Monday, August 15, 2011

IBU AYAH

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar ke simpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
...Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Saja je aku postkan lirik lagu ni..sebenarnya ni antara lagu favourite masa zaman sekolah menengah dulu.Mula mengenali dan jatuh cinta dgn lagu ni semasa mengikuti kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hati aku mmg mudah tersentuh dan sensitif dengan lagu-lagu sebegini.Liriknya penuh makna dan pengajaran.

Sebetulnya, tiada siapa boleh meramal dan menduga apa yg akan berlaku dlm hidupnya di masa hadapan. Sbb tu, sebolehnya kita jgn terlalu berbangga dan berpuas hati dgn apa yg kita miliki pada hari ini.Semuanya adalah pinjaman Allah dan DIA berkuasa menariknya kembali pada bila-bila masa.

Apa sahaja yg kita miliki, adalah milik DIA..termasuk hati kita.DIA berkuasa membolak-balikkan hati kita. Jangan merasa ujub, jika sekarang kita mampu melakukan sepenuh ketaatan pd Allah..krn tidak mustahil andai Allah menguji kita kelak.Kena sentiasa berdoa dan memohon supaya Allah sentiasa meneguhkan hati dan keimanan kita padaNya. Dan jgn pula kita memandang hina kepada mereka yg teruk daripada kita.Boleh jadi mereka melakukannya kerana kejahilan dan kealpaan, dan tiada siapa tahu..mungkin esok2 hari, mereka jauh lebih baik daripada kita.Hidayah itu kurniaan Allah.Dia berkuasa mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNya.Begitu juga dengan kesesatan..

Hari ini saja terlalu bnyk contoh2 yg boleh kita lihat.Betapa ramai mereka yg dulunya hidup dalam dunia yg penuh dengan kejahilan dan kemaksiatan, akhirnya dengan izin Allah..kembali pada jalanNya yg benar.Sekadar menyebut beberapa nama seperti Malik Noor, Sham Kamikaze,Irma Hasmie,Azmil Mustafa dll.Mengapa hanya mengambil nama2 selebriti?Bukan bermaksud saya pemuja dunia hiburan, namun apa yg menyebabkan aku tertarik utk menyenaraikan nama mereka krn mereka adalah figura dan selebriti yag dikenali dan berpengaruh..dengan penghijrahan golongan ini, tidak mustahil akan membuka mata & hati masyarakat utk berubah, mudahah-mudahan...

Laluan hidup ini tidak semudah yang kita jangkakan.Allah pasti menurunkan ujian utk menguji sejauhmana keikhlasan dan keimanan hambaNya.Mana mungkin kita bisa mendabik dada mengatakan kita beriman dengan setulusnya andai masih belum diuji.Permulaan tidak sepenting pengakhiran..bagaimana pengakhiran hidup kita?Mudahan dlm husnul khatimah..biarlah kita menemui Allah dlm keadaan saling meredhai dan tergolong dlm kalangan hambaNya yang soleh.

Teringat perkongsian pengalaman yang dikongsikan oleh seorang trainer sewaktu mengikuti satu kursus People Turn Around (PETA) Mac 2010 yg lalu.Beliau menceritakan bagaimana kehdpnnya terasa sempit, dihimpit dengan pelbagai masalah dan kesukaran terutamanya dalam karier.Akhirnya, beliau menemui solusi dan jawapan kepada konflik yg membelenggu dirinya."Kembalilah kepada orang tua.." itu pesannya..Insya Allah, segala kekusutan akan terlerai bila mana seorang anak datang memohon kemaafan dr orang tua.Minta ibu bapa mendoakan kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat..Segalanya pasti akan dipermudahkan olehNya, kerana berkatnya doa orang tua yg mungkin selama ini kita abaikan, kita sisihkan..

Aku yakin dan percaya, naluri ibu bapa terlalu halus.Walau sejahat dan seteruk mana seorang anak menyakitinya, langsung tiada kebencian di hati mereka.Hati mereka penuh dengan kasih sayang dan ketulusan..ikhlas dlm doa mereka, supaya Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan kepada anak-anak meskipun jiwa dan fizikal mereka terseksa, memohon supaya Allah melimpahkan kekayaan dan kemurahan rezeki pada anak-anak meskipun mereka hidup melarat..dan mereka tidak pernah mendoakan kehancuran dan penderitaan pada anak-anak meskipun mereka terpinggir dari lubuk hati zuriat mereka sendiri.Tulusnya hati ibu bapa.

Pesan Ustaz Uda Kasim, sebenarnya..ziarah ibu bapa di bulan Ramadhan ini adalah lbh utama berbanding di bulan Syawal.Why??sbb, apa sahaja amal kebaikan yg dilakukan dlm bulan Ramadhan ini akan digandakan..Andai ada kelapangan dan tiada halangan, mmg cukup2 bagus utk kita blk menjenguk mereka, ambil ksmptn utk berbuka bersama.Tapi, mcm aku yg ni susah sket..kelantan..tp tkper, telefon menjadi tali penghubung..blh dikatakan setiap hari, mesti tepon kt kg..tnya khbr mereka,tk kira bulan puasa atau tidak.Seolah dh menjadi satu kemestian dan kewajipan..Ingatan tu yg penting...

Mungkin ini sahaja utk coretan kali ini..sekadar 'pemanas enjin' setelah sekian lama bertapa dari berblogging..Semoga menjadi perkongsian yg bermanfaat...


No comments: