Friday, April 10, 2009

Harga Pengorbanan

Semua insan pastinya mengidamkan kebahagiaan.Apa erti bahagia??Ada yang beranggapan, memiliki wang ringgit dan harta kekayaan yang bertimbun boleh memberikan kebahagiaan.Tidak kurang juga yang merasakan hidup pasti bahagia andai dikelilingi ramai wanita.Sesetengahnya pula menganggap kebahagiaan itu wujud jika menyandang jawatan atau kuasa yang besar , dan pelbagai versi bahagia yang pasti berbeza bagi setiap insan.
Pandanganku pula? Bahagia jika hati sentiasa tenang dan gembira.Tidak diselubungi kegelisahan..tiada kebencian..jiwa terasa semakin hampir denganNya..hidup kian terarah pada jalanNya..rezeki yang sentiasa cukup dan berkat..kerja yang disukai..keluarga yang sentiasa menyayangi..
Aku tidaklah terlalu memandang kebendaan.Dan tidak jua terlalu mengimpikan kesempurnaan.Namun sedaya mungkin mencari kepuasan dalam hidup.Kepuasan dalam segenap segi..hidup berkeluarga..kerjaya..masa depan..kewangan dsb.Bagiku, aku puas andai mampu mencapai apa yang aku hajati.Setiap insan memiliki impian dan harapan tersendiri.Namun, aku menyedari hakikatnya..tidak semua yang diimpikan berjaya kita raih.Terlalu banyak cabaran yang merintangiku di hadapan.Hidup ini penuh dugaan dan konflik.Untuk mendapatkan sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu.
Untuk mengecap dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, mungkin aku terpaksa mengorbankan dan melupakan impian dan cita-citaku selama ini.Namun, jauh di sudut hatiku..aku menangis..Hanya Allah yang tahu..Mungkin itu harga yang perlu aku bayar demi sebuah rumahtangga.Cuma, aku masih mengharapkan agar masih ada ruang untukku membuktikannya.Impian dan cita-citaku tidak pernah padam..malah kian membara.Ku mohon pengertiannya..Berilah peluang..

No comments: