Wednesday, September 16, 2009

Nuunn..Wal Qalami Wa Maa Yasturun..

Sekarang ni, aku dalam proses mengkaji teknik-teknik penulisan yang berkesan. Aku sebenarnya cukup berminat untk menulis dan menjadi penulis yang berjaya seperti nama-nama besar yang cukup aku kagumi. ..Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Pahrol Mohd Juoi, Dr.Danial Zainal Abidin dan beberapa nama lain yang tidak aku senaraikan di sini.

Setiap mereka punya keistimewaan tersendiri.Teknik dan pendekatan yang berbeza yang membuatkan hasil-hasil penulisan mereka cukup menarik untuk aku baca. Ust.Zaharuddin dan Dr.Daniel sentiasa menghasilkan penulisan yang menarik.Penuh dengan fakta dan ilmiah.Jarang sekali ada penulis sebegini.

Aku plak, masih terkial-kial mencari identiti penulisan sendiri. Apa yang aku sedari, masih terlalu banyak kelemahan diri.Aku tidak pandai menulis (hehehe..tapi ada hati nak jadi penulis).Moga-moga Allah mempermudahkan jalan untukku. Niatku tidak lain, untuk berkongsi dan menyampaikan sesuatu yang mungkin boleh diambil manfaat secara bersama.

Setakat ini, aku telah hasilkan beberapa artikel ringkas berdasarkan senario semasa dan pandangan sendiri.Masih banyak kelemahan yang perlu aku perbaiki. Selain itu, aku juga turut menghasilkan kompilasi tazkirah. Sebenarnya tazkirah-tazkirah ini aku hasilkan daripada ceramah-ceramah yang telah aku sampaikan kepada mad'u aku.Masih dalam proses dan akan dikemaskini.(tak tahu bila ler boleh publish...buat simpanan sendiri jer kot)

Terasa jugak macam nak upload kat blog ni.Tapi macam segan jer..(hehehe..buat apa nak segan, macamla ada orang baca blog ni..terperasan jer lebih tue..)Nantilah..aku fikirkan..camner.

Ishhh..terasa mengantuk sangat-sangat.Naper yer??? (:

2 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Akak pun minat nak jadi penulis tapi skill tak ada..sekarang ni hanya jadi penulis blog saja..
Kenapa asyik kata tak ada orang nk baca blog ni? Mungkin tak ada orang komen? Try letak kotak chat..
Maaf jika tersalah kata..
Selamat Hari Raya maaf zahir batin..

imtiyaz said...

Salam..

Selamat hari raya.Moga kita berjaya kembali kepada fitrah. Sebenarnya takdek orng tahu pun pasal kewujudan blog ni, kecuali beberapa orang yg terdekat jer.TQ coz akak sudi singgah ke blog ni.Ermm...boleh tahu tak akak ni saper ek?TQ.