Monday, June 14, 2010

Pena Dakwah..

Perasaan & mood utk berkerja tk brapa ok lagi.Biasalah, bila dah lama sangat bercuti, rasa cm penyakit M tu banyak plak melekat kt diri.Tapi, itu tk elok..
Pagi tadi, dalam IKIM..hepi plak.Dapat dengar my favourite ustaz bagi tazkirah.Saper??Cubalah dengar IKIM pagi2..ok,lah..aku bgtau ek..Ustaz Pahrol Mohd Juoi.Kenal tak?Actually, aku minat sngt dengan tulisan ustaz ni.Dia Ketua Editor Majalah Solusi.Tulisan dier cukup2 menyentuh dan membekas di hati,Biasanya, Ustaz Pahrol suka tulis sesuatu yang berkisar dengan hati dan kehidupan.Pendekatan yang cukup lembut dan berhikmah.Membaca tulisannya adakalanya membuatkan aku terasa seolah2 ditepuk..disedarkan dari kealpaan diri.
Bila baca tulisan dier, terasa cm jatuh cinta..Oppss..jangan salah faham..bukan jatuh cinta pada tuannya, tetapi jatuh cinta pada nasihat, pesanan,saranan dan kata-kata yang ditulisnya.Bukan aku sorang je cmni..Ustaz Pahrol tu ramai peminat dan followers..banyak juga di kalangan remaja..& akak aku pun tersenarai jugak sebagai salah sorang peminat setia Ustaz Pahrol.Hebat kuasa mata pena dier.Patutla org cakap, mata pena tu lebih tajam dari mata pedang.
Aku pernah berkesempatan jumpa dengan Ustaz Pahrol dalam satu program anjuran CITU kat Kolej Mawar..kalau tak silap, bulan 3 hari tu..Tak sangka plak, dapat berjumpa dengan orang yang kita suka.Dia bawak wife skali..Lembut dan ayu jer wife dier.Sesuai dan cukup sepadan dengan Ustaz Pahrol.Bertemu face to face ngan Ustaz Pahrol..membuatkan aku rasa bahawa perwatakannya memang membenarkan apa yang dituliskannya.Maksudnyer??Ermm..bagi aku, peribadi dan perwatakannya memang jujur, tulus, penuh keikhlasan dan kelembutan..dan itulah yang diluahkan melalui tulisannya.Bukan apar, kekadang pernah baca tulisan orang yang hebat-hebat, mendengar butir bicara yang petah dan mengkagumkan..namun, adakalanya penampilan dan peribadi sebenar tidak segah tulisan dan kata-kata.Bak kata orang, indah khabar dari rupa..Aku doa pada Allah, moga aku sentiasa dipelihara..takutler..diuji cmtu..bak kata kwn2 masa belajar dulu.."sembang kemas" ..dlm bhsa mudah..cakap tak serupa bikin.But, Ustaz Pahrol..for me..dia memang cakap & bikin..hope so..
Tak tau nk citer apa lg pasal Ustaz Pahrol..juz nk promote..if nak kenali dier..jemputla ke web dier..www.gentarasa.com.Membaca tulisannya, mungkin boleh membuatkan kita mengenal dirinya.Membaca tulisannya boleh membuatkan kita menginsafi kekurangan dan kekhilafan diri.Aku pernah letak link ni dlm FB..ada kawan yg wish TQ kat aku coz perkenalkan satu laman yang cukup bermanfaat..Aku tk dapat saham or komisyen pun..sekadar menyebarkan kebaikan..bukanke Nabi sebut"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat?"..Methodologi dakwah ni kan pelbagai..semer orang adalah da'ie..tak perlu tunggu tittle ustaz dulu..paling mudah, kita hebahkan ilmu kt orang lain..mudah-mudahan ianya dapat memberikan manfaat utk kita dan kawan2..& mungkin juga dapat menjadi saham kita di saat kita mengadap Allah kelak..pada hari yang tidak akan ada penolong, melainkan amalan kita..
Daaa..........

No comments: