Friday, February 5, 2010

Diterimakah Amalku??

Rasa penat sangat..tak tau naper, badan cm sakit-sakit n sesekali rasa sesak nafas.Mungkin kurang rehat kot.Sejak akhir-akhir ini, memang jadual agak padat.Weekend pun tk dapat rest sngt.Tapi tak perlah, aku anggap segala-galanya adalah jihad aku untuk Islam.


Walau terpaksa korbankan masa, tapi aku harap agar segalanya berbaloi.Berbaloi dalam usaha untuk aku mendidik dan membimbing adik-adik dan sahabat-sahabat tentang Islam.Ada kepuasan dalam diri bila berjaya menyampaikan sesuatu ilmu kepada mereka. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memanfaatkan apa yang aku sampaikan. Paling penting, tazkirah-tazkirah itu adalah sebagai peringatan buat aku sendiri yang seringkali lupa dan alpa.

Syukur ke hadratMu YA Allah, kerana mengurniakan aku seorang suami yang cukup memahami. Buat suami tercinta, terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa menghantar dan mengambil aku dari tempat ceramah. Terima kasih kerana memahami. Hanya Allah jua layak membalas kebaikan yang dihulurkan untuk jalanNya ini.

Menulis catatan di sini, bukan bererti aku mahu berbangga dengan apa yang telah aku lakukan. Aku sekadar mencoretkan pengalaman dan luahan rasa. Allah lebih layak menilai keikhlasan aku, dan bukan manusia..Aku sentiasa panjatkan doa kepada Allah semoga sentiasa menetapkan hatiku pada jalanNya. Aku mahu istiqomah dalam menyebarkan dakwah Islam. Mungkin ini sahaja yang mampu menjadi bekal buatku di akhirat kelak..

Mudah-mudahan Allah menerima amal soleh dan kebajikan yang aku lakukan. Aku tidak mengharapkan ganjaran pahala dariMu semata-mata. Aku cuma inginkan rahmat dan redhaMu sahaja. Aku malu...Malu untuk aku menuntut imbalan pahala dariMu..kerana aku tahu, amalku terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan yang telah Engkau limpahkan buatku...

Ya Allah..Engkau terimalah Ya Allah..Sayangilah aku Ya Allah..Aku hanya ada Kamu..tempat aku berpaut...

No comments: