Friday, August 20, 2010

Redhailah Aku.

Alhamdulillah, hari ni dh masuk ofis.Smlm MC..demam,sakit tekak dan berat kepala..tadi, ingatkan nk MC lagi, tapi bila mengingatkan ada dua ceramah yang perlu disampaikan..tk jadi MC plak.

Alhamdulillah, kita dah di ambang trimester ke-2 Ramadhan iaitu, maghfirah @ keampunan. Bersyukurlah kerana masih berpeluang berada dalam fasa ini.Moga-moga Allah sentiasa memberikan pengampunan atas dosa-dosa kita yang telah lalu.

Setakat ni, aku dapat lalui Ramadhan ni dengan gembira dan penuh syukur. Bersyukur coz banyak nikmat dan kebaikan yang Allah berikan. Pertamanya..spt yg aku dh tulis dalam post yang lepas..kami berbuka puasa di masjid.Seronok dan gembira sngt..

Selain tu, aku dapat rasakan Ramadhan in agak bererti buatku coz sedikit sbnyk aku dapat membantu kwn2 dalam program tadarus Al-Quran. Thn lepas, rasa kekok lagi nk tegur..tp thn ni..alhamdulillah, staf2 dah selesa ngan aku dan sedia menerima bimbingan utk tadarus. Aku ni bukannya pandai sangat..tp utk perbetulkan hukum lima tu..insya Allah, boleh.Mereka pun nampak cm seronok bila kita perbetulkan makhraj,tajwid dan cara wakaf.Diorang dh lancar dan mengenal, cuma ada sket2 je perlu ditambahbaik.

Seterusnya, aku rasa Ramadhan ni cukup bererti jgk coz kami suami isteri banyak munaqashah (berbincang) tentang hukum dan Islam di rumah. Hubby, bila dia baca Tafsir Quran, dia akan sampaikan kandungan pada aku.Sometimes, dia jugak akan bincang-bincang tentang sesuatu hukum ..terasa indah coz Majlis Ta'lim (walaupun secara tidak formal) dihidupkan dalam rumah..

Baru habis sampaikan ceramah di Fakulti Sains Gunaan, Program Art of Women.Tahniah kpd adik-adikku yang punya kesedaran, untuk menganjurkan majlis ilmu ini. Alhamdulillah, walau dalam keadaan tk berapa sihat..berjaya juga sampaikan ceramah tersebut. Awal pagi td, tazkirah di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Harapan aku, moga-moga mereka dapat menerima dan mengamalkan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan tadi.

Sebenarnya, ada sesuatu yang agak meresahkan fikiranku. Seringkala terbit di hati dan fikiranku..adakah Allah menerima kerja buat aku ini?Berceramah sana..berceramah sini...Aku mohon, mudah-mudahan segalanya diterima Allah dan menjadi penghijab buatku dari seksa neraka kelak.Cuma, aku menjadi takut dan tidak selesa.

Dalam berceramah, keikhlasan aku teruji.Aku takut pahala amalanku terhakis..Moga aku sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam mencari redhaMu ini.Bila berceramah, aku dibayar honorarium.Aku benar-benar takut andai niatku terpesong.Aku tak nak pahalaku berkurang kerana imbuhan wang yang diberikan itu. Sebab itu, seboleh mungkin aku akan sentiasa berkata pada diri..IKHLAS..IKHLAS..IKHLAS..jgn dipandang pada bayaran itu.Aku benci bila dihadapkan dengan situasi sebegini. Aku takut keikhlasan aku hilang..paling parah andai ia menjadi kemurkaan Allah.Minta dijauhkan Ya Allah.Tolong jangan ganggu aku dengan bayaran ini..Moga tidak terlintas di fikiranku tentang persoalan imbuhan ini.SUpaya aku buat sesuatu keranaMu dan semata-mata mengharapkan redhaMU.

Bagiku, aku tak nak fikirkan soal honorarium.Aku memberi kerana ingin berkongsi..aku berkongsi kerana ilmu bukan milik mutlakku..Aku mahu manfaatkannya bersama.Andai dibayar, aku anggap ia sebagai rezeki.Namun, bantulah daku Ya Allah..hindarkan persoalan ini dariku.Aku mahu segalanya ikhlas keranaMu semata.Aku bercucuk-tanam di dunia ini..untuk aku tuai hasilnya di akhirat kelak.Aku tak mahu menjadi muflis di sana Ya Allah.Engkau simpan dulu bahagian untukku ini..moga dapat kukecapi nikmatnya di akhirat..

Redhailah kerja buat dan amalku Ya Allah...

No comments: