Monday, June 14, 2010

Ujian adalah tarbiah dari Allah..

Dari pagi tadi, berkali-kali aku cuba buka website.tu.Tak dapat..rupanya tersalah.Agak teruja nak tahu, sama ada K.Lija dapat KPLI @ tak.

Dlm pkl 8 pm tadi, dia mesej..bgtau tk dapat..aku turut merasai kesedihan dia.Simpati dengannya.Sebenarnya, ini kali ke-7 my sis. apply for KPLI, & for da first time, dipanggil interview.Tapi nk buat cmner,mungkin bukan rezeki dia lagi.Cuba buat rayuan dulu..mana tahu..kot2 Allah nak bagi peluang tu.

Aku & K.Lija memang terlalu rapat.Apa yang dia rasa and lalui..itulah juga yang aku rasa.Tiap kali dia bersedih ngan ujian hidupnya, hatiku turut sama menangis.Kiranya dia mcm belahan jantung akula..Kalau dia hepi, aku tumpang gembira.Tapi, bila dia sedih..aku turut rawan..Dia ckp..sedih sangat.Dah cuba & lakukan yang terbaik, tapi masih tak berjaya.Tiap2 malam my sis. buat solat Hajat..Tp bagusnya..dia optimis..dipujuk diri dan hati sendiri utk sentiasa bersangka baik dengan Allah.Kesian my sis.dia tk sampai hati nk bgtau mak kt kampung..yang sekali lagi dia gagal.Mak meletakkan harapan yang tinggi utk dia.Dia takut mengecewakan mak.

Setiap kali dia dilanda kesedihan..gagal dapat KPLI, aku akan sentiasa pujuk dan berikan kata-kata semangat.Aku fhm, dia perlukan seseorang yang dapat mengembalikan semula keyakinan dirinya. Aku selalu pesan kt dia, kena banyak bersabar.Mungkin Allah nk berikan sesuatu yang lebih baik.Bukan hari ini..bukan esok..namun siapa tahu..mungkin lusa..mungkin tulat..atau mungkin bukan kt dunia ni..tapi Allah simpan dulu untuk diberikan di akhirat..Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakalanya sesuatu tu nampak buruk dan tidak elok di mata kita, namun hakikatnya itu adalah sesuatu yang terbaik buat kita pada sisi neraca dan pertimbangan Allah. Sebagai manusia, pandangan kita terbatas dan terhijab..tak dapat melangkaui masa dan zaman..tetapi tidak bagi Allah. Dia tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan ..dan kerana itu dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Mungkin juga Allah tangguhkan dulu kerana Allah nak bagi pahala atas kesabaran dia. Apa lagi yang lebih bermakna bagi kita melainkan menjadi insan pilihan Allah..untuk ditinggikan darjat dan maqam kita..atas kesabaran dalam menghadapi mehnahNya?Mungkin dari segi zahiriah, kita menganggap tentu sahaja material itu cukup bernilai..namun, hakikat dan kebenarannya..redha Allah itu lebih utama, mengatasi yang lain-lain.

Aku tida berada pada kedudukannya..mungkin senang untuk aku katakan.."Sabar..sabar..& sabar"..bagaimana andai aku yang terpaksa menanggung ujian ini? Aku tidak pasti, mampu atau tidak.Namun, akan aku sentiasa bermohon pada Allah agar memasakkan kesabaran di dalam hati dan jiwa ini untuk menghadapi apa sahaja ujianNya. Bagi aku, K.Lija memang kuat.Dia cukup tabah untuk mengharunginya..Allah turunkan ujian ini buatnya kerana Allah tahu kemampuannya.Dia mampu pikul dan hadapinya.."La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"..

Allah turunkan ujian kerana limpahan kasih-sayangNya pada K.Lija...bukan sekali-kali kerana kebencian. Ujian hidup itu adalah satu nikmat bagi hamba yang sabar.Aku sebenarnya cukup bersimpati dgn K.Lija.Jalan hidupnya agak berliku.Penuh dengan cabaran dan ujian. Sehingga sampai pada satu tahap..aku lihat dia dh jadi terlalu redho..menerima segala ketentuanNya dengan hati yang penuh pasrah dan menyerah..

Dua tahun lalu, diuji dengan penyakit..Tak tahu, sama ada kesilapan diagnose or miracle yang Allah nak tunjukkan..sebaik bersalin anak kedua, K.Lija disahkan bebas dan selamat dari penyakit yang boleh mengancam nyawa itu.Allahu Akbar..
Kelahiran putera kedua sekali lagi memberikan satu bentuk tamparan dan ujian yang cukup berat..Aiman disahkan mengidap jantung berlubang..banyak wang terpaksa dilaburkan untuk tujuan rawatan di IJN..sekarang menanti saat dan keputusan doktor untuk menjalani pembedahan..Penyakit Aiman agak serius..membantutkan pembesaran, tidak aktif seperti bayi yang sebaya dengannya..Kesian K.Lija..

Bila dia tak dapat kerja sampai sekarang..sejak grad 2004..bila difikir2kan..sedikit sebanyak tersingkap hikmah di sebaliknya. Bagi aku..taqdir Allah itu betul, tepat dan cukup sesuai untuk K.Lija.Dari segi zahir, tentu sahaja kita anggap, berkerjaya itu terbaik utk graduan sepertinya.Namun, aku melihat dari perspektif berbeza. Aku titipkan kata-kata buatnya.."K.Lija sebenarnya, kerjaya bukanlah segala-galanya.."Dalam situasi Aiman yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi, tentu sahaja agak menyulitkan if K.Lija bekerja..Menjaga Aiman tidak seperti menjaga bayi yang lain.Dia ada jadual utk makan ubat..kerap keluar masuk wad..pasti merumitkan if umminya berkerjaya..Kondisi Aiman menuntut umminya untuk sentiasa berada di sisi.

Kakak iparku (kakak suami) juga berdepan dengan situasi yang sama. Terpaksa melepaskan jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA terkenal demi menumpukan perhatian terhadap anak yang berpenyakit...Terlalu besar pengorbanan itu..Mungkin agak ralat kerana terpaksa menggadaikan kareer..namun aku yakin..Allah pasti mengurniakan pahala yang menggunung atas kesabaran menghadapi ujian itu..Kuceritakan kisah kakak iparku pada K.Lija..untuk memberikan perangsang kepadanya bahawa aturan Allah itu adalaha yang terbaik buatnya..

Ya Allah, aku bermohon padaMu..Engkau tinggikan darjat hambaMu ini..Engkau redhailah perjalanan hidupnya..Engkau kurniakan penghidupan yang terbaik buatnya..sama ada di dunia mahupun di akhirat..Moga dia tabah menghadapi ujianMu..kerana sesungguhnya ujianMu ini adalah tarbiah..untuk menguji kesabarannya..Amiiinnn

No comments: