Wednesday, May 5, 2010

Lamanya tak jengah..

Assalamualaikum wbt..
Eeii..tiba-tiba jer terasa rindu yang membuak-buak untuk menjengah ke blog kesayangan ini. Terlalu lama rumah ini ditinggalkan.
Bukan aper, sejak ada Facebook ni..memang rasa malas sangat nak post kat blog.FB lebih dekat di hatiku...hehee..Nanti merajuk plak blog ni.
Setakat ni, kehidupan yang dilalui biasa-biasa sajer. Nak kata ada yang istimewa, tk juga. Cuma sentiasa bahagia. Alhamdulillah, Allah izinkan aku mengecap nikmat kebahagiaan ini. Bahagia dalam rumahtangga, karier dan keluarga serta kehidupanku. Semoga kebahagiaan ini idak ternoktah di sini sahaja, namun bakal mengiringi sehingga pada saat aku menemuiNya..
Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran pada waktu ini. Dok terfikir tentang TPM..Aku mengharapkan ada rezeki aku utk dapat offer tu..namun, jauh di sudut hati bersarang kerisauan..mampukah aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang academician? Tambahan plak, Alam Bina adalah bidang yg totally different buat aku..bak kata Dr. Dani..Belajar, mengajar dan membuat research dlm English..hihii..agak menggerunkan .Tapi aku sentiasa optimis..Insya Allah.Kalau orang lain boleh buat, tak kan aku tak boleh.Potensi manusia sama sahaja..cuma bergantung kepada kita untuk menggilapkannya atau memalapkannya..
Perkara lain yang berlegar-legar berhubung TPM ni..menjadi pensyarah bermakna aku terpaksa mengorbankan banyak masa aku..Kena bersedia hadapi kesibukan tahap melampau. Bersediakah aku untuk menghadapi kesibukan itu dan dalam masa yang sama terpaksa melunaskan tanggungjawab lain sebagai seorang isteri, ibu, anak dan seorang hamba Allah. Tp, orang kata, untuk mendapatkan sesuatu..perlu korbankan sesuatu..Itupun aku setuju sngt2..Cuma, persoalannya, bersedia dan mampukah aku??
Aku hanya insan biasa yang bernama SHARIFAH FADYLAWATY SYED ABDULLAH..seorang isteri kepad WAN AHMAD FADHLI SHAH..dan seorang ummi kepada WAN ASMAA..Ya Allah..Engkau bantulah aku.Permudahkanlah urusanku...

No comments: