Friday, August 19, 2011

TESIS ohhh TESIS...


Rasanya ni first time aku menulis berkenaan dgn kepeningan aku berhadapan dgn tesis. Oppss..bg yg tk mengikuti perkembangan terkini aku, di sini nk bgtau..actually aku dh resign secara rasminya daripada jwtn Pegawal Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam dan sekarang sdng melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Kulliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED) , IIUM Gombak.

Aku dpt offer SLAB dripada CITU, UiTM Shah Alam dlm bidang Islamic Architecture (Built Environment)..bidang yg jauh tersasar daripada degree aku sblm ni (dulu degree Syariah & Undang2, UM).Asalnya aku sendiri keliru, nk accept ke tak offer ni..Lastly, setelah puas bermunajat dan meminta petunjuk Allah, akhirnya aku terima juga.Andai apa2 berlaku, aku redha & pasrah coz aku buat keputusan ni bukan dgn gerak hati semata2, namun aku berterusan memohon bimbinganNya, dan aku yakin Allah memberikan jalan yang terbaik utk aku.

Di peringkat awal ni, aku rasa masih terawang2 jugak la nk buat tesis ni..coz blm dpt gmbrn sbnr research methodology.Insya Allah, ada kelas research method next sem.Dulu2, ingatkan senang wat master..rupanya..aduii...blh thn gk ler..heheh..tp tkper, take it as a challenge..I can do it.Barrier aku, English & satu lg, ni bidang baru..aku tk dek backgroung.But, Insya Allah..semoga Allah sentiasa mempermudahkannya..Sbnrnya bnyk nk citer psl tesis, tp tetiba je rasa tkdek mood..Lately ni, mood nk menulis mmg menurun sngt2..kalau blh digambarkan dgn graf, rasanya menjunam je..

Ada mood lain..hati berbunga ceria dan bahagia.Alhamdulillah, hari ni masuk elaun TPM dlm **** something.Almost ******..satu nilai yg cukup besar pernah aku dapat..Alhamdulillah..thanx u Allah..Kekadang terfikir gk, betapa hebatnya kasih sayang Allah..tidak putus2 rezeki dan nikmat kurniaanNya..bersyukur sngt2..Insya Allah, bersyukur bkn skdr ungkapan di bibir tp mesti dimanifestasikan melalui perbuatan.Insya Allah..

Sat lg nk kuar.Malam ni ada ifthar kt luar.Mkn steamboat...Hrp2 tk tergoda dan lemah imanla..Mkn-makan jugak , terawih jgn miss plak..(muhasabah diri sendiri)..Ok daa....luv u all..

NIAT BAIK YG MUNGKIN DISALAHERTIKAN..


Terasa ingin berubah angin.Selama ni, aku terlalu asyik dgn FB sehingga meminggirkan blog ni. Mulai hari ni, Insya Allah..aku ingat nk utamakan blog pula..nk mencoret sepuas-puasnya..

Kalau ikutkan, aku lbh selesa dgn FB.Lbh friendly & seronok bila kwn2 comment post kita.Blh berinteraksi secara maya.Compare ngan menulis kt blog ni, bg aku ia skdar satu catatan diari..bermonolog.Tmbh-tmbh, blog ni aku tk war-warkan pun pd kwn2..tkdek followers pun.Semenjak belajar ni, terus-terang aku ckp, aku betul2 rasa kesunyian dan keseorangan.Hidup sorang2 je.Jadi FB je la ruang utk aku bersosial.

Dlm FB, aku mmg sngt aktif update post.Kekadang dlm 7 post sehari..heheh..mungkin ada yg naik menyampah kot.Terpulanglah..biasanya ku suka selitkn nasihat2 sama ada secara langsung atau tersirat. Bukan bermaksud aku ni baik sngt, cuma aku guna ksmptn ni utk tujuan dakwah dan plng penting utk muhasabah diri sndiri.Aku sdara, aku pun bnyk kekurangan, dan ahli keluargaku pun bnyk kelemahan.Jadi, aku postkan nsht 2 ni sbagai peringatan bersama.Selain kata2 nsht, benda yg plng aku suka postkan adalah berkenaan puteri kesayanganku Wan Asmaa.Terasa setiap detik membesarkannya bgtu berharga dan aku sngt2 teruja utk merakamkan setiap perkembangannya..keletahnya, kebijaksanaannya dan kepetahannya.Mungkin suatu hari nanti, ia menjadi satu catatan berharga buatku.

Namun, sbgai manusia biasa..mungkin ada kalanya aku juga tidak lari dari salah & silap.Mungkin juga nsht2 yg aku selitkan membuatkan ada kwn2 yg terasa..Sebetulnya, aku tdk pernah buat teguran secara spesifik..namun mungkin ada yg terasa..terutamanya bila aku sentuh bab2 aurat &tabarruj...Maafkan aku..Setakat ni, tk pernah la plak kwn2 FB bgtau mereka terasa hati ke tidak..cuma aku risau kalau diorang berkecil hati.

Niat aku baik, aku nk sampaikan dakwah dan teguran. Demi Allah, aku langsung tidak ada niat nk menyindir sesiapa. Kadang2 bnyk benda yg tk betul yg berlaku dlm msyrkt kita.Aku tk ada kekuatan utk tegur & turun padang.Medan yg aku ada cuma FB..jd aku gunakan peluang ni sebaiknya.Kekadang, terasa susahnya kita nk sampaikan dakwah.Bila ditegur direct, org tk akan terima.Silap2 hari bulan, kita dihentamnya semula.Bila buat secara umum..org buat tk tahu...urgghhh..susah betul.

Smlm, suami aku tegur..katanya, berhati2 dlm update post kt FB.Takut nanti disalahtafsirkan org w.pun niat kita baik.Jujur aku katakan..awalnya aku mmg rasa terkilan dan sedih.Kerana hanya Aku dan Allah yg tahu..betapa aku ikhlas utk berdakwah.Nasihat demi nsht yg aku berikan adalah utk kebaikan dan manfaat bersama.Dgn harapan , mudah-mudahan org akan terkesan dan tergerak utk melakukan kebaikan bila membaca post aku..Alhamdulillah, ada yg bnyk memberikan respon positif terhadap dakwahku..Mungkin sdkt sebanyak ianya meresap di hati mereka.Syukur Ya Allah.Cuma, suami kata..tdk semua org mengetahui & memahami niat kita.Ia boleh diberi tafsiran pelbagai..mungkin ada yg melihat sbg nasihat, teguran,sindiran,cabaran atau riya'..

Apapun , terima ksh kpd suami yg memberikan teguran. Apa yg blh aku katakan, semoga Allah sentiasa meredhai amal dan keja buat aku...

Thursday, August 18, 2011

JEJAK KASIH


Alhamdulillah, berkat Ramadhan..akhirnya aku berjaya menjejaki seorang kakak angkat masa kt sekolah menengah dulu.Terlalu lama terpisah, rasanya dlm 6-7 tahun kot.Telefon lama hilang, mmg langsung tk boleh berhubung.

Pelbagai inisiatif aku lakukan utk jejaki akak ni.Cari dlm FB,web..tk jumpa..Aku ingat nama adik beradik dier unik sket,kalau pompuan akan start dgn Munaawarah & laki start ngan Mukarramah..try taip dlm FB ..pun tkdek..last2, ada terjumpa dlm satu blog sorang cikgu ni.Dia siap mention nama penuh lagi, Munaawarah Rahmawati Mahmoud, ngaja kt Sk Sungai Dua , Bentong..Naluri kuat mengatakan..inilah orangnya yang aku cari selama ni.Aku tinggalkan comment dan pesanan kt shout box..mudahan dia baca.

Nk dijadikan rezeki, mlm td aku chat ngan sorang lg senior masa kt Naim dulu.Kak Ani namanya..daripada akak ni lah, aku mintak no.phone kak Muna.Ptng td, sajer2 usik dia.Tepon & menyamar as student..wahhh..blh thn garangnyer cikgu Muna ni..hihiii..Bukan main seronok kmi berborak..melepaskan kerinduan..aku benar2 merinduinya..Kami rapat masa kt Naim dulu..& aku pernah ke rumahnya.

Rupanya dia pun ada FB gk..cuma guna nama lain..patutla slama ni susah sngt utk aku jejaki..tp, tkperlah...'ala kulli hal, aku bersyukur sngt2 dipertemukan kembali dgnnya.Tengok foto terkini akak tu, cm tk dek yg berubah..masih manis dan comel seperti dulu..meskipun dah beranak 3..ibu2 zmn skrng kot..maintain je..pandai jg badan..coz kbnyknnya berkerjaya..kenala jg penampilan.

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni..aku merindui semer kwn2 dan kenalan2 lama..nk cari diorang..rindu nk tahu perkembangan mereka dan rindu menatap wajah mereka..confius lak ngan ayat sendiri..mcm ayt org nk pegi jauh je..heheh..seram plak bulu roma ni..Tkperlah, bukanke Islam sndri ajar kita utk berkasih syng..Org mukmin kn bersaudara..Allah juga suruh kita berpegang teguh dgn tali Allah & jgn berpecah belah.Dlm satu hadith lain, Nabi menyebutkan..siapa yg nk dipnjngkan umur & dimurahkan rezeki, hendaklah dia menghubungkan kasih sayang& silaturrahim..so, tk dek yg weird nya kot dgn apa yg aku lakukan skrng ni kn?Sekadar mengikuti apa yg Islam ajarkan..

Masa kt sekolah dulu, aku lbh rapat dgn senior2..mungkin sbb anak bongsu kot.Aku agak manja dan sukakan org2 dewasa yg mcm kakak2..diorang lbh matang dan bersifat pelindung.Ngan yg sebaya,mmg aku kwn gk..tp aku suka mengadu kt akak2..selain k.Muna, ada 2 lg kakak yg aku rapat..masa form 2, ada sorang kakak angkat..namanya K.Min dari Machang..& masa form 3,dgn k.zie..lost cntct dgn keduanya skali..ingat nk cari jugak ni..aku merindui mereka semua..huhuuu

Lastly, saja..nk kasik ayat meraih simpati sket..."Kalau org tk sayang aku pun, tk mengapa..Insya Allah, aku menyayangi shbt2 & kenalan2 yg jauh dan yg dkt kerana Allah.

Monday, August 15, 2011

IBU AYAH

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar ke simpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
...Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Saja je aku postkan lirik lagu ni..sebenarnya ni antara lagu favourite masa zaman sekolah menengah dulu.Mula mengenali dan jatuh cinta dgn lagu ni semasa mengikuti kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hati aku mmg mudah tersentuh dan sensitif dengan lagu-lagu sebegini.Liriknya penuh makna dan pengajaran.

Sebetulnya, tiada siapa boleh meramal dan menduga apa yg akan berlaku dlm hidupnya di masa hadapan. Sbb tu, sebolehnya kita jgn terlalu berbangga dan berpuas hati dgn apa yg kita miliki pada hari ini.Semuanya adalah pinjaman Allah dan DIA berkuasa menariknya kembali pada bila-bila masa.

Apa sahaja yg kita miliki, adalah milik DIA..termasuk hati kita.DIA berkuasa membolak-balikkan hati kita. Jangan merasa ujub, jika sekarang kita mampu melakukan sepenuh ketaatan pd Allah..krn tidak mustahil andai Allah menguji kita kelak.Kena sentiasa berdoa dan memohon supaya Allah sentiasa meneguhkan hati dan keimanan kita padaNya. Dan jgn pula kita memandang hina kepada mereka yg teruk daripada kita.Boleh jadi mereka melakukannya kerana kejahilan dan kealpaan, dan tiada siapa tahu..mungkin esok2 hari, mereka jauh lebih baik daripada kita.Hidayah itu kurniaan Allah.Dia berkuasa mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNya.Begitu juga dengan kesesatan..

Hari ini saja terlalu bnyk contoh2 yg boleh kita lihat.Betapa ramai mereka yg dulunya hidup dalam dunia yg penuh dengan kejahilan dan kemaksiatan, akhirnya dengan izin Allah..kembali pada jalanNya yg benar.Sekadar menyebut beberapa nama seperti Malik Noor, Sham Kamikaze,Irma Hasmie,Azmil Mustafa dll.Mengapa hanya mengambil nama2 selebriti?Bukan bermaksud saya pemuja dunia hiburan, namun apa yg menyebabkan aku tertarik utk menyenaraikan nama mereka krn mereka adalah figura dan selebriti yag dikenali dan berpengaruh..dengan penghijrahan golongan ini, tidak mustahil akan membuka mata & hati masyarakat utk berubah, mudahah-mudahan...

Laluan hidup ini tidak semudah yang kita jangkakan.Allah pasti menurunkan ujian utk menguji sejauhmana keikhlasan dan keimanan hambaNya.Mana mungkin kita bisa mendabik dada mengatakan kita beriman dengan setulusnya andai masih belum diuji.Permulaan tidak sepenting pengakhiran..bagaimana pengakhiran hidup kita?Mudahan dlm husnul khatimah..biarlah kita menemui Allah dlm keadaan saling meredhai dan tergolong dlm kalangan hambaNya yang soleh.

Teringat perkongsian pengalaman yang dikongsikan oleh seorang trainer sewaktu mengikuti satu kursus People Turn Around (PETA) Mac 2010 yg lalu.Beliau menceritakan bagaimana kehdpnnya terasa sempit, dihimpit dengan pelbagai masalah dan kesukaran terutamanya dalam karier.Akhirnya, beliau menemui solusi dan jawapan kepada konflik yg membelenggu dirinya."Kembalilah kepada orang tua.." itu pesannya..Insya Allah, segala kekusutan akan terlerai bila mana seorang anak datang memohon kemaafan dr orang tua.Minta ibu bapa mendoakan kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat..Segalanya pasti akan dipermudahkan olehNya, kerana berkatnya doa orang tua yg mungkin selama ini kita abaikan, kita sisihkan..

Aku yakin dan percaya, naluri ibu bapa terlalu halus.Walau sejahat dan seteruk mana seorang anak menyakitinya, langsung tiada kebencian di hati mereka.Hati mereka penuh dengan kasih sayang dan ketulusan..ikhlas dlm doa mereka, supaya Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan kepada anak-anak meskipun jiwa dan fizikal mereka terseksa, memohon supaya Allah melimpahkan kekayaan dan kemurahan rezeki pada anak-anak meskipun mereka hidup melarat..dan mereka tidak pernah mendoakan kehancuran dan penderitaan pada anak-anak meskipun mereka terpinggir dari lubuk hati zuriat mereka sendiri.Tulusnya hati ibu bapa.

Pesan Ustaz Uda Kasim, sebenarnya..ziarah ibu bapa di bulan Ramadhan ini adalah lbh utama berbanding di bulan Syawal.Why??sbb, apa sahaja amal kebaikan yg dilakukan dlm bulan Ramadhan ini akan digandakan..Andai ada kelapangan dan tiada halangan, mmg cukup2 bagus utk kita blk menjenguk mereka, ambil ksmptn utk berbuka bersama.Tapi, mcm aku yg ni susah sket..kelantan..tp tkper, telefon menjadi tali penghubung..blh dikatakan setiap hari, mesti tepon kt kg..tnya khbr mereka,tk kira bulan puasa atau tidak.Seolah dh menjadi satu kemestian dan kewajipan..Ingatan tu yg penting...

Mungkin ini sahaja utk coretan kali ini..sekadar 'pemanas enjin' setelah sekian lama bertapa dari berblogging..Semoga menjadi perkongsian yg bermanfaat...


Tuesday, December 28, 2010

Andainya Aku Pergi Dulu....

Terasa berdenyut-denyut kepala...Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, rasa tk berapa sedap badan..Mood untuk kerja agak menurun.Selera pun tk brapa..entahlah..bila bgtau husband..dia akan ckp.."ke dh nk mati??"..huhuu..kalau org lain dgr, cm kasar..tp bg aku..tidak

Dalam konteks perbualan harian kami suami isteri...kami biasa dan slalu sngt sebut pasal kematian.Bukan apa..saling mengingatkan.Awal-awal dulu, aku marah jugak if husband asyik sebut..dia rasa cm nk mati...pastu...lama-lama..kami dh kalis..bagi aku, kenapa perlu fobia dengan istilah MATI??Sedangkan kita semua pasti mati..Aku akan mati, husband, my parents..my siblings...and semua orang...kerana mati itu telah dijanjikan, cuma kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.

Even, bila bercakap dengan my daughter, Asma' pun...kami akan terangkan tentang kematian.Cuma, Asma' masih lg takut..ulasan dier.."Asma' takut dok dalam kubur..gelap..nanti susah nak tepon.." Aku bgtau..."Dlm kubur tue, kalau Asma' jd gud girl..Allah jadikan kubur Asma' cerah..terang..tp, if Asma' nakal..nanti kubur Asma' gelap..."kebetulan time tue baru melintasi I-CITY..spontan dier tanya..Umii, nanti kubur jd cerah cm I-CITY ekkk??Lampu mcm2 tu ker???hehehhe...anak umi..

Bila my husband tanya.."Tie, awak ready tk nk mati??Aku ckp..ermmm..rasa takut la..amalan tk cukup lg..dosa plak bnyk...dr satu sisi lain..hubby ckp..patutnyer kiter rasa seronok bila nk mati..coz itu bermakna kita akan menemui kekasih kita..Allah dan Rasul..lagipun, bukankah kematian itu satu kerehatan bg org beriman??Dlm kubur, dh tk perlu fikirkan soal kerja, hatta ibadah pun..coz semer tu sepatutnya dh kita laksanakan sebaiknya semasa hayat kita..

Huhuuu...andai aku mampu jd mukmin yang terbaik..alangkah bertuahnya..tp, mslhnya...aku ni manusia yg lemah.kerapkali tewas dengan hawa nafsu dan lemah iman..ibadat pun kekadang level yg sama jer...teruknyer diri ini.Heheh..rasa cm tk wajar plak share kt sini..tp ini sebetulnya utk muhasabah diri..

Andai ditakdirkan Allah nk jemput aku, ataupun husband..moga-moga biarlah kematian kami dlm husnul khatimah..Aku takut Ya Allah..Kami tidak layak utk syurgaMu..namun kami benar-benar mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu..redhailah hidup dan mati kami...

Friday, November 26, 2010

Jika Mimpi....

Lamanya tk update blog.Dah bersawang gamaknyer. Entahlah, terlalu sibuk or buat2 sibuk..

Last week, aku mimpi something yang best sangat.Seronok..rasa cam real..nak tahu aper ker??segan lah plak nk tulis kat sini.Bila citer kat husband, dia senyum jer..Nasib dia tak jeles..heheheh..Dah faham sangat la ngan perangai zaujah dier sorang ni..Ishh..tp jangan la sangka yang bukan-bukan or bersangka buruk plak kat aku..Rasa cam sehari tu, dapat semangat baru..

Esoknya, husband dah pesan..kena bangun awal coz aku belum iron lg baju kerja. Dek dok fikir2kan benda tu, sampai termimpi2..mimpi dah iron.Sudahnya..agak terlambat sdkt. Bising jugaklah my husband.Masa tu rasa geram btl la kt syaitan yg mengganggu tidurku itu.Tak pasal2 kelam kabut pg tu. Husband hntr sms, mintak maaf coz bising2 sket biler aku tk iron baju..kecik hati jgkler...Dia ingat aku tk sedar b'coz FB..actually bkn..semer psl mimpi..hehhe

And..ada lg psl satu mimpi..Aku tk suker mimpi ni.Tp sering mengganggu aku.Tak tahu lah kenapa, mcm diminta2 plak..slalu bertandang dlm tidurku.Ya Allah, aku mohon jauhkan aku dari segala keburukan dan kejahatan syaitan.Mungkin jgk coz skrng ni aku dlm period..Terkadang hati ini tertanya2..kenapa mimpi benda yang aku tk suka???

Thursday, October 14, 2010

confiuss..

Baru habis meeting.Separuh hari di bilik mesyuarat, tk sempat buat apa-apa.Tp, sekurang-kurangnya..bagus jugak meeting.Bnyk benda yg dibincangkan bersama.

Bnyk yg dibincangkan ..berkait dengan soal perjawatan.Antara yg plng menarik minat aku adalah berkenaan dengan peluang sambung belajar.Dimaklumkan bahawa HEI memohon 4 tempat untuk Master dan 1 tempat utk PHD.Tergugat sebenarnya.Hati jadi berbelah bahagi.Aku memohon TPM dan dikhabarkan memang akan dapat tawaran tue.Risikonya, terpaksa resign.Actually, aku mencari peluang yg lebih cepat utk aku peroleh.Adakah aku dianggap terburu-buru??Entahlah..

Bukan apa,sblm ni aku mengharapkan adanya peluang sambung blaja dr HEI..tp thn lepas tkde.So, bila dngr thn depan ada peluang tu..hati aku dh mula berbelah-bahagi.Nk accept TPM or..yg HEI.Dari segi advantage..memang bagus yg HEI la.Tk berisiko.Cuti bergaji penuh.Tp, takut nanti Dr.Rahimi and management CITu khususnya HEA marah plak kt aku if aku tolak TPM.Seolah-olah aku dan sekat peluang orang lain.Macam mana ni???Pening la..Before this, aku dah mintak petunjuk dr Allah..dah nekad dngn TPM.Sebelum ni..twrn sambung blaja HEI tkdek lagi..Adusss....confius..very2 confius..

Ya Allah..aku harap agar Engkau berikan panduan dan petunjuk pada aku.Kalau boleh, sebelum surat TPM keluar..

Friday, October 1, 2010

Ke IKIM ...

Penat plak rasanya hari ni.Padahal..tkdek buat aper2 pun.Pagi td ikut Ustazah Norrihah ke IKIM..Jamuan Raya.Best gk.Dapat jumpa ramai org.DJ semer ada,kecuali Ustaz Zamri jer tkdek.Sempat borak dan ambik gambar ngan DJ Fairuz Hj.Nordin.Yg lain tk..segan.Ustaz Zahazan,U.Pahrol,Ustaz Ghazali Ibrahim,Inteam,Hijjaz..ramaila..Yg bestnyer..Dato' Munir (bekas Pengarah IKIM kalau tk silap..) datang dok semeja ngan kami.Tp tk borak sngt ler.Ramai gak VVIP dtng dan singgah di meja kami (coz Dato' Munir ada..hehehe) Tumpang semangkuk ler.

Rezeki..makanan semer best2.Makan kambing salai..fuhh..puas hati.Ptng ni ada jamuan raya UiTM.Tp malasla nk gi.Sure crowded.Tmbh2, Menteri ada..tk kisah..td dh mkn sedap2.

Sekian dulu untuk kali ini.Mg ketemu lg di lain waktu.Daaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, September 27, 2010

Muhasabah Diri

Pagi-pagi lagi, selepas punch card, aku terus drive ke Menara.Bukan aper, if lewat sangat..susah nk dapat parking.Terkial-kial nanti.Hajat di hati, nk buat ID card Staf.Yang lama dh diambil pencuri..jadi agak susah jgkler nk survive without ID staf ni.Especially, time nk gi ceramah / tazkirah mana-mana..coz dlm UiTM ni semernya guna sistem parking berpalang.Cam last week, aku terpaksa park kereta agak jauh dari Fak.Kejuruteraan Elektrik..dan terpaksa menapak..tp tkperlah.Anggap sahaja sebagai senaman untuk menguruskan badan yang dah sedia slim ni.

Actually ada banyak perkara yang perlu disiapkan.Tp, hati rasa tk dek feel nk buat.Nak menulis kt blog dulu.Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan.Dalam dok panjat tangga Menara, terserempak dengan sorang staf.Kebetulan pernah bagi ceramah kt bahagian dia.So, dia tegurla dan ajak breakfast sama-sama.Asalnya nk siapkan dulu urusan..tp akak tu ckp,awal lagi..maybe diorang pun dok minum jgk.So, untuk tidak menghampakan..aku pun g la breakfast kt cafe Menara.Rezeki di awal pagi..ada orng bermurah hati belanja.Itulah..kekadang kita pun tk sedar..ada je rezeki yg Allah nk bagi.Alhamdulilah..murah rezeki pagi ni.

Dalam dok breakfast tu..kami borak-borak.Banyak topik la..Akak ni..aku agak selesa dengan karektor dia yang cukup peramah, sempoi dan senang didekati.Mungkin bila org tngk penampilan luaran dia..ada yg bagi persepsi negatif ..tp, bg aku..sejak pertama kali aku kenali dia..aku rasa selesa..dia cukup hormati dan meraikan kita..Semakin didekati..aku dapat buat kesimpulan..yg dalam hati setiap manusia ni..memang ada fitrah ke arah kebaikan.Masing-masing ingin menjadi yang terbaik dan melakukan amal yang terbaik.Cuma mungkin belum mampu melaksanakannya secara total..ia mengambil masa..kena sentiasa disokong,didorong dan dimotivasikan..Cam akak ni..aku tengok..dia memang cukup suka mendampingi ustazah-ustazah..mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah dirinya..Maybe dia tengah bermujahadah dengan diri sendiri untuk melawan nafsu sendiri..untuk berubah menjadi insan dan hamba yang lebih baik.

Dalam dok sembang-sembang..aku tersentak bila diajukan persoalan,"Ustazah..dalam seminggu..agak-agaknya berapa hari ustazah bangun bertahajjud?"..uiissshh..nk tersedak aku.Dia sambung lagi.."Saya suka sangat bila tengok muka-muka ustazah-ustazah..semernya jernih-jernih..mesti banyak buat tahajjud"..dalam hati aku berkata dan tertanya-tanya , "Aku tersenarai ke tidak ni?"..Terkulat-kulat aku nk jawab..Diam sebentar dan bermuhasabah diri...dia plak cm faham2 jer ngan situasi aku.Dia tukar topik lain.Aku plak..tk nk menghampakan akak tu..dan aku terima soalan tu sebagai satu cerminan untuk aku bermuhasabah.Aku katakan , "Susah jgk utk saya konsisten tiap-tiap malam.Lebih banyak ikut keadaan..Lihat pada kondisi..bnyk gk halangan..penatla..karenah anakla..mcm-macam..tp ..itulah yg susahnya..nak istiqomah. Aku menambah lagi.."Saya tk mampu buat cm my husband..yg agak konsisten..Tp my husband slalu bg motivasi..Tkper..at least..if awak bantu kejutkan saya..sediakan keperluan dan makanan utk saya..Allah dh bagi ganjaran yang cukup besar utk awak.."

Jujur aku katakan..memang agak susah utk aku istiqomah nk bangun mlm ni..Mujahadah yg cukup berat.Ada waktu-waktunya..kita ada kekuatan..sampai pernah satu ketika..aku rasa cukup2 bersalah if tak qiam..But, bila datang period (tambahan period plak..normally lama)..nk start qiam blk..memang susah sngt-saaanggggggggggaaaaaaaaaaaaatttttttttt..)Aku mengakui..memang bnyk kelebihannya if kita bangun malam.Bila berceramah, aku sebutkan tentang kelebihan ini dan at the same time..aku remindkan diri sendiri..supaya bangun..tp itulah..mula-mula bangun..pastu liat plak..eiii..letihla nk bertarung ngan nafsu ni.Tambah-tambah bila dah dapat Vono..huhuuu..

Aku tk macam my hubby..So far, aku tengok dia lebih berdisiplin dari aku.Every morning..dia bangkit awal.After qiam..terus ke masjid.Dia tk dek desak aku bangun..tp tk dinafikan..dalam hati terselit rasa malu dan segan sngt2 kt dier.Dia khusyuk di tikar sejadah..aku plak lena zzzzzzzzz...Maybe dia fhm kot..situasi aku yg agak penat.Mlm2..rutin aku..iron baju..kemas rumah dan buat aper2 yg patut..Seminggu sekali..ada kuliah dan Halaqah..sampai rumah dah pkl 11 mlm ...memang tk larat nk buat apa..ALASAN ...org lain lg bnyk komitmen...blh jer qiam..hehehe..ye tak yer jgk..Insya Allah..lepas ni kena kuat lagi...TIE..WAKE UP!!!

Sorang sahabat pernah pesan..if tk bangkit qiam...jgn lupa gantikan dengan solat sunat Dhuha..cover blk.Insya Allah..Dhuha ni kena jadikan amalan.Dia pintu rezeki..Bnyk fadhilat.Satu lagi..amalkan Wirid Al-Mathurat setiap pagi dan petang..Ada kelebihannya..huhuu..sejak lepas raya..aku baca beberapa kali je.Dh tk konsisten cm dulu..sedihnya..asalnya..wirid yg aku selalu letak dlm kereta tu hilang..Baru perasan dua tiga hari lepas..rupanya benda tu ada terselit celah-celah kusyen kereta..kena start amalkan balik.

Ya Allah..susahnya nk mendidik hati supaya istiqomah dengan amalan ni.Dlm bab bersedekah pun..actually..benda tu kena konsisten..setiap bulan kalau boleh.Sorang sahabat pernah pesan..infaqlah harta..jgn dilihat pada amaun..tp biar berterusan...Kekadang..lintasan syaitan dlm hati hasut.."Malulah..sikit sngt duit yg nk kamu sedekah ni....Dari bagi sikit..baik tk payah kasik langsung.."Iiii..Adakalanya..kau tertewas jgk dengan godaan iblis laknatullah ni..Jahat betul la IBLIS ni...Benci aku..

Sebetulnya..Allah tidak melihat kepada hasil..tetapi DIA menilai usaha yang kita lakukan.Keikhlasan tue penting..Adakah aku tidak IKHLAS??coz bercerita kt sini??Tujuan aku tidak lain..aku menulis bukan utk bgtau yg aku ni bnyk amalan..TIDAK..aku tulis ni untuk marah kt diri sendiri.Nk bermuhasabah..Selama ni..mulut aku bnyk berbicara..menyeru org lain buat kebaikan..realitinya..empunya diri cmner??Aku nk menilai..adakah ucapan aku selaras dengan tindakan??Allah tidak suka kita mengatakan sesuatu yg tidak kita perbuat..Amat besar kemurkaan Allah..Aku takut sngt..Ujian utk pendakwah lebih besar berbanding ujian pada orng biasa-biasa..Aku nk remind my self..TIE..berdakwahlah terhadap diri sendiri dahulu..before dakwah kt orng..serulah diri sendiri dulu..before seru kebaikan kt orng lain..

Aku risau..adakah Allah menerima amalku selama ini?Aku sentiasa optimis dan bersangka baik dengan Allah..Mudah-mudahan segala kerja dan amalku diterima olehNYA.Aku hanya insan yang lemah..aku sering lalai..tersasar..terlupa..bimbinglah aku Ya Allah..Berilah aku kekuatan untuk mentaatiMu..Beri aku kekuatan untuk berjihad melawan hawa nafsuku..Beri aku petunjuk dan hidayah untuk sentiasa ber ada pada landasanMu..Hindari aku dari sifat riak, ujub,sombong,takbur dan seangkatan dengannya..Pimpinlah hati ini..menuju redhaMu....

Monday, September 20, 2010

Merisik Khabar Iman..

Alhamdulillah, dah back to ofis.Semangat nk kerja macam suam-suam kuku jer.Masih ada yg bercuti lagi.

Perasaan??Gembira + sayu + sedih + terharu..macam-macam ada.Sayu coz Ramadhan dah berlalu meninggalkan aku. Harap-harap Allah sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu..Aku tk nk tergolong dalam kategori orang-orang yang celaka..iaitu manusia yang masih tidak diampunkan dosanya oleh Allah, sedangkan Ramadhan telahpun berakhir..Harapan aku, semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya dan aku mendoakan semoga Allah masih memanjangkan umurku.Mudah-mudahan aku berkesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Buat sahabat-sahabat semua..masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi ujian Ramadhan.Bagi yang berjaya, Selamat Hari Raya aku ucapkan..Hanya yang benar-benar mengharungi Ramadhan dengan 'imanan wahtisaban' ajer sebenarnya yg layak utk beraya..Aku???ermmm...layak ke tak ek?Rasa cm malu plak dkt Allah, nk beraya beria-ia sakan..coz ibadah pun gitu-gitu jer..takut tak layak.

Setiap ujian yang Allah turunkan pasti bersebab..bagi orang beriman, Allah datangkan ujian padanya untuk Allah hapuskan dosa-dosanya (if bersabar menghadapi ujian tue) dan jugak untuk Allah angkat darjatnya ke maqam yang lebih tinggi. Bagi orang-orang yang fajir (berdosa), Allah datangkan ujian sebagai bala dan peringatan untuk menyedarkan kesilapan dan kealpaan diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk..sama ada kemiskinan, kelaparan, ketakutan, kehilangan insan tersayang, pengurangan harta benda, kesakitan,kelapangan waktu, mahupun kemewahan dan kesenangan.Semer tu adalah ujian Allah. Allah nk test, sejauhmana kita bersabar dan bersyukur dengan ujianNya.

Mana mungkin kita tidak diuji?Bagaimana Allah nk tahu level iman seseorang if kiter tidak diuji langsung?Sama la keadaannya, cmner nk tahu prestasi akademik student if tak dibuat final year exam? Berbicara tentang ujian hidup ni, juz nk share sdkt kisah yang berlaku pada kami sekeluarga pada 7 September yang lepas (2 hari before 1 Syawal)..

Isnin malam tue, aku,hubby & Asma' bukak puasa kt rumah akak (Bukit Kapar)..on da way blk,singgah kt Petronas, keluarkan duit dari ATM.Memang agak kepenatan,sampai rumah..terus tidur.Barang-barang tk simpan elok-elok.Pukul 5.00 am (Selasa), hubby tersedar dan perasan rumah kitorang kena pecah masuk..Memang rezeki pencuri la..laptop, handbag,wallet..kat ruang tamu..Habis dikebasnya..Yang tk tahannya, kami tk sedar langsung..dia masuk dalam bilik tidur dan kebas phone aku & husband.

Dia bukak pagar dan umpil grill.Masa mula-mula tue, agak sedih jugak.Aku hanya manusia biasa..pasti terkejut dan terasa dengan kehilangan brng2 berharga tu.Husband tenangkan dan peluk aku..Dia memang cool dan macho la..Air muka langsung tak berubah.Cukup tenang..dia qiam macam biasa dan solat Subuh kat masjid.Tak terjejas langsung dengan incident tue. Ayat husband.."Sabarlah..nk buat macam mana..bukan rezeki kiter.Ni ujian dari Allah.."pergghhh...memang 'suspectla'..bak kata Saiful Apek..

Biler husband tenangkan gitu..aku rasa relax dan cool.Redha dengan apa yang berlaku.Plng penting, kami selamat..tk diapa-apakan.Bagi aku, harta boleh dicari,tp tidak nyawa..coz nyawa tkdok galang ganti.Terus terang..aku tk terkilan sngt dengan brng-brng yg hilang tu.Cuma agak geram coz masih ada manusia yg berhati iblis dlm bulan-bulan puasa ni.Sekadar lintasan di akalku yang waras..ada ke patut..saat-saat syaitan dibelenggu dlm bulan puasa ni..masih ada yg dok buat kerja syaitan tu.Kalau bulan biasa, aku tk heran..pelikla.Org lain dok kalut kumpul pahala dengan beramal bulan poso,ada gk yg menimbun dosa.Isyy..ishhh..

Suami ckp,tkperlah Tie..sedekah je.Itu rezeki dier.Aku redha dgn apa yg berlaku.Cuma, lg best kalau dpt tangkap pencuri tu.Nk tengok, macam mana rupanya.Mencuri tu sebab aper..terdesak ker..mat gian ker..hobi ker..muka cm Robin Hood ker..mafia ke..Hari ni, dikejutkan dlm paper..sorang suspek kes pecah rumah,ditemui mati ..terjatuh dr rumahnya (flat) tingkat 6 semasa cuba melarikan diri dari polis.Ishhh..tk ke sia-sia..menemui ajal dalam keadaan yang cukup mengaibkan..Kt dunia lg dh didedahkan keaiban..apatah lagi kt akhirat..Allah reveal segala-galanya..Larat ke nk mohon ampun dari semer org yg pernah jdk mangsa dier??Pelikla manusia ni...

Ingatlah, hidup kt dunia ni sementara jer.Fikirla masak-masak kalau nk buat keja-keja jahat ni.Azab Allah cukup pedih. Rasa seram la biler baca paper lately ni..cm kes Datuk Sosilawati..mmng betul2 zalim la penjenayah tu.Langsung tk dok hati perut.Sama gk ngan kes ustazah yg ditemui mati dibunuh dlm bilik air ngan anak dier..plng sadis..disyaki dibunuh oleh jiran sendiri..worth ke,bunuh 2 nyawa semata-mata nk dptkan harta yg tk lebih dr RM 10 k pun...Last-last...kena merengkuk dan mati di tali gantung jgk..haru..

Macam-macamla kisah dlm msyrkt..Bila iman di dada terlalu nipis..mcm2 dibuatnya.Tamak,gila dunia,gelap mata,gila kuasa..dn tk ingat mati..manusia sanggup pejam mata..buat dosa.

Bila ditimpa ujian ini..memberi ruang utk aku bermuhasabah diri kembali. Mungkin Allah nk sedarkan aku.Selama ni, secara sedar atau tidak..mungkin bnyk dosa yg aku dh buat.Mungkin jgk kerana slama ni, aku kurang prihatin dgn nasib org2 lain yg susah..bila baca musibah yg menimpa org lain dlm paper..hati sekadar bersimpati..tiada empati dan berat tangan nk hulur bantuan..Satu lg..mungkin jugak kerana aku terlalu selesa..berada dlm 'comfort zone'..without ujian or kepayahan..menyebabkan aku rasa yg aku mungkin terselamat dr incident-incident yg tk dijangka itu..menyebabkan aku kurang berwaspada..Bila terkena mcm ni..barulah kalut mempersiapkan benteng-benteng pertahanan..pagar rumah dengan Ayat Kursi..gril dan mangga segala pintu..barang-barang berharga disimpan elok-elok..heheh..

Ujian adalah tarbiah dari Allah. Moga Allah sentiasa memasakkan kesabaran dan mengukuhkan keimanan di hati aku dan suami untuk mengharungi hidup ini..Aminnn