Wednesday, May 12, 2010

Imtihan Dunia..

Hari ni, aku buat e-book..Persediaan dan Amalan Kerohanian Menjelang Peperiksaan. Actually, tajuk ni aku sampaikan pada student2 menjelang peperiksaan baru-baru ni. Kat kolej Teratai, kalau tak silap, 8 April rasanya.
Rasa sayang plak..input banyak..kalau dibiarkan..rugi jer..mana tahu, kalau buat e-book ni..boleh membantu memberikan manfaat buat lebih ramai orang. tak dinafikan..dah banyak dan berlambak-lambak buku2 teknik menghadapi peperiksaan ni kat pasaran.dah ramai sangat motivator yang buat..
Tapi, aku cuba tampilkan sesuatu yang lain...Aku nk highlightkan bab-bab kerohanian..Bagi aku, sehebat mana pun kita, serajin mana pun kita study..no point gk if kita tak pelihara hubungan dengan Tuan yang memberikan kejayaan pada kita tu. Berkat tu lagi penting..Kalau ilmu tu berkat..kita akan jadi orang yang lebih baik..Ilmu yang banyak makin mendekatkan lagi diri kita pada DIA..Tapi..kalau ilmu tu tak berkat..mungkinla PHD dapat bergulung2 ..tp akhlak...zero..
Dalam siri-siri ceramah yang aku berikan pada student2 psl bab ni..matlamat aku satu jer..aku nk sampaikan kt diorang..walau siapa pun kita..bagaimana pun kita study..semernya perlu berbalik pada Allah jugak.. Dia yang berkuasa memberikan kejayaan atau kegagalan kepada kita..Kalau kita susah pun...LA TAHZAN..jgn sedih..Allah sentiasa ada..DIA tak pernah zalimi kita..kalau gagal dalam exam pun.jgn sampai frust menonggeng2..ini cuma imtihan (ujian dunia je)..Kerugiannya tak sebesar mana..berbanding kalau kita gagal ujian kehidupan ini..coz..kalau kita tewas dengan ujian Allah..neraka natijahnya..Na'uzubillah..
Insya Allah, dalam e-book yang baru 20% siap ni..heheheh..lambat lagi rupanya..aku tekankan bab amalan2 rohani yang boleh membantu merealisasikan impian kita untuk
mengecap kejayaan..Ingatlah adik-adikku..berjayalah dengan rahmatNya..Insya Allah, mungkin ini akan menjadi saham untukku di hari aku bertemu denganMu kelak...Permudahkan urusanku Ya Allah..semoga mesej yang nk aku sampaikan ini memberi bekas kepada mereka yang membaca nanti.. Amiinn..

No comments: