, suka nama aku..unique & modern..heheh, what everla..Tapi, sepanjang aku search dlm internet, tk pernah plak jumpa org yang nama sama cm aku...memang unik kot..

Ehhh..dh dekat pkl 1 pagi..apasal mata ni segar bugar lagi..ermm..musim2 gini suka ler tido lewat...(utk kaum2 Hawa jer)..Rasa tk puas lagi nk mencoret kt blog ni..Tak kisah, ada yg baca atau tidak..sekadar catatan sendirik..mana tau, besok2 dah tua..boleh tunjuk kat anak cucu..riwayat hidup aku..



Friday, June 11, 2010

Ceriter CUTI

Malam ni, aku betul-betul boring.Nak tengok TV, Demam Piala Dunia..so faham-faham je lah..Kena kasik laluan pada abang tersayang la..nak membaca, rasa malas..Almaklumla, baru sampai dari kampung semalam,,badan penat lg.

Seminggu holiday kt kampung, best gk la.Tapi, lagi meriah if ramai2 pakat balik.Antara agenda menarik kt kampung, ada majlis pacak hari..heheh, mesti ada yang confuse..ok,la..let me explain.Majlis tu adalah majlis nak membuat penetapan tarikh nikah utk anak sedara, Angah.Yang agak klaka, majlis tu memang sempoii..Pihak lelaki bgtau last minute , nak dtng..Dalam pkl 10 mlm kot sampai.Jamuan plak, juz hidangkan laksam..beli kat kedai blkng..Aku tak ikuti sngt perbincangan tue..But decisionnyer..nk buat akad nikah raya ke-2 ni..Bagusla tu..harap2 dipermudahkan jalannya..


Ahad ada kenduri kat Bachok.Adik abang ipar.Aku & hubby tk tolong sngt..pergi makan jer..hehhe..teruk betul. Serius, tk pandai la nk buat2 sibuk kt majlis kenduri ni..Pandai makan jer..Emmm..Petang tu, balik kenduri, ajak hubby g Pantai Irama. Cm biasa,mencari loke chin aka sate ikan. Itu antara my favourite.Boleh katakan, tiap kali berkesempatan ,aku memang akan ajak hubby belikan sate tu.Sedap sngt.Asma' mulanya tk nak makan, pedas katanya.Tapi, bila ummi pujuk..makan jgk.Suka plak dier.

Hari Isnin, juz g Peringat.Ziarah mak sedara belah husband.Yg best, Selasa..kami g Bukit Keluang.Asalnya ingat nk mandi-manda, tp panas sangat tempatnya.Tak sesuai nk mandi.Kesian Asma' kempunan nak mandi pantai.

Balik Machang kejap je.Sampai kt Machang pagi Rabu tu, kami pusing pekan jap. Berpakat ngan kakak & abang ipar, belikan fridge baru utk mak.Kongsi2 duit adik beradik.Peti lama mak rosak. Yang klakanya..pinjam cash mak utk belikan peti tue.Hiihiii..Duit tk cukup..kena buat installment byr kt mak.Sket2..cm pelik kan?Takpelah, nk buat cmner..kami memang ikhlas nk bagi peti kat mak, tp duit tk mengizinkan utk beli cash.Kalau buat ansurance plak, berganda2 mahalnya.Fikir punya fikir, dpt le solution..pinjam duit mak & byr ansur2..yg penting, duit mak berganti..Nasib baik mak memahami situasi poket kami yang agak mengempis di saat ini..

Pastu g makan mee Kg.Pek.Buat pengetahuan anda semer, mee ni memang teramatlah famousnyer..kalau datang Kelantan, tk sah kalau tk cuba mee ni.Cawangan dh banyak, kt mana2 pun ada dlm Kelantan ni..tp sudah pasti, resepi asalnya la yg BEST..Berselera betul masing2.Seronok dan bahagia tengok mek & ayah makan.Nak bawak makan2 kat hotel..huhuu..bukan taraf kami..So, harapnya mek & ayah tk kisah..bwk mkn gerai jer.Tp, ni bukan calang2..coz Tengku Mahkota Kelantan (Tg Faris) pun slalu gk singgah makan kedai ni.Tk kisahla mkn mana2 pun, asalkan halal dan sedap dimakan..Aku jenis sempoii je.Tk deklah nk menjaga status sngt.Yg penting , lalu nk telan..Standard tu tolak ketepi..

Malamnye kami pakat2 dinner umah Kak Loh. Meriah makan ramai2..menunya memang my favourite.Masakan kampung..sedap sngt..Kekenyangan dan kepenatan..Semer pakat2 terlena, tk balik umah mek..Apapun, C.Loh & Pok Teh memang DA BEST..Cayannngg u all !!Aku suke sngt makan tomato kecik ngan budu..sedapnyer..

Sedih plak, dh kena dtng KL.Nasib baik mak & ayah dtng KL 20 Jun ni..........Hepiinyaa..


Tuesday, June 1, 2010

emmmmmmmmm

Alhamdulillah, berjaya juga mengharungi bulan Mei 2010 yang penuh cabaran.Rasanya, bulan ni ler yg benar2 genting dan bz, berbanding bulan sebelumnya. Masa agak padat, & tugasan cukup banyak.Apapun,alhamdulillah dan lega yang teramat sngt..dpt siapkan semernya jam 6.00 ptng td..Tutup tirai Mei 2010 dgn damainya..

Cuti Wesak & weekend baru2 ni padat. Macam biasalah, tkdek keja lain..kami memang akan habiskan hujung minggu dgn jalan-jalan . Bak kata org klate..berderat. Sabtu dan Ahad attend kenduri kahwin.Best plak tengok org kahwin...tapi masing2 aku tengok buat grand jgk.Mesti bnyk habis RM.Terpulang pd masing-masing, asalkan berkemampuan,tidak membazir, tidak undang maksiat dan diredhai Allah

Ya Allah..aku mengantuk sangat-sangat.zzzzzzzzzzzz