Monday, September 20, 2010

Merisik Khabar Iman..

Alhamdulillah, dah back to ofis.Semangat nk kerja macam suam-suam kuku jer.Masih ada yg bercuti lagi.

Perasaan??Gembira + sayu + sedih + terharu..macam-macam ada.Sayu coz Ramadhan dah berlalu meninggalkan aku. Harap-harap Allah sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu..Aku tk nk tergolong dalam kategori orang-orang yang celaka..iaitu manusia yang masih tidak diampunkan dosanya oleh Allah, sedangkan Ramadhan telahpun berakhir..Harapan aku, semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya dan aku mendoakan semoga Allah masih memanjangkan umurku.Mudah-mudahan aku berkesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Buat sahabat-sahabat semua..masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi ujian Ramadhan.Bagi yang berjaya, Selamat Hari Raya aku ucapkan..Hanya yang benar-benar mengharungi Ramadhan dengan 'imanan wahtisaban' ajer sebenarnya yg layak utk beraya..Aku???ermmm...layak ke tak ek?Rasa cm malu plak dkt Allah, nk beraya beria-ia sakan..coz ibadah pun gitu-gitu jer..takut tak layak.

Setiap ujian yang Allah turunkan pasti bersebab..bagi orang beriman, Allah datangkan ujian padanya untuk Allah hapuskan dosa-dosanya (if bersabar menghadapi ujian tue) dan jugak untuk Allah angkat darjatnya ke maqam yang lebih tinggi. Bagi orang-orang yang fajir (berdosa), Allah datangkan ujian sebagai bala dan peringatan untuk menyedarkan kesilapan dan kealpaan diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk..sama ada kemiskinan, kelaparan, ketakutan, kehilangan insan tersayang, pengurangan harta benda, kesakitan,kelapangan waktu, mahupun kemewahan dan kesenangan.Semer tu adalah ujian Allah. Allah nk test, sejauhmana kita bersabar dan bersyukur dengan ujianNya.

Mana mungkin kita tidak diuji?Bagaimana Allah nk tahu level iman seseorang if kiter tidak diuji langsung?Sama la keadaannya, cmner nk tahu prestasi akademik student if tak dibuat final year exam? Berbicara tentang ujian hidup ni, juz nk share sdkt kisah yang berlaku pada kami sekeluarga pada 7 September yang lepas (2 hari before 1 Syawal)..

Isnin malam tue, aku,hubby & Asma' bukak puasa kt rumah akak (Bukit Kapar)..on da way blk,singgah kt Petronas, keluarkan duit dari ATM.Memang agak kepenatan,sampai rumah..terus tidur.Barang-barang tk simpan elok-elok.Pukul 5.00 am (Selasa), hubby tersedar dan perasan rumah kitorang kena pecah masuk..Memang rezeki pencuri la..laptop, handbag,wallet..kat ruang tamu..Habis dikebasnya..Yang tk tahannya, kami tk sedar langsung..dia masuk dalam bilik tidur dan kebas phone aku & husband.

Dia bukak pagar dan umpil grill.Masa mula-mula tue, agak sedih jugak.Aku hanya manusia biasa..pasti terkejut dan terasa dengan kehilangan brng2 berharga tu.Husband tenangkan dan peluk aku..Dia memang cool dan macho la..Air muka langsung tak berubah.Cukup tenang..dia qiam macam biasa dan solat Subuh kat masjid.Tak terjejas langsung dengan incident tue. Ayat husband.."Sabarlah..nk buat macam mana..bukan rezeki kiter.Ni ujian dari Allah.."pergghhh...memang 'suspectla'..bak kata Saiful Apek..

Biler husband tenangkan gitu..aku rasa relax dan cool.Redha dengan apa yang berlaku.Plng penting, kami selamat..tk diapa-apakan.Bagi aku, harta boleh dicari,tp tidak nyawa..coz nyawa tkdok galang ganti.Terus terang..aku tk terkilan sngt dengan brng-brng yg hilang tu.Cuma agak geram coz masih ada manusia yg berhati iblis dlm bulan-bulan puasa ni.Sekadar lintasan di akalku yang waras..ada ke patut..saat-saat syaitan dibelenggu dlm bulan puasa ni..masih ada yg dok buat kerja syaitan tu.Kalau bulan biasa, aku tk heran..pelikla.Org lain dok kalut kumpul pahala dengan beramal bulan poso,ada gk yg menimbun dosa.Isyy..ishhh..

Suami ckp,tkperlah Tie..sedekah je.Itu rezeki dier.Aku redha dgn apa yg berlaku.Cuma, lg best kalau dpt tangkap pencuri tu.Nk tengok, macam mana rupanya.Mencuri tu sebab aper..terdesak ker..mat gian ker..hobi ker..muka cm Robin Hood ker..mafia ke..Hari ni, dikejutkan dlm paper..sorang suspek kes pecah rumah,ditemui mati ..terjatuh dr rumahnya (flat) tingkat 6 semasa cuba melarikan diri dari polis.Ishhh..tk ke sia-sia..menemui ajal dalam keadaan yang cukup mengaibkan..Kt dunia lg dh didedahkan keaiban..apatah lagi kt akhirat..Allah reveal segala-galanya..Larat ke nk mohon ampun dari semer org yg pernah jdk mangsa dier??Pelikla manusia ni...

Ingatlah, hidup kt dunia ni sementara jer.Fikirla masak-masak kalau nk buat keja-keja jahat ni.Azab Allah cukup pedih. Rasa seram la biler baca paper lately ni..cm kes Datuk Sosilawati..mmng betul2 zalim la penjenayah tu.Langsung tk dok hati perut.Sama gk ngan kes ustazah yg ditemui mati dibunuh dlm bilik air ngan anak dier..plng sadis..disyaki dibunuh oleh jiran sendiri..worth ke,bunuh 2 nyawa semata-mata nk dptkan harta yg tk lebih dr RM 10 k pun...Last-last...kena merengkuk dan mati di tali gantung jgk..haru..

Macam-macamla kisah dlm msyrkt..Bila iman di dada terlalu nipis..mcm2 dibuatnya.Tamak,gila dunia,gelap mata,gila kuasa..dn tk ingat mati..manusia sanggup pejam mata..buat dosa.

Bila ditimpa ujian ini..memberi ruang utk aku bermuhasabah diri kembali. Mungkin Allah nk sedarkan aku.Selama ni, secara sedar atau tidak..mungkin bnyk dosa yg aku dh buat.Mungkin jgk kerana slama ni, aku kurang prihatin dgn nasib org2 lain yg susah..bila baca musibah yg menimpa org lain dlm paper..hati sekadar bersimpati..tiada empati dan berat tangan nk hulur bantuan..Satu lg..mungkin jugak kerana aku terlalu selesa..berada dlm 'comfort zone'..without ujian or kepayahan..menyebabkan aku rasa yg aku mungkin terselamat dr incident-incident yg tk dijangka itu..menyebabkan aku kurang berwaspada..Bila terkena mcm ni..barulah kalut mempersiapkan benteng-benteng pertahanan..pagar rumah dengan Ayat Kursi..gril dan mangga segala pintu..barang-barang berharga disimpan elok-elok..heheh..

Ujian adalah tarbiah dari Allah. Moga Allah sentiasa memasakkan kesabaran dan mengukuhkan keimanan di hati aku dan suami untuk mengharungi hidup ini..Aminnn

No comments: