Friday, December 21, 2007

Tadhiyyah Wal Infaq

Sedih n pilu jer..tak dapat sambut raya haji kt kampung.biasanya,kalau raya kat kampung,sure meriah.kat kl ni tak dek menda ler.Nasib baik ada jgk akak2 yang tak balik, so smlm g raya umah diorang jer.

Sayu woo.tak dapat tengok orang sembelih lembu..isk..isk..

Betapa besarnyer pengorbanan yang dilakukakan oleh kekasih Allah..Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.Sanggup mengorbankan anak tercinta kerana cinta pada Allah mengatasi cinta manusia.Isk..terlalu agung pengorbanan itu.Aku tak mampu untuk berkorban sejauh itu.Nak berpisah ngan anak kejap pun rasa cam berat hati jer.Betapa kerdilnya diri ini..Tidak mampu menanggung ujian sekecil itu.

Actually, pengorbanan atau kata lain ..tadhiyyah ni luas skop dier.Pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah satu simbolik kepada kita.Kita kena lihat skop pengorbanan ini dari perspektif yang luas.Bak lagu Allahyarham P.Ramlee.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa.."Dan Allah tidak melihat kepada besar atau kecilnya pengorbanan kita,namun lebih penting dari itu adalah sejauh mana keikhlasan dan ketulusan kita dalam berkorban.Tiada gunanya menderma ratusan juta ringgit andai tersemat perasaan ujub dan riya' di hati.Satu sen yang dihulurkan lebih bernilai di sisi Allah andai pemberian itu diiringi dengan rasa penuh tawadhuk dan keikhlasan.

Tak dinafikan,ramai di kalangan kita yang telah melakukan pengorbanan dari segi harta benda.Sementelahan lagi,penduduk negara kita memang amat terkenal dengan sikap pemurah dan dermawan.Seperti yang selalu kita lihat di dada akhbar,sering dilaporkan kejayaan kita mengumpul dana dan sumbangan yang banyak untuk didermakan kepada mangsa2 bencana alam..tidak kira di Indonesia, Darfur,Iraq,Iran,Afghanistan dan seluruh pelosok dunia.Tahniah dna syabas diucapkan kepada seluruh rakyat malaysia yang dermawan.Moga Allah akan memberkati dan memberikan ganjaran yang tinggi kepada kita berdasarkan sejauh mana keihklasan yang kita iringkan.

Walau bagaimanapun..tidak ramai daripada kita yang sanggup berkorban masa,tenaga dan perasaan.Ini adalah pengorbanan yang lebih berbentuk subjektif.Jarang sekali kita sanggup mengorbankan seluruh jiwa, masa dan tenaga.

Ini sebenarnya lebih kepada tazkirah untuk diri sendiri jer.Berkorban perasaan??camner tue..ok ler, let say kalau husband cakap raya aji thn ni tak blh blk,tkt terperangkap dalam banjir..fuhhh...susah sekali untuk aku terus cakap yes @ orait on da spot.Dalam ati.alamak..naper lak..kan dah janji dulu..geramnyer..rasa cam nak nangis jer.air mata dah bertakung dah..Memang susah nak korbankan perasaan untuk tidak buat benda yang kita suka walhal ketaatan pada suami mengatasi yang lain.Bukan tak faham hukum, but terdetik gak geram tue..kalau orang tu jenis sedia korbankan perasaan, pasti akan sentiasa berlapang dada dengan apa jua yang berlaku.Susah woo..

Itu antaranyer lah..bnyk lagi contoh2 lain yang dekat dengan kehidupan kita.Moralnyer, kalau nak berkorban, korbanlah segalanya kerana DIA.

No comments: