Wednesday, May 5, 2010

TIKET KEBAHAGIAAN

Boringnyer..Asma' n hubby dh tido.Asalnya nk tido awal td..tp lepas iron baju,panas..mandi & fresh blk...

Tetiba teringat nasyid THE ZIKR..Antara Dua Cinta.Mungkin ada kwn2 yg dh biasa dgn lagu ni.Bagi aku..sangat best & mendalam maksudnya..actually semer lagu THE ZIKR best2..

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa
bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada disangkal hilang..

Benar..kita selalu melihat dan beranggapan..beruntungnya si A..bertuahnya si B..bahagianya si C..Semua yang ada pada orang lain dilihat membahagiakan. Mengapa tidak pula mengucapkan.."Alangkah bahagianya aku..betapa beruntungnya diri...Bukankah Allah jadikan setiap orang itu berbeza..dan berlainan jua cara laluan hidupnya. Ada yang dijadikan dengan pakej yang lengkap..cantik,berharta,ternama,punyai kemasyhuran..namun persoalannya, adakah itu sebagai tiket atau jaminan kebahagiaan?Meski hidup kita biasa-biasa,pendapatan sekadarnya..tapi adakah pasti kita akan menderita?

Bagi aku, bahagia bukan pada lahiriah. Bahagia itu maknawi. Hanya dirasai dan dinikmati oleh empunya diri. Bibir mungkin boleh berdusta, mengatakan kita BAHAGIA..namun tidak pada hati. Kerana hati itu ada RASA..

Andai terselit cemburu dan irihati ..buangkan dari terus bersarang di lubuk hati.Akui hakikat..Allah jadikan kita berbeza. Setiap dari kita istimewa. Ketinggian martabat kita bukan terletak pada harta mahupun takhta..tetapi pada taqwa kita pada yang Esa. Mungkin sudah rezekinya, mendapat apa yang diidamkan manusia..tapi usah gundah gulana, kerana ALLAH sentiasa bersama..


No comments: