Tuesday, May 11, 2010

Sebuah Coretan Yang Panjang

Pagi ni tk banyak benda yang aku buat. Sekdar buat draft Jadual PMI Staf utk Jun 2010. Masih belum complete..kena dptkan maklumbalas PPA..Yelah, musim cuti sekolah..pasti ramai nk bercuti..so jadual tu nanti nk kena suitekan dengan jadual diorang. And..bantu uruskan beberapa perkara utk program OPKIM student ke Sabah. Alhamdulillah, dapat membantu.
Sekarang ni, rasa produktiviti makin menurun.Kenapa yer? Aku sendiri pun tk pasti.Mungkin jugak sebab aku tak sabar2 menanti keputusan TPM..berdebar nak hadapi IELTS..rasa sayang kalau kena resign..macam2 la.
Ada banyak perkara yang masih belum aku selesaikan dalam hidup ini. Paling penting, aku takut andai Allah jemput aku sebelum aku benar-benar bersedia untuk menemuiNya.Hakikatnya aku rindukan pertemuan dengan Penciptaku. Tapi, dalam masa yang sama aku takut..takut dengan dosa dan kealpaanku. Rasanya, amalku terlalu sedikit untuk menampung dosa yang aku lakukan.
Aku juga tidak tahu, bagaimana untuk mentafsir kehidupan dan kuantiti amal ibadahku..Syurga itu Allah kurniakan pada hambaNya bukan kerana amal semata2..tetapi kerana rahmatNya. AKu takut..adakah Allah sudi untuk merahmati aku? Sejujurnya, aku bukanlah manusia yang baik. Banyak kelemahan, kekurangan dan kealpaan aku. Tapi, aku sentiasa sedaya upaya menghindari apa yang Allah larang..Setakat ini, alhamdulillah..berkat mujahadah..insya Allah, terhindar dari buat maksiat dan dosa2 besar..
Tapi, bagaimana pula dengan dosa2 kecil? Walhal dosa kecil itu, andai dibiasakan pun boleh menimbun dan membentuk dosa besar..Tambah2 plak, amal aku tak seberapa. Rasa makin malas plak..Iman bertambah dan berkurang...bertambah dengan amalan dan berkurang dengan maksiat..Kadang2 rasa liat sngt nk top up amalan..berbaloikah sekadar yang wajib sahaja? Nanti pahalanya pun cukup-cukup makan sajer..Tak ke rugi??
Dalam soal dunia plak..aku takut andai aku ni cm over mengejar dunia plak..Silau dengan dunia..aku takut..kenapa yer sebenarnya aku dok pulun keja ni? Tk puas hati dengan keja skrng..sibuk dok apply TPM..nk jadik lecturer plak..Keta, tk cukup WIRA, beli VIVA..plus lg ngan motor LC..Rumah..tk blh ker beli yang biasa2 or sewa jer? Naper sibuk2 nk beli yang ada laman lg..nk selesalah kiranya..Untuk apaer sebenarnya semua ni? naper aku beria-ia sangat nakkan semer ni???
Ya Allah..apa yang nk aku jawab di hadapanMu? Aku takut..Padahal hidup ni tak lama..plng2 lama pun 63 thn ikut umur Nabi..aku akan tinggalkan dunia ni..tinggalkan semer ni..Bila aku tulis cmni..aku sendirik tk tau apa persepsi u all pada aku..Ikhlas, tiada niat untuk berbangga diri atau mendabik dada mengatakan aku ni baik atau zuhud ke aper..Cuma inilah sbnrnya yang selalu berlegar dalam kotak fikiran aku..
Untuk apa semer yang aku buru ni?? Untuk siapa?? Berbaloikah aku kejar semer ni sedangkan akhirnya nanti akan aku tinggalkan..Tapi, salahkah untuk aku mendapatkannya? Salahkah jika aku lakukan semer ni untuk kepuasan diri sendiri...Aku nk buktikan, aku dapat ubah nasib family aku..utk bukak mata anak-anak buah..supaya diorang sedar..kemiskinan tu bukan penghalang..Semer kita ada potensi untuk berjaya..Antara nak ke tak nak..(bak kata DR. HM Tuah Iskandar)..itu jer.Motivasi utk mereka..Aku tk nk lagi inferior..Orang lain blh maju, kenapa tidak aku? Aku nk challenge diri..nk bercakap English..walaupun mungkin aku agak terseksa..
Aku harapkan, dengan kedudukan yang lebih baik..aku dpt contribute something utk Islam..Mungkin ada yg cakap..alah..sebelum dapat, memanglah cakapnyer bergegar..Dah dapat nanti..lupa diri..lupa asal-usul..Hati aku pun terbit kerisauan tu..Aku takut diuji begini. Harap2nyer aku sentiasa istiqomah dan diberi kekuatan untuk buktikan apa yang aku lafazkan..Selain tu, aku nak bantu keluarga. Mereka dah banyak berkorban untuk aku sehingga aku dah sampai ke tahap ini. Abang2 & kakak2 dh banyak mengalah..sacrify masa depan mereka semata2 nk bagi peluang supaya aku berjaya...Aku nk balas semer jasa2 mereka setakat yang aku mampu..
Emm...banyak benda yang dah aku coretkan..Entah2 dh tersasar dari topik asal di awal tadi. Biarlah.. blog peribadi..aku akan coretkan apa sahaja yang terlintas dan terbuku di hati..
Lately ni, aku selalu dok fikirkan kematian..bagus jgk sbnrnya..coz orang yg plng bijak sbnrnya adalah yg plng banyak mengingati mati..Kematian tu tetap akan datang, tk boleh elak walau bersembunyi di sebalik benteng yg kukuh..Tp, andai Kau izinkan Ya Allah, berilah sedikit ruang waktu untuk aku tunaikan dan langsaikan beberapa perkara dulu..
Ganti poso tk habis lagi ni..Aduss..mcm mana ustazah pun lambat qadha'...Tk perlu aku ceritakan di sini..kenapa dan mengapa..tp aku hanya boleh mengadu padaMu Ya Allah..Mungkin ini semer ujian utk aku..Engkau lebih tahu..kelemahan aku..beri aku kekuatan Ya Allah..Aku nk teruskan jugak buat sesuatu yg aku dh stopkan..agak lama..hampir setahun..bukan tk nak buat..tp bnyk kekangan..sampai aku malu sngt2 pada seorang shbt..bukan tk nk involve..tp keadaan sejak berpindah ke Shah Alam ni sudah berubah..terlalu bnyk berubah..terutamanya bab budget..Permudahkanlah Ya Allah..
Aku nk wujudkan keluarga yang bahagia..yg Engkau redhai..rumahtangga yang sejuk dan aman..yang ahlinya sentiasa terpaut hati padaMu..Aku jugak nk bantu ahli keluarga yg lain..adik-beradik, anak2 sedara terutamanya..Rasa cukup ralat..aku asyik dok berceramah sana-sini, tp ahli keluarga sndiri aku tk bimbing..aku tk betulkan..Aku tk nak kami terus hanyut..tk dinafikan ..kami akrab..tetapi masih banyak kelompangan..masih banyak kekosongan dlm hati kami yg perlu diisi..Aku tk dek kekuatan utk tegur dan betulkan ahli keluarga..kenapa yer..aku tk mampu nk bersuara..menegakkan amar makruf nahi mungkar..Hasrat aku ..kalau blh...biarlah kami semer sempurnakan apa yg Kau perintahkan..0 Defect...Semer bertudung & menutup aurat dengan sempurna, Tk dek yg tinggalkan solat..anak2 dibimbing dengan pendidikan Islam sepenuhnya..semer mampu menuturkan kalam suciMu...besar harapan aku Ya Allah..berikan aku kekuatan..
Aku tahu..aku juga tk sempurna..hanya insan biasa yg mengimpikan sesuatu yg elok dan baik..Ya Allah..Engkau hadirkanlah rasa cukup & syukur di hati ini...Supaya aku sentiasa redha dgn apa sahaja ujian & pemberianMu..

No comments: