Saturday, December 26, 2009

LA ILMA LANA ILLA MA 'ALLAM TANA..

Dah lama sangat rasanya tk update blog ni.Tak tahu nk citer apa.Tambah2, dah ada facebook, terus jer coret kat sana.

Sebenarnya ada permintaan daripada beberapa kenalan untuk dapatkan bahan-bahan agama daripada blog ni.Setakat ni, belum download lagi.Mintak maaf teramat sangat, belum ada kesempatan masa.Bahan-bahan tue ada, tapi perlu dimurnikan lagi.Terutamanya yang melibatkan dalil-dalil Al-Quran dan hadith.Kena takhrij betul2.Bukan apa, takut terambil hadith dhoif jer.

Insyaallah, masih dalam proses.Doakan semoga diberikan kesempatan masa untuk melaksanakan itu semua. Sekadar berkongsi ilmu dan mudah-mudahan ia bakal menjadi bekal untukku bertemu Allah kelak.

Kesempatan menyampaikan ceramah di bahagian dan fakulti sebenarnya memberikan manfaat yang cukup besar buatku.Hakikatnya, ilmu di dada masih terlalu cetek, namun aku melihat ini semua sebagai satu cabaran dan muhasabah untuk diri sendiri, Di samping menyampaikan ilmu agama kepada orang lain, yang lebih utama sebenarnya aku sedang memberikan peringatan untuk diri sendiri yang seringkali lupa dan alpa.

Bagiku, tiada salahnya untuk aku mengakui kekurangan ilmu yang aku miliki.Tiada apa yang perlu dimalukan. Bergelar ustazah, tidak bermakna aku mengetahui segala-galanya.Masih terlalu banyak yang tidak aku ketahui. Ilmu Allah terlalu luas. "Maha Suci Allah, tidak kami mengetahui melainkan apa yang Engkau beritahu kepada kami.."Aku masih dalam proses pembelajaran. Masih dalam fasa pencarian yang pastinya tidak pernah berpenghujung.Aku lebih rela mengakui kelemahan diri daripada berlagak pandai walau hakikatnya maklumat yang disampaikan sama sekali tidak tepat. Bagiku, itu lebih BAHAYA. Tidak sekadar sesat, malah menyesatkan..na'u zubillah...

Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan padaku.Moga aku sentiasa dibimbing dan dipandu dengan hidayahNya.Aku takut Ya Allah, andai diri ini tersasar...Bimbinglah aku, lindungilah aku..redhailah aku..ampunkanlah aku..

Tuesday, September 29, 2009

Lega

Alhamdulillah, rasa lega sangat. Dapat siapkan bahan untuk ceramah lusa. Bukan aper, semalam seharian cari maklumat di internet.Tak dapat. Pening kepala...


Pagi tadi hampir sejam setengah aku gi library (dengan izin bos). Cari kitab-kitab untuk rujukan. Alhamdulillah, jumpa kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali. Memang ngam dan bertepatan sekali dengan topik yang bakal aku bincangkan di fakulti Sains Komputer dan Matematik nanti. Lega jugakla, tapi preparation belum buat pe pun lagi..hehheeh...

Tadi kalut dok menjemput kwn2 ofis datang rumah..sajer la.Alang2 buat makan Sabtu nie, ajaklah sekali. Diorang datang ke tidak , lain kira.Sekurang-kurangnya aku ikhlas mengundang, berkongsi rezeki dan kebahagiaan yang aku kecapi.Tak gitu??

Monday, September 28, 2009

Salam Lebaran

Salam Lebaran.Salam Aidil Fitrah.Moga kita berjaya kembali kepada fitrah setelah sebulan melalui tarbiyyah di madrasah Ramadhan. Syawal menjelma kini untuk kita meraikan kemenangan, iaitu kemenangan kembali kepada fitrah dan akhlak mahmudah yang kita corakkan dalam bulan Ramadhan. Meraikan kemenangan mengekang hawa nafsu, kemenangan meningkatkan amal ibadah, kemenangan khatam dan mentadabbur Al-Quran, kemenangan melaksanakan tarawih sepenuhnya, kemenangan meraih Lailatul Qadr dan seribu satu kemenangan yang lain.

Layakkah aku untuk merayakan Syawal ini? Terasa begitu kerdil dan terlalu tidak layak sebenarnya. Banyak yang tidak mampu aku sempurnakan dalam Ramadhan yang lalu.Diri masih hanyut dan terleka. Bila menyedari Ramadhan telah berlalu, barulah terasa kehilangannya dan terasa kerugian yang amat sangat kerana tidak berjaya memanfaatkan peluang yang terbentang di depan mata. Masih sempatkah lagi aku menemui Ramadhan akan datang?Panjangkan usiaku Ya Allah..
Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan aku berjaya juga akhirnya ambik gambar family pada raya yang lalu..my hubby dah g kedai gambar, print hitam putih..klasik gitu..Banyak jugakler ambik gambar..hehehe..

Raya hari tu best jugak..Asma' dapatler kumpul duit raya sket2..Prestasi agak merosot.Jumlah kutipan menurun.maybe coz gvrnmnt staff tak dapat bonus kot. Tak per, Asma' ..cuba dengan lebih gigih lagi tahun depan..(heheee..gurau jer). Bukan duit jadi target, tapi yang lebih penting moga2 dia faham makna raya...menang, ukhuwah,kekeluargaan....Tapi geram jugakler dengan si Asma' ni. Dia kan, kalau orang tak bagi duit raya,dia tak nak salam. Bila orang hulur duit...tang2 tue jugak dia gi salam.Buat malu kompeni jer..

Kat sini aku attachkan gambar2 raya untuk tatapan...


Asma' masa solat terawih kat rumah dengan umi dia..


Pose sakan, dalam kereta ke Besut (ziarah family belah abah dia)


Pagi raya ke-3, rumah Mak Long dia kat Bachok..

Ni plak, gambar kami bertiga..


Dalam kesempatan ini jugak, aku menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan atas segala keterlanjuran sikap dan kata terhadap semua. Kira 0-0 yer....



Wednesday, September 16, 2009

Nuunn..Wal Qalami Wa Maa Yasturun..

Sekarang ni, aku dalam proses mengkaji teknik-teknik penulisan yang berkesan. Aku sebenarnya cukup berminat untk menulis dan menjadi penulis yang berjaya seperti nama-nama besar yang cukup aku kagumi. ..Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Pahrol Mohd Juoi, Dr.Danial Zainal Abidin dan beberapa nama lain yang tidak aku senaraikan di sini.

Setiap mereka punya keistimewaan tersendiri.Teknik dan pendekatan yang berbeza yang membuatkan hasil-hasil penulisan mereka cukup menarik untuk aku baca. Ust.Zaharuddin dan Dr.Daniel sentiasa menghasilkan penulisan yang menarik.Penuh dengan fakta dan ilmiah.Jarang sekali ada penulis sebegini.

Aku plak, masih terkial-kial mencari identiti penulisan sendiri. Apa yang aku sedari, masih terlalu banyak kelemahan diri.Aku tidak pandai menulis (hehehe..tapi ada hati nak jadi penulis).Moga-moga Allah mempermudahkan jalan untukku. Niatku tidak lain, untuk berkongsi dan menyampaikan sesuatu yang mungkin boleh diambil manfaat secara bersama.

Setakat ini, aku telah hasilkan beberapa artikel ringkas berdasarkan senario semasa dan pandangan sendiri.Masih banyak kelemahan yang perlu aku perbaiki. Selain itu, aku juga turut menghasilkan kompilasi tazkirah. Sebenarnya tazkirah-tazkirah ini aku hasilkan daripada ceramah-ceramah yang telah aku sampaikan kepada mad'u aku.Masih dalam proses dan akan dikemaskini.(tak tahu bila ler boleh publish...buat simpanan sendiri jer kot)

Terasa jugak macam nak upload kat blog ni.Tapi macam segan jer..(hehehe..buat apa nak segan, macamla ada orang baca blog ni..terperasan jer lebih tue..)Nantilah..aku fikirkan..camner.

Ishhh..terasa mengantuk sangat-sangat.Naper yer??? (:

Photo Oh Photo

Terasa begitu penat hari ini.Entahlah..mengapa.Mungkin ini tanda-tanda aku sedang mengalami burnout kot. Almaklumlah, lusa dah nak bercuti. Balik raya kat kampung.Ye..yeee..bestnyer.
Aku tak faham sangat dengan diri sendiri.Terkadang rasa macam terlebih rajin dan kadagkala malas yang melampau-lampau. Teruk betul, kan??kan?? Blog ni pun, aku ni malas sangat nak update. Sering ketandusan idea. Kalau blog orang lain, semernye best dan menarik.Banyak gambar-gambar..Tapi aku plak???Faham-fahamje la cmner..Semernya sentence, mana ada gambar. Untuk makluman, sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka ambik gambar. Gambar sendiri pun takdek, apatah lagi gambar orang lain dan benda lain. Penyakit malas bergambar ni memang dari dulu lagi. Seingat aku la, sepanjang aku sekolah menengah, kat universiti dan tempat kerja dulu-dulu, brapa keping sangat jer gambar yang aku simpan. Kalau snap pun, tumpang kamera orang dan sampai sudah aku tak ambik.Biarlah, kenangan kat diorang jer.
Kalau nak tahu, gambar konvo tahun 2005 pun masih belum di'frame'kan lagi.Still dok dalam plastik kuning dulu...hehehee..teruk betulla. Tiga tahun lebih aku kahwin, pun sama. Belum frame pun gambar kahwin.Pergi mana-mana tempat yang best ker, function yang penting ker, aku tak pernah ambik gambar.Tak beria pun coz dah tahu, kalau ambik pun bukan buat benda.Paling tidak, dok terperuk dalam kotak kat bilik stor.hihiiii....
My hubby pun sama gak cam aku. Kira kitorang ni memang pasangan yang serasi dan sepadan.Sama-sama jenis yang tak suka berposing n simpan gambar.Kami takdek pun lagi gambar bertiga (aku+hubby+baby Asma'). So, azam aku raya ni, nak snap gambar bertiga dan nak gantung kt rumah sebagai kenangan.Harap-harap jadi ler..jangan sekadar angan-angan kosong jer yer...

Tuesday, September 8, 2009

Permulaan Yang Baru

No Idea..

Salam Ramadhan...
Lama betul aku tak update blog ni. Rasa malas yang teramat sangat. Lagipun, sebelum ni, tiada apa yang menarik dalam hidup aku. Semuanya hambar..
Tapi itu dulu..Sekarang tidak lagi...Why???Coz aku dah dapat pindah Shah Alam...Bermakna sekarang ni kami sekeluarga dah bersama kembali.Bahagia sangat2...
Atas permintaan my hubby..aku update my blog. Walaupun takdek orang baca, takperlah. Untuk tatapan my hubby.
Aku postkan juga coretan yang aku dah buat awal2 dulu (masa mula2 pindah S Alam..free ..hehehe) .Sekadar berkongsi perasaan.So..LAYAAAAANNNNNNNNNNNNNN...

Friday, April 10, 2009

Harga Pengorbanan

Semua insan pastinya mengidamkan kebahagiaan.Apa erti bahagia??Ada yang beranggapan, memiliki wang ringgit dan harta kekayaan yang bertimbun boleh memberikan kebahagiaan.Tidak kurang juga yang merasakan hidup pasti bahagia andai dikelilingi ramai wanita.Sesetengahnya pula menganggap kebahagiaan itu wujud jika menyandang jawatan atau kuasa yang besar , dan pelbagai versi bahagia yang pasti berbeza bagi setiap insan.
Pandanganku pula? Bahagia jika hati sentiasa tenang dan gembira.Tidak diselubungi kegelisahan..tiada kebencian..jiwa terasa semakin hampir denganNya..hidup kian terarah pada jalanNya..rezeki yang sentiasa cukup dan berkat..kerja yang disukai..keluarga yang sentiasa menyayangi..
Aku tidaklah terlalu memandang kebendaan.Dan tidak jua terlalu mengimpikan kesempurnaan.Namun sedaya mungkin mencari kepuasan dalam hidup.Kepuasan dalam segenap segi..hidup berkeluarga..kerjaya..masa depan..kewangan dsb.Bagiku, aku puas andai mampu mencapai apa yang aku hajati.Setiap insan memiliki impian dan harapan tersendiri.Namun, aku menyedari hakikatnya..tidak semua yang diimpikan berjaya kita raih.Terlalu banyak cabaran yang merintangiku di hadapan.Hidup ini penuh dugaan dan konflik.Untuk mendapatkan sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu.
Untuk mengecap dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, mungkin aku terpaksa mengorbankan dan melupakan impian dan cita-citaku selama ini.Namun, jauh di sudut hatiku..aku menangis..Hanya Allah yang tahu..Mungkin itu harga yang perlu aku bayar demi sebuah rumahtangga.Cuma, aku masih mengharapkan agar masih ada ruang untukku membuktikannya.Impian dan cita-citaku tidak pernah padam..malah kian membara.Ku mohon pengertiannya..Berilah peluang..

Malasnyerr...

Aku rasa malas yang teramat sangat.Betul2 down.Tak ada semangat langsung nak buat kerja.Mungkin ramai kwn2 pun perasan perubahan sikapku.Aku sendiri pun tak pasti kenapa.Seingatku, selepas balik Kursus Induksi hari tue, aku memang betul2 rasa macam tak ada perasaan sangat nak keja.Entahlah..aku pun tak suka macam ni...aku tahu benda ni tak baik..coz aku dibayar gaji atas kerja yang aku buat.Ermmm..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kembalikan semula semangatku untuk terus bangkit melunaskan segala tanggungjawabku.

Doa dan Harapan

Sedar tak sedar, sudah lebih setahun aku di Jengka.Satu daerah yang dulunya terlalu asing bagiku.Waktu mematangkan aku.Menempuh hidup bersendirian memberikan aku kekuatan untuk mengharungi cabaran yang mendatang.Walau terpaksa melayan kesepian, melalui pahit dan getir kerana terpaksa berdepan dengan konflik emosi dan dalaman, sekurang-kurangnya ia bakal menjadi kenangan dan pengalaman terindah dalam hidupku.
Ku panjatkan doa pada Yang Esa, moga harapanku untuk berpindah dekat dengan suamiku bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi.Buat masa ini, aku tidak mengharapkan yang lain, cukuplah andai aku dan keluargaku bersatu semula.

Monday, January 26, 2009

LENA DIULIT INTAN

Bahagia sekali melihat bayiku terlena.Seronok menjadi bayi..Tidur semahunya..tanpa perlu memikirkan permasalahan meskipun apa yang bakal dilalui keesokan hari.Tidak seperti kita, golongan dewasa.Terlalu banyak perkara melintasi benak fikiran sehingga adakalanya mengganggu tidur.Resah dan gelisah memikirkan permasalahan hidup, bebanan kerja yang sedia menanti dan seribu satu persoalan lain yang menuntut perhatian kita.

Walau apa jua kesulitan dan cabaran menanti, usah persiakan nikmat yang Allah berikan.Allah jadikan siang untuk kita bekerja keras mencari rezeki dan sebelah malamnya untuk kita berehat dan mencari ruang untuk diri sendiri.Nikmatilah malam yang indah dengan melelapkan mata semahunya.Sisihkan dan ketepikan dahulu permasalahan yang membelenggu.Namun, dalam keasyikan dan buaian mimpi yang indah..simpanlah sedikit ruang yang ada untuk bangkit bermunajat pada-Nya..kekasih yang sentiasa menemani kita di kala susah mahupun senang.