Friday, December 28, 2007

Zahir Tak Terucap



Entahlah..tak terluah dengan kata-kata.Benarnyer,hanya Allah yang tahu betapa penatnyer aku hari ni.Terlampau penat, tak boleh tidur.Nak bernafas pun rasa cam sesak semacam jer.. Actually, ari ni aku dan husband pergi ke Jengka.Cuci rumah yang kami baru nak masuk.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan urusanku..dapat quarters UiTM.Aku dimaklumkan sebenarnya ramai yang tengah queue, but mungkin rezeki baby Asma'..kami dapat rumah tu.Yelah..aku pujuk pihak pengurusan UiTM supaya bantu aku coz husband tak dok sama..dia kt KL..lagipun , aku bgtau yang aku tak blh bwk keta..maybe diorang kesian kot..Syukran Ya Allah. Rumah tu, boleh tahan ler..besar jgk kalau nak dibandingkan dengan flat yang aku duduk sekarang.Ia teres dua tingkat.Rasa sepi gak.nak duduk berdua ngan Asma' jer.Aku ngan husband pulun ler dok basuh n cuci rumah tue.Rumah besar..letih sngt.Sapu..mop..bilas..lap..fuhh..nak patah tulang belakang aku.kesian kat my hubby,menitik2 peluhnya..rasa nak terpeleut tulang belikat pun ada...lama tak buat keja berat..leher aku toksah cakapler..dah rasa terkehel semacam je.. Banyak gak kerosakan kt umah tu..cam bilik air tak brapa ok..lampu tak nyala..tingkap takdek..n mcm2 lg ler..but sejujurnya..aku dah cukup bersyukur.Sekurang-kurangnya dah ada tempat berteduh yang selesa.Kalau nak dibandingkan dengan orang yang tidur di jalanan atau yang tinggal di setinggan yang dirobohkan, rasanya aku lebih bertuah.Paling aku rasa bersyukur sangat sebab ia dekat dgn tempat kerja...berhampiran dengan nurseri baby asma'...keselamatan agak terjamin coz ada guard...n sewa dier dlm RM 210.00..(tolak elaun perumahan jer).Kalau menyewa kat luar, maunyer RM 500.00 ke atas cam aku dah survey. Apa yang ingin aku kongsi dengan u all..dalam hidup ni, kita tidak boleh terlalu mengharapkan kesempurnaan datang kepada kita namun kita yang perlu berusaha mewujudkan kesempurnaan itu.Setiap yang dikurniakan pada Allah tidak kira besar atau kecil adalah rezeki yang wajar disyukuri..Segala kejadian pasti ada hikmah tersirat di sebaliknya..Apa yang ada wajar dihargai dan apa yang tiada usah disesalkan..Belajar menerima kesederhanaan kerana hidup yang cemerlang perlu disertakan keseimbangan..Yakin dan pasrah terhadap Allah, nescaya Allah akan membuka pintu keluar dari segala kemelut dan kesulitan yang kita hadapi. Syukran Ya Allah...Kesyukuranku tidak mampu kuluah dengan kata-kata namun aku cukup berterima kasih atas segala kurniaan-Mu dan nikmat yang Engkau limpahkan padaku.

Friday, December 21, 2007

Tadhiyyah Wal Infaq

Sedih n pilu jer..tak dapat sambut raya haji kt kampung.biasanya,kalau raya kat kampung,sure meriah.kat kl ni tak dek menda ler.Nasib baik ada jgk akak2 yang tak balik, so smlm g raya umah diorang jer.

Sayu woo.tak dapat tengok orang sembelih lembu..isk..isk..

Betapa besarnyer pengorbanan yang dilakukakan oleh kekasih Allah..Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.Sanggup mengorbankan anak tercinta kerana cinta pada Allah mengatasi cinta manusia.Isk..terlalu agung pengorbanan itu.Aku tak mampu untuk berkorban sejauh itu.Nak berpisah ngan anak kejap pun rasa cam berat hati jer.Betapa kerdilnya diri ini..Tidak mampu menanggung ujian sekecil itu.

Actually, pengorbanan atau kata lain ..tadhiyyah ni luas skop dier.Pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah satu simbolik kepada kita.Kita kena lihat skop pengorbanan ini dari perspektif yang luas.Bak lagu Allahyarham P.Ramlee.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa.."Dan Allah tidak melihat kepada besar atau kecilnya pengorbanan kita,namun lebih penting dari itu adalah sejauh mana keikhlasan dan ketulusan kita dalam berkorban.Tiada gunanya menderma ratusan juta ringgit andai tersemat perasaan ujub dan riya' di hati.Satu sen yang dihulurkan lebih bernilai di sisi Allah andai pemberian itu diiringi dengan rasa penuh tawadhuk dan keikhlasan.

Tak dinafikan,ramai di kalangan kita yang telah melakukan pengorbanan dari segi harta benda.Sementelahan lagi,penduduk negara kita memang amat terkenal dengan sikap pemurah dan dermawan.Seperti yang selalu kita lihat di dada akhbar,sering dilaporkan kejayaan kita mengumpul dana dan sumbangan yang banyak untuk didermakan kepada mangsa2 bencana alam..tidak kira di Indonesia, Darfur,Iraq,Iran,Afghanistan dan seluruh pelosok dunia.Tahniah dna syabas diucapkan kepada seluruh rakyat malaysia yang dermawan.Moga Allah akan memberkati dan memberikan ganjaran yang tinggi kepada kita berdasarkan sejauh mana keihklasan yang kita iringkan.

Walau bagaimanapun..tidak ramai daripada kita yang sanggup berkorban masa,tenaga dan perasaan.Ini adalah pengorbanan yang lebih berbentuk subjektif.Jarang sekali kita sanggup mengorbankan seluruh jiwa, masa dan tenaga.

Ini sebenarnya lebih kepada tazkirah untuk diri sendiri jer.Berkorban perasaan??camner tue..ok ler, let say kalau husband cakap raya aji thn ni tak blh blk,tkt terperangkap dalam banjir..fuhhh...susah sekali untuk aku terus cakap yes @ orait on da spot.Dalam ati.alamak..naper lak..kan dah janji dulu..geramnyer..rasa cam nak nangis jer.air mata dah bertakung dah..Memang susah nak korbankan perasaan untuk tidak buat benda yang kita suka walhal ketaatan pada suami mengatasi yang lain.Bukan tak faham hukum, but terdetik gak geram tue..kalau orang tu jenis sedia korbankan perasaan, pasti akan sentiasa berlapang dada dengan apa jua yang berlaku.Susah woo..

Itu antaranyer lah..bnyk lagi contoh2 lain yang dekat dengan kehidupan kita.Moralnyer, kalau nak berkorban, korbanlah segalanya kerana DIA.

Tuesday, December 18, 2007



AYAT SERIBU DINAR ( SURAH AT-THAALAQ :AYAT 2&3 )

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ

قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

______________________________________________________________

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

_______________________________________________________________

Sebagai hamba dan penganut Islam, kita mesti yakin dan percaya..setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah. Yang pastinya tersirat seribu satu hikmat dan pengajaran yang tidak mampu diungkap dengan akal fikiran kita sebagai hamba.

Keupayaan akal terlalu dangkal dan cetek untuk mengkaji dan mencari nilai sebenar atau hikmah di sebalik sesuatu peristiwa.

Bila dikurniakan kejayaan dan kenikmatan, kita lantas mengaku segalanya atas usaha dan penat lelah kita.Segalanya tercapai kerana kebijaksanaan dan pengorbanan serta kerja keras kita. Namun, bila ditimpa musibah atau kecelakaan, pantas kita menyalahkan takdir.Menganggap tuhan tidak berlaku adil terhadap kita selaku hamba-Nya.Duhai jiwa..mengapa tegar meletakkan kesilapan pada taqdir tuhan?Mengapa menyalahkan takdir andai diri terleka dari mengingati-Nya?

Jiwa kita cepat resah..kerap gelisah dan sering tidak tenang.Sentiasa menganggap ujian sebagai musibah dan kegagalan sebagai kecelakaan..Sering putus harapan terhadap pemberian Allah.Hakikatnya,Allah menguji kita bukan kerana membenci.Ujian Allah datang bersama kasih sayang-Nya.Tidak Allah turunkan ujian melainkan ia mampu ditanggung oleh hambanya.Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang.Allah menduga kita untuk memuliakan diri kita..bukan untuk menghina kita.Allah menguji kita untuk mengangkat darjat kita sebagai hamba-Nya.

Ingatlah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kita merancang dan Allah jua merancang.Namun, perancangan Allah pasti lebih baik dari perancangan kita.Terkadang kita menyangka sesuatu itu yang terbaik untuk kita namun Allah menetapkan bahawa apa yang buruk di mata kita pada hakikatnya adalah yang terbaik untuk kita.

Yang pasti, setiap kesulitan dan kesempitan pasti ada jalan keluarnya.Kekusutan hanya boleh dileraikan dengan memasakkan sepenuh keyakinan dan menyerahkan jiwa pada-Nya.DIA yang mendatangkan ujian, dan pasti jalan penyelesaian akan hadir jika kita kembali kepada-Nya.




Saturday, December 15, 2007

satu labah-labah dan seekor ladybird



mesti you all pelik tengok title tue kan?? ikhlas, aper yang terlintas di fikiran bila tengok title tue? kalu jawapan tepat, akue belanja makan daging unta ..hehe..(raya aji kan dah dekat).except my husband..dia mesti boleh teka jawapannya..

actually, satu labah-labah tu lagu tema baby asma'.still remember tak, masa zaman tadika, cikgu tadika ada tak ajar lagu ni?


s
atu labah-labah cuba panjat perigi,
bila hujan turun labah cepat lari,

terbit matahari hujan tiada lagi,

labah boleh panjat sekali lagi.

anak aku suka betul dengar lagu ni. aku ajar dier..malam2 belum tido, nyanyi lagu ni and buat gaya tangan kat dinding bilik.sekarang ni, pantang jumpa dinding and dengar kiter nyanyi lagu ni, terus tangannya melekat kat dinding.tiru gaya yang aku ajar kat dier.masa tue, mulalah mulut dier pun bunyi skali.menyanyi kot, tp tak faham ler uminya.

one more, aku nak pujuk dia suruh tidor, aku tunjukkan ladybird kat bantal peluk.sekarang ni, dia dah kenal bile sebut ladybird.mengekek-ngekek gelaknya.tadi, aku tunjukkan gambar and video ladybird dalam youtube.suka sakan dier.


bahagia rasanya bila tengok anak membesar depan mata.perkembangan dari hari ke sehari.baby asma' dah makin bijak.mulut makin petah walau sepatah pun tak dapat aku tangkap butir bicara dier.keletahnya yang makin lasak dan aktif begitu menghiburkan.terkadang penat gak melayan karenah dier yang tak reti dok diam..asyik main dan menendang jer.dia cepat ikut orang,kalu ajar and tunjukkan kat dia..tak lama dia ikut..

semalam, dia dah pandai kiss ladybird,umi and abah dier.bijak betul anak umi dan abah nie.Tapi, bila nak jalannyer?gigi pn tak tumbuh2 lagi.sebatang pn blm...kalu tersengih, kelakar jer umi tengok adik..Aperpun, setiap bayi perkembangannya berbeza..yang penting, dier cerdik dan sihat.


WAN ASMAA BINTI WAN AHMAD FADHLI SHAH...engkaulah permata hati umi dan abah.Hadirmu membahagiakan..

NIKMAT vs NIQMAH


Syukur alhamdulillah..terlalu banyak rezeki kurniaan-Mu terhadap hamba-Mu ini Ya Allah.Ku tahu, walau kering air lautan di bumi ini, masih tak tertulis lagi banyaknya nikmat yang Engkau anugerahkan... Alhamdulillah, laluan hidup yang aku tempuh juga tidak sesukar mereka yang agak tidak bernasib baik dariku. Setakat ini, segalanya berjalan lancar dan acapkali kemenangan berpihak padaku..Bermula dari alam persekolahan, pengajian kampus, alam rumahtangga,kerjaya, keluarga dan segala-galanya telah Engkau permudahkan untukku Ya Allah. Terkadang aku terfikir sejenak, adakah ini kenikmatan atau kemurkaan-Mu Ya Allah?? Andai ini anugerah dari-Mu, terasa diri ini begitu bertuah dan amat kerdil di sisi-Mu.Terima kasih kerana mempermudahkan segalanya untukku.Ku tahu, kasih sayang-Mu tidak pernah surut untuk hamba-Mu kerana Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang.Semoga rezeki kurniaan-Mu akan lebih mendekatkan aku pada-Mu Ya Rabb. Moga dapat kujadikannya sebagai satu cabaran untuk aku lebih hampir dan mencintai-Mu. Namun, sesekali terdetik juga di hati ini, adakah segala kurniaan-Mu ini merupakan satu niqmah (bala) buatku?Satu musibah yang makin melalaikan aku dari mengingati-Mu?Ku takut ya Allah..Kumohon moga ia bukanlah satu istidraj sebagaimana yang Engkau berikan kepada golongan kufur dan engkar pada-Mu.Kusedar Ya Allah, hati ini makin jauh dari-Mu.Jiwa ini penuh kemaksiatan, nikmat tubuh badan yang sihat jarang aku pergunakan untuk memuliakan-Mu.Lidah ini tidak sebasah dulu dalam mengalunkan kalimah suci-Mu.. Ampunkan aku Ya Allah..lindungilah aku dan keluargaku.Pasakkan jiwa kami dalam mengingati-Mu.Campakkan sakinah dalam hati kami.Bimbinglah kami ke jalan-Mu Ya Allah.. Bukakanlah segala pintu kebaikan dan kemuliaan buat kami.Payungilah kami dengan redha-Mu. Moga jiwa ini makin tabah.Kumohon agar segala yang Engkau berikan pada kami adalah yang terbaik untuk kami..NIKMAT yang engkau redhai...

Friday, December 14, 2007

FULL HOUSEWIFE




Buat pertama kali dalam hidup aku lepas grad, aku jdk suri rumahtangga sepenuh masa.. fuhh..best gak..seingat aku, lps grad mac 2005, aku terus keja, n cuti dua bulan jer..tu pun berpantang...tp still kena marking paper..tak leh rest bebetul.. but, start awal disember ari tu, aku resign dr kolej ptpl..dapat offer uitm jengka.aku resign awal sebulan,utk buat pelbagai preparation, especially blaja keta.best sngt2 dok umah nie..setakat ni, rutin harian aku..bangun pg..kol 6 lbh..iron baju keja husband...then masak porridge utk baby asma'..pastu continue tido blk. dalam kol 8.30 ..biasanya baby aku dah merengek, lapar..so, aku bangun susukan..mandi n suapkan dia mkn... lps tu..buat aper2 yang patut..basuh kain, kemas rumah..lipat kain..and bla..bla.. aper yang seronoknyer jdk housewife ni, fikiran rileks jer..tak tension n serabut dok fikir mslh keja..hati rasa lapang sngt2...ishh...hopefully, ada rezeki husband dpt gaji 6 ribu ke atas..time tue, mmg aku bercita2 utk jadik full housewife.. plng seronok..dapat main n layan karenah baby asma'..terlalu membahagiakan...

Thursday, December 13, 2007

salam ukhuwah


assalamualaikum wbt..

slmt ari raya korban n slmt mengerjakan ibadah haji buat semer..